Konfiden selamat...




Hari ini sekolah dah bermula.
Ibu2 yang rutin hariannya mengantar
dan menjemput anak2 sekolah mula beraksi.
Selamat bersibuk2kan kembali setelah lama bercuti.
Jalanraya kembali sesak terutamanya 
di persimpangan sekolah diwarnai dengan
berbagai gelagat anak2 mahupun makbapak.
Masing2 kena berhemah dan tolak ansur
baru jalan senang diselusur.

Teringat semalam dalam MHI
seorang ibu memberi komen berapi
mengenai sesetengah pengguna jalanraya
yang buat tak endah lampu kuning di lintasan
pejalan kaki...terus memecut laju.
Manakala murid sekolah pulak
terus melintas tanpa menoleh kiri dan kanan.

Situasi ini mengingatkan pada satu kejadian
berlaku di depan mata lebih kurang
3 tahun lalu...masa itu sering menjemput
si bungsu pulang dari sekolah agama.
Menunggu di seberang lintasan pejalan kaki
...masa tu si bungsu tak kelihatan lagi.
Adalah beberapa murid nak melintas...
terlindung pulak dek lori yang  parking di situ.
Bila lampu hijau murid tersebut terus je
berjalan tanpa menoleh kiri dan kanan 
(konfiden selamatlah kan...)
sekali tu ada sebuah pajero di pandu
seorang wanita...terus je memandu
nasib baik tak laju...sempat tekan brek
tapi bunyinya berdecit2lah kan...
alahai nasib baik tak pengsan
bayangkan nak menjerit tak keluar
suara...dah terkaku di situ dengan
lutut dah menggigil tak ketentuan.
Pemandu tu pun berhenti di hadapan...
keluar dari kereta dengan muka
masam mencuka...konon nak marahkan
budak2 tu lah kot...
tapi bila dah terperasan kita ada
kat situ...terus tak jadi
masuk kembali terus memecut laju.
Mana beranikan...ada saksi
terang2 dia yang buat salah
budak2 ni manalah gheti...
tau lampu hijau...terus je jalan.
Jadi trauma dengan kejadian itu
siap pesan dengan si bungsu
walaupun lampu hijau...kena
toleh dulu kiri dan kanan
pastikan takde kenderaan
barulah jalan.


Category: 6 comments

6 comments:

Kakcik Seroja said...

Itulah jenis manuasia yang tak reti nak mengaku salah sendiri. Cuba kalau kena kat darah daging dia, atau betul2 terjadi kemalangan, macamana nak jawab? :(

Anonymous said...

Assalamualaikum Farid,

Salam kenal juga dari kak ani dan terima kasih singgah blog akak,

Rasanya kalau kita langgar budak sekolah apa lagi di kawasan sekolah memang pemandu kenderaan yang salah.

Sapa salah lain kirakan, yang perlu difikirkan jangan perkara tu terjadi, dah jadi menang jadi abu kalah jadi arang jawabnya.

Farid said...

kakcik

Disekeliling kita ramai orang macam ni...pentingkan diri sendiri.

Farid said...

W'salam kak Ani

Terimakasih kerana sudi berbalas kunjungan...siap jadi follower lagi...terimakasih kembali.

kasihredha said...

salam kenal..
akak dah follow...nanti dtg le follow akak hihi

Farid said...

kasihredha

Terimakasih kerana sudi datang bertandang...sudah tentu nak follow...jap lagi.