Selangkah ke hadapan...






Semalam Jumaat terakhir 2011
hari ni Sabtu saat menuju tahun baru
bagaimana azam tahun ni
semua dah tercapai?
mesti best kan...kalau semuanya
memenuhi hajat dan impian
tentu rasa diri macam lebih
selangkah ke hadapan.

...aku macam tu jugak
tiap2 tahun pasang azam baru
tercapai atau tidak belum tentu
pasang tetap pasang
kang takut ketinggalan
lama2 bertumpuk2
rasa nak hempuk
(...hempuk diri sendiri lah kot!)

Penyudahnya azam di sambung ke tahun depan
kata orang..(.orang mana tak tau)
azam lama baik dilupakan
supaya tak menganggu azam baru
agar fikiran lebih straight ke depan
mengapai impian jangan lebih angan2
entah lah...lain padang lain belalang
(...belalang dah tak main kat padang...
padang dah jadi kondo kediaman)
Rasanya tak perlu tunggu tahun baru
hari2 boleh pasang niat 
pada sesiapa yang berhajat
Ape2 pun 'Selamat Menyambut Tahun Baru 2012
agar menjadi lebih baik dari semalam.


Category: 2 comments

Ngilu sekali...

'Jari-jari ku sakit semua...kerna berkerja hari2'
sebuah lagu lama yang sesuai sekali dengan
situasi ketika ini...
dah masuk lingkungan 4 series
mulalah sakit2 sendi munculkan diri
lebih2 lagi dalam cuaca begini
mencucuk2...ngilu sekali.

Sempena hari Jumaat
hari raya mingguan
nak kongsikan saranan ustaz
dalam 'Indahnya Perubatan Islam'
Jika sakit sendi...
letakkan tangan kanan ke dada kiri
bacalah surah Al-Fusilat
ayat 44 sebanyak 7 kali...
amalkan setiap selepas solat

Begitu juga jika penyakit banyak kolesterol
cara yang sama tapi baca surah Yunus ayat 57
Bagi penyakit resdung pula
gunakan air kolah masjid 
yang memang dah tentu sentiasa
diterapikan azan dan doa2 
mereka yang mengambil wuduk.
Bacalah surah Al-Fatihah bersama
surah Kursi dan surah Yunus ayat 57.
Sedut air tersebut dan keluarkan 
sapu disekeliling muka...tak diterangkan
berapa kali ayat perlu dibaca...
andaian cuma sekali
lakukan hingga sembuh.




Category: 4 comments

Halimunan @ Jadi jadian...

Ajaib sungguh....tak diusik
tak dibelek...tiba2 menghilang
dah 2 hari dok godek2
mencari tempat persembunyian
kemanakah kau gerangan

Itulah kalau dah buta yang amat
kehilangan punca...tak tau nak buat
biarkan dia...tak kuasa nak ingat
free counter dah hilang
menjadi halimunan
meninggalkan jejak bertapak
namun masih tak nampak

Biarkanlah...bukan ape2 pun
tanpanya belog ni masih bernyawa lagi
walaupun kurang yang mengikuti
entry tetap di isi
tak tau sampai bila lagi
terpulang pada diri sendiri

Category: 4 comments

Hati bagaikan internet...

Hati setiap saat mengakses peristiwa alam
 yang terlintas dalam jangkauan orbitnya.
kerana itu...hati sentiasa bergelojak
bagaikan gelombang.
Setiap peristiwa alam yang dapat
disentuh oleh pancaindera...
secara otomatik akan dirakam
oleh hati.

Setiap sentuhan peristiwa
tidak semua menyenangkan
...kadang menyusahkan
...kadang neutral
...kadang simpati
...kadang membosankan
...kadang negatif
...kadang merosakkan
...kadang menyegarkan

Ketika ini hati dalam keadaan tidak neutral
berlanjutan tidak tidur
hingga menjelang pukul 2:00 pagi
rasanya nak install antivirus...
supaya lumpuh virus2 hati
yang masuk mengalir mengikuti
aliran darah...agar tak lebih parah.




Entry tak henggattt...



Kali ni entry tatap gambar saje ye...
di Bayu Beach Resort PD




tangga menuju bilik budak2... 



suasana bilik di atas....takde tv...nak tengok tv sila ke bawah
landing di bilik makpak ye...




menuruni tangga berpusing...kepala dah naik pening...




pandangan di sebalik cermin...abaikan stiker itu
kepala dah jadi pusing...kenapalah tak bukak sliding door
itu dulu... spoil je!




pandangan selepas sliding door di bukak...nunnn...jauh di situ
rasanya tempat rehat sebuah syarikat gergasi...siap ada motobot mewah lagi




nampak tak ada khemah putih kat situ... abang2 'Combat' tengah buat pameran...kitorang bukan tengok tatu di situ ye...
kalau kat situ alamat ke laut lah...



air tengah surut giler...anak2ku nun ada di situ
di palang tanda aras bahaya



Category: 4 comments

Ya rabbi!...liat sekali...


Sedang leka mengangkat kain
terpana sekejap...bila ternampak
anak jiran di bawah sedang
mengangkat sebesen kain basuhan
untuk disidai...
Usianya sebaya dengan si bungsu...10 tahun
saiz badan lebih kecil...tapi
sudah boleh diharap

Kadang2 terlihat dia sedang
menyiram pokok...
bukan pakai paip tapi
pakai gayung bersama sebaldi air
Ada masa bermain juga
seperti kanak2 lain...tapi tak selalu
...lebih banyak masa dihabiskan
bersama adik-beradik sendiri
Ibunya jarang berada di rumah
sibuk dengan urusan luar...jadi
anak2 uruskan sendiri

Walau macam mana pun di sekolah
dia di antara murid pandai
Selalu juga jadikan dia rujukan pada si bungsu
sebagai pendorong semangat
supaya lebih rajin membantu
tanpa mengabaikan ilmu
Susah sebenarnya...
anak orang nampak macam mudah je!
bila tiba tang anak sendiri
ya rabbi!...liat sekali
kalau tak ditinggikan volume suara tu
alamat tak berganjaklah...

Psssst...tapi kat sini tak boleh
tinggikan suara sebarang2 tau...
nanti jadi isu besau....
dah nama rumah flatkan
kang tak pasal2 kena hentam
takut nama naik kat
persatuan penduduk pulak...
di mana muka nak ku letak.


Category: 2 comments

Minggu sibuk sedunia...




Pejam celik...pejam celik
lagi seminggu sessi persekolahan akan bermula
minggu ini mungkin minggu tersibuk sedunia
mulalah mengumpul kembali baju sekolah
yang terperap dalam almari untuk
operasi gosok mengosok.
Baju sekolah kebangsaan dan 
baju sekolah agama.
Nak balut buku si bungsu
yang dibeli satu persatu
harapkan dia...memang takkan menjadilah jawabnya.

Kumpulkan peralatan sekolah yang mana ada
...sebelum ni memang bersepah je!.
Persiapan anak yang masuk asrama pun nak dipikirkan
...pakai persiapan yang sedia ada...kemudian tambah
yang mana patut.
Barang makanannya pun belum dibeli...
semuanya perlukan duit lagi...
rasanya bulan ni duit mengalir macam air
kalau perginya macam air...
boleh tak bayangkan ia datang
melayang2 umpama daun berguguran
wahhh...mulalah nak verangan
kalaulah jadi kenyataan
bertuahnya badannn...

Nostalgia lempeng pisang...






Sarapan lempeng pisang isi kelapa
umppp...nikmatnya tidak terhingga
teringat nostalgia lama
menu ini boleh dikatakan menu utama
tanpa ada rungutan...
tanpa ada pilihan...
dijamah seadanya..
Ibubapa dulu tak mampu menyediakan macam2
apa yang ada disekeliling rumah dimanfaatkan
kalau ada keladi...dapatlah makan keladi goreng
kalau pisang nangka mengkal setandan...
dapatlah makan pisang goreng berulang2
rasanya paling special pun nasi goreng kampung
lebihan nasi semalam...

Menu lempeng pisang tu...
makan sorang2...berulang2
budak2 tak berapa nak makan
kalau nampak menu tu je yang terhidang
diaorang mesti termangu...
sambil bersuara 'ini je'.
Alahai...anak omak, sarapan itulah
yang ibubapa mu makan dan 
sekarang menjadi igauan...
nostalgia zaman kanak2
kalau dikenangkan boleh mengalir airmata
apatah lagi orang tua sudah tiada...

Terpaksa buat menu tambahan
kue tiaw goreng bersama udang
makan panas2...baru boleh jalan
katanya lempeng pisang itu
makan petang2...
yoolah tu!



Category: 3 comments

Mamai...

Pagi ni masuk ke dapur
dalam keadaan lemau
lemau2 pun...gagahkan jugak
kang tak berasap dapur
alamat ada yang pengsan

Tengah sedap bersilat
kung kreng...kung kreng
terdengar pintu diketuk
dengan slumberlandnya
terus ke pintu...
tak terperasankan yang situasi diri
dalam keadaan terlebih keseksian
dengan baju tak berlengan...
kepala apatah lagi...memang tak bertutup pun
ya Allah...macamana boleh tak perasan
bila dah perasan...cepat2 sembunyikan badan
belakang pintu jadi habuan
memang dasar rongak kan!

Sekilas pandang...kelihatan 2 org pemuda
lingkungan 20-an...berjubah putih dan berserban
'maaf makcik...pakcik ada kat rumah?'
dalam keadaan belum pulih kewarasan
ditambah pulak dengan panggilan 'makcik'
(perasan diri masih muda)
hanya isyarat tangan mampu dilakukan
melalui celah pintu yang sedikit terbuka
sepatah kata dilontarkan 'kerja'

Maaf ya anak2...kelihatannya kurang sopan
tapi itu je yang boleh dilakukan
bagi mengelakkan umpatan
atas sebab kealpaan
sorang tu raut wajahnya macam mat salleh
ataupun tersalah pandang...akibat kemamaian
bermimpi jumpa 'Jack Sparrow' tadi malam?

kalau betul dia mat salleh
alangkah bertuahnya...dia insan terpilih
diberi hidayah...datang berdakwah
malu pula bila dikenangkan
ada anak muda kita...sebangsa...seagama
palitkan arang di bumi orang.






Category: 3 comments

Johan Ashaari lagi...


Mana2 je ada si  mamat ni
ari ni muka dia lagi
yelah...orang  tengah laku kan!
kali ni bergandingan dengan Umie Aida
dalam cerekarama...Ajaibnya Cinta
kisah orang muda yang jatuh cinta
dengan orang yang lebih tua
seorang janda...punya anak satu lagi

Kalau tanya pendapat
biasa2 je cerita ni
bolehlahhh...kalau setakat ringan2
opsss...bukan ringan yang tu ye!
ringankan fikiran
setelah penat kerja seharian
setelah letih melayan macam2
bolehlah hilangkan kebosanan
tanpa perlu berfikir panjang

Buatnya menarik...
hanya kerana adanya lagu2 selingan
dan sudah tentu dengan kehadiran
Johan Ashaari...
buat kamu Johan Ashaari

'Kamu bukan setakat baru start....kamu sudah pun berlari...
opportunities straight ahead'

Erti kesyukuran...




Tetap mahu mencatit di sini
walaupun dengan kegusaran hati
mengenai kejayaan yang meniti
sebagai kenangan di kemudian hari
entry ini sepatutnya hari Khamis aritu
di publishkan tapi sebab
laptop tak  boleh guna
...terpaksa ditangguhkan.

Syukur alhamdulilah...
dengan berlinangnya airmata
tercerna bersamanya erti kesyukuran
bila mendapat tahu
anak ke dua yang menduduki PMR
mendapat kejayaan cemerlang

Yang sedihnya...kami tak bersama
semasa mengambil keputusan
yelah...dah dia beria-ia nak mengambil
keputusan tanpa ditemankan...
hanya bertemankan rakan-rakan
seramai 5 orang...
menaiki komuter dari stesen Tasik Selatan
terus ke Seremban...dari Seremban menaiki
bas pula ke Bahau...dari Bahau ke sekolah
mereka di Serting Bandar Baru Sri Jempol.

Risau tu...memang risau
membiarkan dia sendirian
tawakal je muga selamat dalam perjalanan
dapat tau keputusan pun dari abahnya
yang menalipon...
masa tu perasaan berkecamuk...
mana nak pikirkan keselamatan dia...
nak pikirkan keputusan yang
bakal dia dapat...ai macam2

Rasa menyesal pulak lepaskan
dia pergi dengan kawan-2
walaupun dah tahu keputusan tapi
hati tetap tak tenang
...dekat 10 malam baru sampai rumah
nampaknya lain kali...takkan dibenarkan

Nama moden...






Ingin mencatitkan
serba sedikit pengetahuan
yang dapat diceduk dari
Indahnya Perubatan Islam
sebagai ingatan di masa depan

Katanya...banyak penyakit
yang tidak jelas puncanya
adalah disebabkan 'nama'
kebanyakan nama yang diletakkan
iaitu nama-nama moden
yang amat membingungkan.

Terdapat 77 nama yang diambil
oleh golongan manusia adalah
nama jin dan syaitan...
 contoh yang disebutkan ialah
seperti...
Balqis, Qistina, Najwa
Zakuan, Batrisya dan Arisa
kat sini...ada budak tu
namanya adalah salah satu
seperti di atas...
dari kecik lagi memang kuat menangis
kalau mengamuk habis tunggang-langgang
siap guling-guling lagi... 
lepas tu...gedegang gedegung
pintu ditendang...
dah jadi halwa telinga kitorang
nama itukah punca gerangan?

Penyelesaiannya...
...tak perlu pergi pejabat pendaftaran...
...tak payah ubah tulisan
cuma ubah panggilannya saje
teringat dolu2...masa zaman budak2
kalau ada anak yang sering demam
atau kuat menangis...
akan diubah nama panggilan
lepas tu elok pulak...tak kuat menangis lagi
ini mungkin ada kaitan...wallahualam.

Itulah indahnya perubatan Islam
macam ustaz tu cakap
sebelum mencari perubatan moden
cubalah dulu perubatan Islam
atas tujuan dan niat yang pertamanya
untuk mendapat pahala dan
keduanya kesembuhan
kalau dah pergi hospital
ubat dah ada di tangan...
perubatan Islam jangan dilupakan
namakan anak-anak dengan
nama yang baik supaya tidak bertembung
dengan nama-nama jin dan syaitan.


Category: 3 comments

Lenyap seketika...

Kembali pulih seperti biasa
setelah lenyap seketika dari ruang siber
setelah lama termanggu
istilah lainnya mati kutu
perasaan kelam ...lalu mengerutu
gara-gara laptop masuk ICU

Apa taknya...kalaulah laptop tu
boleh bersuara
maunya ia meratap, merintih....merana
menanggung azab sensara
dari pagi menjelang tengahari...
dari tengahari menjelang petang...
malam belum dikira lagi...silih berganti
dari tangan ke tangan
online memanjang.

Sebenarnya suatu kehilangan kecil
sebelum ni tak pernah terfikir
dulu boleh disingkir
sekarang tanpanya...
seolah dunia ini sudah berakhir



Oksigen pleaseee...



Semalam hampir setengah hari
berada di Stadium Badminton Cheras
memenuhi acara yang tak dijangka
penyampaian bantuan peralatan sekolah
anjuran Yayasan Wilayah Persekutuan.

Dikehendaki hadir pukul 2.00pm
sebagai rakyat yang peka...
Chehhh...macam pekalah konon
hadir lebih awal seperti yang dijanjikan
ha...sekali gedebak gedebuk
dekat pukul 4.00 juga
acara baru nak jalan
biasalah kannn...
kalau melibatkan orang kenamaan
kita kena tunggu diaorang
bukan diaorang tunggu kita...

Dah beberapa kali tersanggap
lama2 jadi bengap
macam sesetengah ibubapa
yang buat tak endah untuk
beralih tempat duduk ke tempat
yang disediakan...
beberapa kali pengumuman dibuat
rasanya lebih 10 kali...
diaorang buat dek je...
tempat yang diaorang duduk tu
untuk anak-2 yang mendapat bantuan
tempat diaorang dikhaskan dibahagian atas
alahai...menyebalkan!

Lagi satu bila sumbangan diagihkan
mula2 nampak sistematik dan teratur
dipertengahan ada ibubapa
yang dah kelam kabut
tak sabar...tak menyempat2
takut peruntukan tak dapat ke?
kan setiap anak dah digantungkan tag
dah dibuat perkiraan awal2 lagi
bermakna peruntukan cukup
barisan dah jadi simpang siur
anak dan ibubapa bercampur
program pun dah nampak tak teratur
sepatutnya boleh selesai cepat
sekali jadi lambat
alahai sabor jelah...
...dekat maghrib
baru sampai rumah.


Category: 0 comments

Bayu dan Tatu....

Sabtu yang lalu berada di sini...



hasil carian google


atas urusan yang sudah lama di rancang
menghantar anak yang masuk Politeknik di sana
sambil menyelam minum air
terlanjur dah ke sana
menginap pula di sini

kalau di ikutkan
agenda ini bulanlah satu keperluan
setahun tak sekali
memenuhi kemahuan ini
kalaulah  tak disebabkan urusan
tidaklah dilayan..

Tiada gambar yang diselitkan
belum berani melakukan
sebagai tempelan
nantilah kemudian

Malamnya kami berjalan kaki
semata-mata untuk menonton
pertunjukan ini...



hasil carian google


Pertunjukan tatu ATM
secara kebetulan
acara ini berhampiran
itulah kitorang layan
disertai juga pasukan dari
Thailand dan Brunei Darulsalam
kredit ++ pada pasukan
Tentera Udara dan PDRM
sekian wassalam

Category: 0 comments

3Gs + Tension...

Ketika pulang dari menyopping
kepala dah jadi pening
jalan pun dah  naik mereng...
macam manalah nak pegang stereng
acah je!...tak reti pun pegang stereng
abang teksi juga yang dijeling.

Tension lagi...
terpaksa menapak dari stesen
ke perhentian teksi
dahlah kita ni 3Gs
gemuk...gendut..gedempol ye!
bukan yang gebu tu...
macam artis yang baru2 ni bergelar datin
ataupun yang kahwin juta2 RM
kita bukan yang itu

 Satu lagi nak cakap
kenapalah awal2 lagi
tak  buat perancangan
kenapa dulu tak difikirkan
baru sekarang nak buat perubahan
kan dah berlaku pembaziran
menyusahkan orang!

Hentian teksi dah jadi jauh
bagi ruang untuk pembinaan
...katanya untuk kesenangan
dimasa akan datang
Mencungap2...jalan terhempap2
awal2 lagi dah tersanggap
ada yang menjemput...janganlah diharap
sendirilah mau ingat!
tapi tak serik2 pun
esok lusa teringat-ingat!


Stress giler!...


Satu hari di stesen LRT...
penumpang ulang alik
adalah pandangan biasa
tapi hari ni...
sesak giler!
Beratur panjang sampai
kawasan pejalan kaki
jarang-jarang terjadi

Mulanya tak nampak
apakah yang menghalangi
sekali tengok...rupanya
menggunakan sistem terkini
bukanlah tidak menyokong pembaruan,
kecanggihan...
tapi janganlah sampai menyusahkan.
Disediakan 4 mesin untuk beli tiket
dua bermasalah...tengah diservis
satu hanya menggunakan syiling sahaja
yang satu lagi boleh guna ringgit dan syiling
tapi tengah elok beroperasi...tersangkut pulak!

Ramai membuat pilihan untuk beli di kaunter
tapi dari tiga kaunter yang ada...
kenapa satu kaunter aje yang dibuka...
dah nampak ramai yang beratur panjang
kenapa tak diberi pertimbangan
untuk memudahkan perjalanan...
stress giler!...

Sekarang ni tak guna lagi sistem kad
kecuali kad tough & go
guna sistem coin lah pulak
bukan coin betul2 ye!
tapi coin plastik...sebesar duit 20 sen
macam mainan budak2
kalaulah coin tu terlepas ke...
mana tau...kalau dah terpeleot
termasuk dalam longkang ke...lubang
ataupun di celah antara lrt dan platform
ketika kita melangkah
tak ke haru biru!

kalau dulu boleh beli tiket pergi-balik
tapi sekarang kena beli tiket satu arah je...
balik kang kena beratur lagi
leceh sungguh!
terdengar di telinga  seseorang merungut
budak lelaki...berbaju kuning
ala-ala lembut berkata...
sistem tah apa2...ntah!