Rezeki di hari minggu...


Aktiviti semalam update hari ini...
menghadiri jemputan jamuan harijadi
cucu salah seorang jiran di sini.
Selepas  acara kanak2 berakhir
sessi kaum ibu pula mengambil alih.

Hidangan yang tersedia...



Gulai kari daging dan ayam golek yang dah
tinggal korek2...maklumlah datang 
di penghujung majlis


...dijodohkan dengan jelatah dan ikan masin 
bulu ayam...yang nampak sipi2 tu
sambal belacan...kuah ayam golek dan
sedikit ulam-ulaman sebagai pembangkit
selera yang tak menahan...



...diserikan pula dengan buah-buahan sebagai
pencuci mulut dan keropok ikan serta kentang
menambah lemak di badan.


Selepas menjamah serba sedikit...
ayat cover line sebenarnya...boleh dikatakan
semuanya dijamah...kang apa pulak dikata...
macam tak sudi je...nak juga menjaga hati
si empunya majlis...



...sessi sembang mak Alang...ada yang 
bersilang panggung...ada yang melopong
penuhi masa yang tersisa agar tidak sia2.
...yang baju pink itu si empunya majlis
sudah bergelar nenek...rasanya paling
veteran di sini.

Alhamdulillah...hasil melantak sakan
jadi pengalas perut sampai ke malam.


Category: 10 comments

10 comments:

kasihredha said...

wau best makan2..
rezeki tu kak

Farid said...

Rezeki jangan ditolak...hihihi

Ros said...

Salam,

La.....ayam golek dia dah tergolek pi mana....?tinggai bekas ja.....

Terima kasih sudi mai melawat Kak Ris...

Farid said...

Salam kak Ros

Ayam goleknya dah dicincang dengan rakus...jadi dah tak serupa ayam golek lagi...

suri solehah said...

seronok ada jiran baik-baik kan,,,

Farid said...

Suri solehah

Memang seronok...itu pun kalau dapat yang baik...sedia membantu masa senang dan susah

MOH KEMBARA said...

Salam Yong Fidah,

Majlis hari jadi utk budak tapi jamuan dia nasi dan lauk pauk ya? Macam kenduri tunang/masuk jawi/cukur rambut jer.

Farid said...

Yong Halima

Hihihi...yg sebenornya lebih untuk mak budak melantak...

azieazah said...

Lama tak dengar orang sebut “sila panggong!”

Farid said...

Azie

'Sila panggung ehh'...teringat dulu masa budak2... mesti kena cubit dengan arwah omak kalau duduk sila panggung...memang tak paham sampailah sekarang.