Berhujan utk pulus yang semakin menyusut...

Meredah hujan lebat dengan hanya
berjalan kaki bersama sekaki payung
untuk ke satu tempat yang amat
dibuntukan khidmatnya di waktu2
yang amat terdesak ini...tak ramai
orang mungkin sebab baru saja
melepasi waktu makan...line clear
urusannya pun jadi lebih pantas
untuk selesai...hanya mengambil
masa tak sampai 15 minit...tabik
spring penjawat awam yang semakin
beretika dan komited.

Kemudian menapak ke restoran
mamak berdekatan...bila
si peneman dah teringat2 akan mee
mamak yang katanya mengancam
aku pula hanya memesan mee rebus
bersama segelas teh tarik...seusai
makan penilaiannya mee mamak iteww
memang mengancam tapi kata
si peneman si mamak sedang berangan
nak balik negeri hujung bulan...jadinya
dah terlebih garam tapi terpaksa juga
di telan sebab perut tengah berlagu
keroncong nan panjang...

Sesudah itu singgah di pasaraya untuk
mencari serba sedikit keperluan...
rupanya bahagian dandanan dah bertukar
ke tingkat atas...turun ke bawah untuk
membayarnya sekali dengan barangan
dapur yang ditinggalkan di kaunter
bawah tapi diminta untuk berurusan
di kaunter atas pulak...apalah punya
sengal...dahlah takde eskalator tak 
mungkin aku membodohkan diri untuk
 mendaki lagi tangga yang boleh tahan
juga tingginya lebih2 lagi dalam kondisi
kepala lutut yang semakin longgar...
sudahnya aku tinggalkan barangan yang
aku ambil dari tingkat atas...hanya 
membayar barangan yang aku ambil
dari tingkat bawah aje.


singgah sebentar di kaunter barangan
yang takleh di bawah masuk...nak
ambil payung...si peneman pulak nak
buat member card...tumpang sekaki
itupun sebab percuma dan takder
tarikh luput...
diceriakan oleh penjaga kaunter sorang
anak gadis yang puteh melepak tapi
rasanya bukan orang sini sebab gaya
percakapannya yang janggal...berkali2
ulang benda yang sama tapi naik
penat kepala otak untuk memahami
apakah yang dimaksudkan...lastly
kitorang paksa diri untuk memahamkan.

Lepas berlalu dari situ kitaorang tak
dapat menahan gelihati yang amat
sangat...ketawa berderai sepanjang
jalan pulang...terimakasih dik sebab
dah menceriakan suasana yang 
sebelum itu betul2 menyakitkan.


Tak paham atau buat2 tak paham...


...Semalam tengah ligat memasak di dapur
handphone yang kebetulan berada di atas
 meja berdekatan berbunyi...terpaksa aku
tinggalkan sekejap segala kerjaan...rupanya
jiran yang duduk setingkat dari aku...
mengadu perihal sesuatu yang terbau hingga
ke rumahnya di tingkat tiga...sampaikan
tak boleh nak bukak pintu sebab bau itu
betul2 membuat fikiran terganggu...

Aku paham sangat masalah ni sebab aku
pun menghidunya tiap hari...pagi petang
siang malam tak kira waktu yelah kalau
dia yang di tingkat tiga terbau apalagi aku
yang duduknya betul2 setingkat dari
tempat itu...bukan setakat dia malah aku
dan jiran kat tingkat bawah juga mengeluh
perihal yang sama...aritu yang sulung
membantu menyidai baju juga merungut
 katanya takde orang komplen ke?

Bukan takde yang komplen...dah bagi
tau pun kendian ada yang berani
pasang penghadang...takkan semua tu
tak beri apa2 makna pada orang itu
tak paham sungguhlah...kalau tak boleh
nak berikan komitmen sepenuhnya
janganlah sekadar sanggup nak membela
biarlah mereka yang lebih bertanggung
jawab untuk membelanya...
...bayangkanlah bukan
setakat sekor punya bahan buangan tapi
16 ekor...benda tu lah yang kitorang hidu
tiap2 hari hinggakan ada masanya sampai
ke ruang tamu...boleh termalu sekiranya
sekali sekala ada orang datang bertamu.



...Patty bukan termasuk dalam keluhan di atas
walaupun dia selalu berkeliaran tapi ada yang tukang uruskan
dari segi kebersihannya


...bila datang bertandang ke rumah tuannya mesti
dia duduk di ujung kaki aku...ni tengah tunggu masa
nak pegi PD aritu...sempat dia berlengkar di ujung kaki

Tak pernah muak dengan sambal goreng...

Dalam takder mood arini dapat juga
menyiapkan dua jenis menu untuk
dijamah iaitu sambal goreng tauhu
dan ikan bawal putih goreng dicurahkan
kuah kicap...sayurnya pulak hanya
salad dan timun jepun yang dimakan
mentah...tak kuasa nak goreng bagai
sebab takde yang berminat bab sayur
ni...lebih suka makan begitu saja
sekurangnya jimat tak perlu nak 
menyediakan rencah dan takyah guna
minyak sambil tu boleh jimatkan masa
dari berlama2 duduk di ceruk dapur...






...ikan goreng yang telah dicurahkan kicap dan diperahkan
air limau kasturi

baru sehari lepas buat sambal goreng
ikan bilis untuk yang sulung bawa
ke rumah sewanya di PD...kali ni aku
gandingkan dengan tauhu putih pulak
yang pasti tauhu itu hanya akan jadi
santapan aku dan abahnya sebab
rakyat jelata yang dua orang itu hanya
akan mengambil sambalnya saje...
entahlah pelik diorang ni...kalau diletak
kan dalam mee goreng pun diorang 
akan ketepikan tapi tang tauhu fah 
tu makan pulak sampai tak cukup satu
bekas...

...nak buat sambal goreng ni ada
Sesetengah orang gunakan bawang
putih tapi aku hanya gunakan bawang
besar saja bersama belacan yang sudah
tentunya terbaek dari ladang...lebihkan
bawang dalam 3 biji dikisar bersama
belacan 1/2 ibujari kemudian ditumis 
sampai garing dan naik baunya kendian
baru dimasukan cili kisar dalam tiga senduk
yang sedang...goreng bersama 1 s/k
garam sampai garing dengan api perlahan
..bab ni memang kena banyak2 bersabar
 sebab kena goreng cili tu sampai pecah 
minyak dan bertukar warna seperti dalam 
gambar tu dan lagi pastikan jangan sampai 
hangit kalau hangit memang kena buang
ke longkanglah jawabnya...dah garing 
masukan 2 s/b gula dan perasa ajinomoto
setakat ujung sudu je...bila dah mesra
tutup api biarkan dulu sekejap baru
masukan ikan bilis yang telah digoreng
tujuannya agar ikan bilis masih garing
dan tidak lemau ketika di makan.
Walla...jemputlah makan.


p/s:  ...maaf line internet tenat giler...tak dapat nak balas
        komen...nak jawab komen dan mengomen...harap maklum.
Category: 0 comments

Detik indah 12122012...

Rabu aritu dengan sukahatinya menerima
pelawaan rakan untuk ronda2 kotaraya
yang entah kali ke berapa...suka sebab
dah lama rasanya tidak keluar bersama
dan pulak tak perlu nak pikir nak naik 
apa untuk ke sana sebab dah disediakan
sang drebar merangkap anak lelakinya
yang sedia untuk menghantar dan
menjemput...wah sukanyerr.

Tapi sebelum tu kami ke HKL sebab
nak melawat adik sorang rakan yang
masih dalam keadaan antara sedar dan
tidak sejak 3 bulan lalu...baru berusia
41 tahun tapi angkara penyakit darah 
tinggi hanya mampu terbaring dengan
 renungan yang tidak bermakna....
berhadapan katilnya pula sorang anak 
muda berusia 23 tahun dengan 
komplikasi jantung berair disebabkan
 kuat merokok...dah sakit terus
berhenti merokok...sempat tu titipkan
 pesan "...kalau ada anak2 atau suami 
yang merokok suruhlah diorang berhenti
 merokok sebelum terlambat...jangan dah 
 sakit baru nak beringat"
Yolah dik akan mokcik sampaikan.

Lepas tu kami ke Sogo menjamu selera
...sampai naik senak perut dibuatnya 
sebab order makanan sampai tak ingat
dunia maklumlah ada orang belanja
pulun sakan kendian mengah di tengah
jalan...apalah punya kawan pantang
dipelawa nak melantak segala macam.
lenkali buat lagi yerrr...


...tengok tu pokok krismas tinggi melangit
di tingkat bawah sogo kat tempat diorang
selalu buat sale di penuhi dengan segala
macam minyak wangi dan adik2 yang 
cun melecun + hensem dannn sudah tentu 
mesra alam...memula takut nak tolong
 snapkan gambar kitorang...al maklumlah
mokcik2 kalau anak gadis yang menyuruh
mungkin bersegera diorang tunaikan.



...tengoklah tu bola yang bergantungan
di pohon krismas dah jadi bebola api
bercahaya menyinari seluruh alam...hihihi
ni baru lepas menyoping sakan
detik ini akan jadi kenangan...salah sorang
akan bakal berpindah tak lama lagi kendian
akan di ikuti sorang demi sorang...apa2
pun terimakasih tak terhingga pada kakak 
 yang sorang tu sebab bermurah hati untuk
bawak kitorang jalan2 dan belanja kitorang
makan...mungkin rasa terhutang budi atas
kerja keras kitorang aritu ketika majlis
perkahwinan anak perempuannya tapi
kami melakukannya secara ikhlas tanpa
mengharapkan balasan...dan terimakasih
sekali lagi lenkali belanja lagi....hehehe.
Sebelum terlupa 12/12/2012 genaplah
umur yang bungsu 11 tahun...muga jadi
anak yang tabah yer sebab sang ibu lupa
nak belikan hadiah sempena tarikh keramat 
itu...sorryyy

Apa nak susah...order je!


Bila sekali2 makan di luar...tempat
yang biasa di tuju adalah gerai2
tepi jalan yang memang menyediakan
makanan ala Thai...lebih2 lagi di tempat
kediaman kami ni berderet kedai makan
sepanjang pejalan kaki dipenuhi oleh
gerai2 tersebut...adakala membahayakan
pejalan kaki bila terpaksa menyusur
jalanraya yang memang sentiasa
sesak dengan kenderaan lalu lalang.

Bila sekali sekala saudara mara datang
bertandang...diorang mesti kata
"...wah meriahnya tempat ni berderet 
kedai makan...senanglah tak payah 
susah2...bila lapar je takyah pegi
 jauh2...main order je!"
Memanglah senang tapi dengan berderetnya 
gerai2 makan itu bermakna banyaklah 
bahan buangan...kalau diuruskan dengan
 baik takpe jugak..ini tidak...sampah sarap
di buang saje ke longkang...tak heran 
kalau kawasan ni dah jadi kawasan 
bencana denggi....
apa yang aku buat...siang2 lagi dalam
 pukul lima petang dah tutup tingkap
 rapat2...paginya pulak selagi tak melepasi
 pukul tujuh memang takkan bukak tingkap
ataupun pintu beranda...tak tau adakah
 cara ini betul atau tidak sekurangnya
 mengambil langkah berjaga2 sebelum
 terkena...


Ditempelkan di sini gambar spaghetti
bersama meatball yang dibawa balik
abahnya dari tempat dia bertugas
bukan beli punya tapi ada orang bagi
Dah jadi rutin hari Sabtu menghantar
seseorang itu pegi kuliah agama...
sebelum balik yang hadir akan dibekalkan 
sebungkus makanan...abahnya sebagai
 pengiring pun dapat sama...jadi dapatlah
 merasa benda2 macam ni...kalau nak
 membelinya sendiri tentu tak mungkin
 kot sebab benda ni bukan dalam 
senarai kami...



Yang ini pulak kek lapis...juga dari orang itu
dapat ketika raya...tahan lama simpan dalam
 fridge...panaskan dalam mikrowave
nikmatnyaaa...rasa tak lari macam baru
 lepas dibakar...



...acar buah yang disertakan sekali
aku masukan dalam bekas2 taufu fah
kemudian aku panjangkan pada rakan2
 di sini....




...dan minggu sudah mendapat
cenderahati ini dari dua majlis kahwin
cucu kepada orang itu...bekas lilin
warna putih tu dari majlis cucu
hari sabtu dan bekas kaca itu pula
dari majlis cucu yang berlangsung
hari Ahad...




Kisah abahnya...

Semenjak dua menjak ni line internet
slow giler...membantutkan aktiviti
berblogging nak publish komen pun
tersangkut2...sampai naik mengantuk!

...nak bercerita kisah semalam
bagaimana kalut abahnya mencari
kelengkapan bagi menghadiri sessi
temuduga...dah nama pun berkhidmat
dalam pasukan keselamatan tentulah
perlu segala macam...masalahnya selama 
ni berkerja tak pakai uniform cuma 
berpreman...lepas tu suka pulak buat 
kerja last minit...esok nak temuduga
malamnya barulah nak tercari2...
sib baik sang isteri menyimpan rapi
di lemari tapi biasalahkan benda dah
lama tak diguna...jadi pada mulanya 
tak dapat dipastikan di mana letaknya...
meraban sekejap...

Mudah-mudahan ada rezeki abahnya
untuk berjaya dalam temuduga itu
dia sorang yang baik...
tersangatlah baik...
Biasalahkan...setiap manusia tu 
mana ada yang sempurna...mesti ada
kekurangannya...dan kurangnya suami
aku ni kerana dia terlalu baikhati dan
keduanya terlalu percayakan orang
walaupun orang itu baru dikenalinya
beberapa jam...
Tang baikhati tu memanglah
bukan suatu kekurangan tapi
kalau baikhati  tu memakan diri...apakah
istilah yang sesuai untuk di pakai?

Suami tetap suami...tak baik mengatanya
di belakang tapi ini cuma luahan perasaan
sebab terlalu kesian...kesian tengok dia
kerja siang malam untuk menyelesaikan
hutang orang...menjadi penjamin pada
seorang rakan...rakan pulak tak ada
rasa hati nak menyelesaikan...jadi di bahu
suami hutang terbeban!
Bukan pertama kali dah banyak kali...
kejap2 ada yang talipon nak mintak
pinjam...lepas tu buat tak paham
walaupun tak banyak...tapi dah nama
pinjam...kau selesaikanlah!



Kali ni memang banyak...tu sebab
suami tak berani berterus-terang
dapat tau pun dari ahli keluarganya
sendiri...terkantoi tanpa disengajakan.
Paham sangat kalau dia tak berterus
terang tapi tak paham kenapa kes yang
dolu2 tu tak dijadikan pengajaran
dah selalu sangat...jadi tak kuasa nak
ingat...kang meletus perang dunia ke 3
Apa yang mampu dilakukan hanya
berdoa orang itu dibukakan hatinya
...dimurahkan rezeki agar mampu
merungkai segala bebanan.




Projek kerastangan...

Sebelum raya aritu ulit menyiapkan
projek untuk jiran satu blok...
 sekarang baru nak tayang hasilnya
Kalau nak diikutkan dari zaman
muda remaja dah banyak
jugak hasil keras tangan ini yang
disiapkan tapi dolu2 takder hati pun nak
snap gambar kendian simpan buat
koleksi tapi kini dah ada tempat
untuk di abadikan bagi tontonan
hari tua...



Seni kait mengait ni dah tak
berapa popular lagi sekarang
yelah...kini lebih senang memilih
yang readymade punya yang
melambak di pasaraya tapi bagi
yang betul2 berminat mereka masih
lagi memilih seni ini kerana boleh
dipelbagaikan coraknya mengikut
pilihan sendiri...



...asalnya hanya buat untuk kegunaan 
sendiri kendian ada pulak yang berkenan
jadi buatkan jugak sekurangnya ada
melakukan sesuatu selain
menjalankan rutin harian sebagai
surirumah...
Paling tak tahan bila mengait ni
ialah sakit pinggang bila dah
duduk berlama2 menyiapkannya
tapi kalau dah berminat apapun
boleh di tahan...ada masa sampai
lupa nak makan....





...buat masa sekarang tengah mengait
 chairback untuk sendiri punya
bila dah siap nanti akan ditempelkan
kat sini juga sebagai koleksi peribadi.
Category: 0 comments

Roti canai satu!...


Rakyat jelata taklah seramai mana
tapi bila sekali sekala berkumpul
di musim cuti ni...perlulah dipikirkan
kaedah yang lebih ekonomik  ketika
menyediakan sajian untuk di santap.
Sekurangnya boleh jimatkan duit poket
untuk perkara lain yang sudah tentu
penting juga untuk dipikirkan.

Jadi kuatkan hati untuk cuba sesuatu
yang baru iaituuu...nak buat roti canai
hasil air tangan sendiri...cewah dalam
banyak2 menu ada hati pulak nak buat
benda tu...takper sekurangnya ada
keazaman untuk merealisasikannya...
menjadi atau tidak soal no 2.

Tiba2 teringat cerita nostalgia seorang 
rakan ketika dia baru menjadi pengantin
baru hampir 30 tahun lalu...ketika 
bangun pagi di hari pertama tinggal
di rumah mertua...dia di minta 
menyediakan sesuatu untuk sarapan.
kata ibumertuanya "...jangan malu2
buat macam rumah sendiri...kat dapur
tu macam2 ada...tepung pun ada
bolehlah buat roti canai.....
Boleh bayangkan airmuka rakan itu
ketika mendengar permintaan ibu
mertuanya?

Pucat lesi sekejap tapi sib baik cepat2
dia cover....dalam keadaan berani
dengan tidak terus dia cakap tak
pandai nak buat...selalunya kalau
roti canai main order je dari kedai...
apalagi mak mertua terdiam takleh
nak kata apa...yelah dalam banyak2
menu boleh pulak dengan selambernya
suruh buat roti canai...mana2 menantu
pun takkan mampu nak buat...
ini macam sengaja je nak menguji 
mental dan fizikal!...

Dalam keadaan begitu memang
sepatutnya bercakap benar dari 
berlagak pandai...takut nanti 
kelihatan bodoh dan diperbodohkan
di depan orang...



...buat 1/2 adunan dapatlah dalam 16 ketul bebola kecil

...resepi roti canai ni aku ambil dari
sebuat buku catatan lama sejak zaman
belum ada internet lagi...tulisan
cakar ayam...kebetulan terjumpa
 dan dah tak ingat kat mana
aku salin resepi ni...

Bahannya:

1 kg tepung gandum
2 biji telur dipukul
1 sudu teh garam
2 sudu gula
100 gm mentega cair
2 cawan air suam 
(agak2...tak semestinya guna semua)
2 sudu teh susu pekat
1/2 cawan minyak untuk mengoreng

Caranya:

  • Campurkan ke semua bahan2...uli hingga menjadi doh yang lembut.
  • Bentuk menjadi bebola bulat dan balut dengan plastik...kemudian simpan dalam peti sejuk untuk sepanjang malam.
  • Keesokan hari...rehatkan dulu kemudian uli kembali tepung itu agar lembut
  • Jadikan bebola kecil...salutkan dengan marjerin atau minyak...canai dan bolehlah digoreng



... saiz  kecil  macam roti boom versi segiempat

 ...nampaknya memang fail dari
segi persembahan...jangan bayangkan
aku menebarnya macam kat kedai
mamak tu...cuma mampu menepeknya
nipis kemudian tarik sampai ke tepi
dulang...tapi of course lah jadi
koyak rabak macam singlet lama yang
dah berlubang2 tapi dari segi
rasa...boleh tahan jugak!



...jangan silap...ini bukan masak kari tapi kuah lada semalam
di masak cara orang Melaka tanpa menggunakan santan
tapi pekat mengancam...

...dicicah pula dengan kuah ikan merah
 masak lada semalam...pehhhhh! terangkat!
rasa macam tak nak buat lagi...yelah
mengenangkan rupanya tak seperti
roti canai yang biasa kita beli
 di kedai mamak...tapi 
 ada pulak permintaan dari
yang bungsu untuk membuatnya lagi
emmm....maknanya sedap lah tu
tapi kena tunggu lama lagi kot...
nak buat benda rumit ni perlukan
masa dan ketika dan yang lebih penting
perlu ada moood...

Category: 0 comments

Sana sini orang kahwin...

Wow...lama bebenar tak menyinggah
kat sini...belog terbiar seolah tiada yang
peduli...kalau nak di ikutkan hari2 nak
update tapi apakan daya...belum ada
rezeki lagi untuk punya lappy sendiri...
ini pun disebabkan yang sulung sedang
menghabiskan cuti jadi dapatlah tumpang
sekaki...itupun kena tunggu giliran
lepas sorang sorang macam beli tiket 
kertapi...heheh!

Entry kali ni banyak gambar...semuanya
pasal orang naik pelamin pada minggu
pertama cuti persekolahan...tiga majlis
perlu hadiri sampai tak tau yang mana
satu harus dipenuhi...yang ini jiran
merangkap kawan karib yang takleh
diabaikan...di sana pula saudara mara
yang sudah tentu mengharapkan 
kehadiran kita...penyudahnya terpaksa
berbagi2...malamnya di sini siangnya
di sana.

Sebelah malam menghadirkan diri
di majlis penikahan anak jiran tapi
masa tu memang tengah sibuk 
menyediakan hidangan sampai terlupa
nak snap gambar pengantin...jadi takder
gambar  yang nak ditempelkan sebagai
kenangan...sayang sungguh sebab
sebelah siangnya memang takleh lah
sebab akan ke majlis di Sentul pulak.

Gambar di bawah adalah sekitar
majlis perkahwinan anak saudara
sebelah abahnya yang bertunang
aritu...ada diupdatekan di sini.
Bertemu jodoh dengan orang Taiping.



...di iringi  flower girl yang comel lote dannn


...pelapis panca sitara


...menuju ke singgahsana


...tersenyum lebar bila baru terperasankan
mak saudaranya...yelah  di hari pernikahannya
sehari sebelum majlis berlangsung tidak dapat
menghadirkan diri...di saat akhir  baru
dapat meraikan bersama...


Bila hidangan disediakan secara catering
lebih mudah dan tersusun aturcaranya
tapi letih juga bila tidak melakukan
sesuatu...menghabiskan masa berborak
kosong menunggu majlis selesai
hingga ke penghujung...

Di bawah pula majlis perkahwinan
anak sepupu yang berlangsung
keesokan harinya di Bkt. Kemuning.
Mengagau kitorang mencari lokasinya
sebab hanya berpandukan alamat
tanpa pelan...berpusing2 hingga
sesat ke Bkt. Rimau...



Pengantin perempuan adalah
anak sepupu...ibunya arwah kak Peah 
telah meninggal dunia ketika dia mungkin
dalam usia 3 - 4 tahun ketika melahirkan
adik bungsunya yang juga turut pergi
menemui ilahi...kemudian dia dipelihara
oleh datuk & nenek iaitu paklong dan
maklong aku...setelah kedua mereka
meninggal dunia di jaga pula oleh
sepupu aku merangkap bapa saudaranya
dan majlis ini dijalankan sepenuhnya 
oleh bapa saudara tersebut....

Di majlis ini juga baru dapat tahu
rupanya kemalangan yang berpunca
dari remaja 14 tahun yang memandu
kereta yang berlaku di Jasin aritu
salah sorang mangsanya adalah anak
sepupu aku...allah hu akhbar dah
tiga minggu berlalu baru tau...
sedangkan menonton berita itu
di kaca tv...


...ini orang Bkt Rokan...datang dari jauh tak
menyabar nak balik...tak sempat nak menyinggah
takpo lah tak susah2 nak buat air hehehe...

Ini pula adalah majlis yang diadakan
pada minggu berikutnya iaitu majlis
jiran satu blok...ibu pengantin sebaya
dengan aku
muda2 lagi dah dapat menantu(...ayat
perasan ni hehehe...)
Majlis berjalan dengan meriahnya..
dengar kata siap sewa 2 buah bas
datang dari kampung...patutlah
tetamunya berduyun...




Pasangan pengantin sama sepadan
diserikan persembahan dari anak2
yatim Sg Penchala...



Category: 0 comments