Sana sini orang kahwin...

Wow...lama bebenar tak menyinggah
kat sini...belog terbiar seolah tiada yang
peduli...kalau nak di ikutkan hari2 nak
update tapi apakan daya...belum ada
rezeki lagi untuk punya lappy sendiri...
ini pun disebabkan yang sulung sedang
menghabiskan cuti jadi dapatlah tumpang
sekaki...itupun kena tunggu giliran
lepas sorang sorang macam beli tiket 
kertapi...heheh!

Entry kali ni banyak gambar...semuanya
pasal orang naik pelamin pada minggu
pertama cuti persekolahan...tiga majlis
perlu hadiri sampai tak tau yang mana
satu harus dipenuhi...yang ini jiran
merangkap kawan karib yang takleh
diabaikan...di sana pula saudara mara
yang sudah tentu mengharapkan 
kehadiran kita...penyudahnya terpaksa
berbagi2...malamnya di sini siangnya
di sana.

Sebelah malam menghadirkan diri
di majlis penikahan anak jiran tapi
masa tu memang tengah sibuk 
menyediakan hidangan sampai terlupa
nak snap gambar pengantin...jadi takder
gambar  yang nak ditempelkan sebagai
kenangan...sayang sungguh sebab
sebelah siangnya memang takleh lah
sebab akan ke majlis di Sentul pulak.

Gambar di bawah adalah sekitar
majlis perkahwinan anak saudara
sebelah abahnya yang bertunang
aritu...ada diupdatekan di sini.
Bertemu jodoh dengan orang Taiping.



...di iringi  flower girl yang comel lote dannn


...pelapis panca sitara


...menuju ke singgahsana


...tersenyum lebar bila baru terperasankan
mak saudaranya...yelah  di hari pernikahannya
sehari sebelum majlis berlangsung tidak dapat
menghadirkan diri...di saat akhir  baru
dapat meraikan bersama...


Bila hidangan disediakan secara catering
lebih mudah dan tersusun aturcaranya
tapi letih juga bila tidak melakukan
sesuatu...menghabiskan masa berborak
kosong menunggu majlis selesai
hingga ke penghujung...

Di bawah pula majlis perkahwinan
anak sepupu yang berlangsung
keesokan harinya di Bkt. Kemuning.
Mengagau kitorang mencari lokasinya
sebab hanya berpandukan alamat
tanpa pelan...berpusing2 hingga
sesat ke Bkt. Rimau...



Pengantin perempuan adalah
anak sepupu...ibunya arwah kak Peah 
telah meninggal dunia ketika dia mungkin
dalam usia 3 - 4 tahun ketika melahirkan
adik bungsunya yang juga turut pergi
menemui ilahi...kemudian dia dipelihara
oleh datuk & nenek iaitu paklong dan
maklong aku...setelah kedua mereka
meninggal dunia di jaga pula oleh
sepupu aku merangkap bapa saudaranya
dan majlis ini dijalankan sepenuhnya 
oleh bapa saudara tersebut....

Di majlis ini juga baru dapat tahu
rupanya kemalangan yang berpunca
dari remaja 14 tahun yang memandu
kereta yang berlaku di Jasin aritu
salah sorang mangsanya adalah anak
sepupu aku...allah hu akhbar dah
tiga minggu berlalu baru tau...
sedangkan menonton berita itu
di kaca tv...


...ini orang Bkt Rokan...datang dari jauh tak
menyabar nak balik...tak sempat nak menyinggah
takpo lah tak susah2 nak buat air hehehe...

Ini pula adalah majlis yang diadakan
pada minggu berikutnya iaitu majlis
jiran satu blok...ibu pengantin sebaya
dengan aku
muda2 lagi dah dapat menantu(...ayat
perasan ni hehehe...)
Majlis berjalan dengan meriahnya..
dengar kata siap sewa 2 buah bas
datang dari kampung...patutlah
tetamunya berduyun...




Pasangan pengantin sama sepadan
diserikan persembahan dari anak2
yatim Sg Penchala...



Category: 0 comments