Sesekali melayan kartun...apa salahnya...


Satu pa'el kita yang orang lain tak paham
ialah suka juga melayan cerita kartun
tapi bukan sebarang kartun...
kartun yang boleh buat kita ketawa dan
mencergaskan minda.
Almaklum kita ni tak melanggan Astro
jadi tak banyak pilihan...tengok je rancangan
yang sedia ada yang kebanyakannya tak
berkenan di jiwa...yang boleh menambah
sesak di dada..kalau dah macam tu lebih
baik melayan kartun.

Walaupun nampak takde kewajaran seorang
yang dah meniti 4 series +++ melayan cerita
yang berunsur keanak2an...tapi apa salahnya
kan...ini kira memenuhi masa berqualiti
bersama anak2 ler gamaknya.

Antara kartun kesukaan adalah Doreamon
sejak anak dara lagi dah suka melayan cerita
ni...bukan setakat berimaginasi sains 
(verangan nak jadi saintis...hihihi)
tapi ada antara dialognya yang boleh buat
kita ketawa guling2...paling tak tahan bila
tengok Nobita mengenakan Si Giant selepas
sering dibuli oleh kawan2nya.






Selepas ada anak...anak2 pulak suka  melayan.
Mana tumpahnya kuah kan... kalau tak ke nasi.
Kita biarkan...sebab ada nilai2 murni yang tidak
lekang dalam setiap episod seperti nilai setia
kawan...keberanian...rajin berusaha dan
menghormati orang yang lebih dewasa.
Bila part yang menyentuh dari segi agama tu
kita perbetulkan mengikut apa yang kita tau.
Tak mau anak2 terlalu terleka dengan animasi
ini...pernah printkan sesuatu di atas kertas...
buat cantik2 kemudian tampal kat fridge
sesuatu itu berbunyi...

Jangan malas macam Nobita
Jadilah kreatif seperti Doreamon
Jangan berlagak macam sunio
Rajin belajar seperti Sizuka

Lamalah jugak kertas itu ada di situ...makan 
tahun...hinggalah menjadi kusam...tak
siapa memandang...lama2 kita buangkan.
Jadi sekarang ni tak bolehlah nak tunjuk
sebagai bukti.

Laa ni dah kurang sikit melayan 
si Doreamon...mungkin faktor peningkatan usia
kot tapi tak boleh buang terus tabiat ni...
sekarang ni tengah syok melayan 
'The Detective Conan'
...dulu verangan nak jadi saintis...last2 jadi
saintis kat dapur je...sekarang ni dah tukarlah
...nak jadi penyiasat pula.



6 comments:

suri solehah said...

hehe..sama kita,,akakpun sesekali suka tgk conan tu..seronok wpun jln citer dia sama

Farid said...

Suri solehah

Sesekali jadi budak2...

MOH KEMBARA said...

Salam Yong,

Akak masih layan kartun cam Shin Chan, dan kartun Disney dan Warner Bros. Sonok apa!

Queenie said...

anak2 akak ckp, handbag mama terbaik mcm doraemon! sebut jer nak apa, korek2 dlm tu sure dpt punya! haha
(mak dia jer yg boleh korek)

anak2 akak bukan saja kaki katun, bahkan dah mengatun, kdg tu kita iya2 dgr depa bercerita sampai tergelak2, rupa2nya katun...

my19 sedang gigih belajar nak jadi animator...mak dia angan2 nakkan dia jadi doktor hehehe

Farid said...

Yong Halima

Warner Bros & Disney...memang terbaekkk...

Farid said...

Kak Q

Handbag mama memang serupa poket doreamon...macam2 ada


Sekarang ni jadi animator pun mashyukkk...