Tak pasal2 dimotivasikan...

Sabtu...pagi2 lagi dah bergegas mencari
sarapan untuk si bungsu...kendian ke sekolah
untuk menghadiri majlis progam motivasi
keibubapaan anjuran PIBG.
Memang tak sempat menyediakan apa2...
jalan mudahnya beli saje di luar.

Tunggu sana tunggu sini...last2 majlis
yang sepatutnya bermula pukul 8.00 dah
berganjak ke pukul 9.00.
Sambil menunggu tu sempatlah snap sesuatu...


...tempat duduk para tetamu jemputan

Dalam surat jemputan tak dinyatakan siapa
gerangan yang akan memotivasikan kitorang


...Ustaz tengah menuruni pentas untuk
bersalaman dengan para AJK




...rupa2nya ustaz Fauzi Mustafa si tetamu
undangan


...tengah gigih memotivasikan kitorang
Maaf...kerana qualiti gambar kurang
memuaskan...menggunakan handset cikai
belum mampu menggunakan DSLR...
nanti ye... tiba masanya akan menggunakan
DSLR gedabak besarrr...hihihi!


...sedikit habuan sebagai pengalas perut menjelang
majlis selesai
Perasan tak bangku2 kosong itu...
pada setiap gambar yang diselitkan
kiri dan kanan...boleh bayangkan berapa orang
yang datang?...sampaikan ustaz Fauzi sempat
bergurau sinis berkenaan situasi di atas....
'...murid2 semuanya seramai 770 orang...
bermakna ibubapa yang sepatutnya datang
1540 orang...termasuk cikgu 70 orang...
dah jadi 1610 orang...bila dikira dari hujung 
ke pangkal adalah 4000 orang yang datanggg...'.
Hadirin gelak terbarai...

Kebanyakan pulak yang hadir terdiri dari
kaum ibu...kaum bapa gigih mencari rezeki
jadi disebabkan kegigihan itu kata ustaz
Fauzi...jangan kedekut...jangan bakhil..
jangan taik hidung masin... yuran PIBG
bolehlah dinaikkan!!!
Kita paham sangat2 kenapa perkara ini
ditimbulkan...sebab setiap kali mesyuarat
PIBG...isu utama yang diperdebatkan ialah
pasal yuran...dari tahun ke tahun sentiasa
menjadi isu perbincangan...sentiasa ada yang
tak kena...bukan banyak pun...sampai malulah
kita nak war2kan

Setuju sangat kalau yuran dinaikkan tapi
bukanlah sampai tahap membebankan...
sekurang2nya dengan duit itu boleh diadakan
beberapa program motivasi seperti ini
untuk faedah ibubapa dan anak2 jugak

Category: 2 comments

2 comments:

suri solehah said...

selalunya macam tu lah kehadiran ibu bapakan..hehe,,bukan tak ambil berat,,tapi banyak kerja

Farid said...

Suri Solehah

Ada tu memang tak kuasa mengikuti program sekolah...lebih2 lagi untuk dimotivasikan.