Belog makcik2...



Mula bukak belog secara spontan
tanpa perancangan...tanpa lakaran...tanpa angan2
Kebetulan anak ada berhampiran
suruh dia tolong buatkan
pilih template secara rambang.
Paling payah sekali nak pikirkan tajuk belog
blurrr...semacam
konon nak letak yang canggih manggih
sekali idea tak muncul2
mentol nak terbakarlah katakan...
apa yang mampu dipikirkan hanyalah
panggilan yang selalu kedengaran...'acikpidah'

Acikpidah adalah gelaran yang digunakan
oleh anak2 buah...lebih mudah disebutkan
mudah melekat di ingatan.
Yang paling utama nama itu 
memberikan gambaran
belog ini adalah belog 'makcik2'

Tapi di profil gunakan nama Farid
kerana dari zaman sekolah...
pernah menempuh alam perkerjaan 
suatu ketika dulu  hinggalah sekarang
sebagai surirumah tak bertauliah
nama 'Farid' sering digunakan oleh rakan2.

Template yang dipilih secara rambang tu
dah pun ditukar pada template yang sekarang ni.
kenapa template ini yang dipilih...
kerana ia nampak meredupkan...
ada unsur alam...melapangkan fikiran
tuan punya badan.
Dah beberapa kali tukar free counter
sebab yang mula2 tu anak yang masukkan
ada gambaran api menjulang2
macam kat di neraka pulak...
Jadi tukar yang baru...dekat nak capai seratus pageview
hilang  tanpa dapat dikesan.
Jadi sempena 2012
tukar counter yang baru
bermula dari nombor '0' semula.


Category: 6 comments

6 comments:

azieazah said...

Setiap blogger saya rasa pun bermula dengan tak tau apa-apa. Pastu belajar dan belajar melalui pelbagai cara.

Suatu waktu nanti, pasti akan cekap dan semakin mahir.

Yang penting, kena jujur menulis.

al-lavendari said...

mulanya saya ingatkan orang lelaki yang komen .. rupanya Faridah .. betulkan nama tu ?

saya gemar header tu !

terima kasih kerana sudi singgah blog saya.

ROZILA said...

Mulanya saya ni saja klick internet,teruja sangat tengok org pergi mekah,hari2 tengok mekah terkini...terklick kat PDKM (Tn.Hj manzlie punya blog)bila nak komen tak boleh send....
tanya dgn anak,ummi... kalau nak komen kena buat blog sendiri dulu,baru boleh buat komen,ooooo macam tu eh...
itulah permulaannya dr tak tahu,boleh la sikit2...

Farid said...

Azie

Tengah belajar...belajar...dan belajar lagi...ingat nak ceduk sikit ilmu kat Azie...bolehhh

Farid said...

Terimakasih atas kunjungan balas...ya nama kita Faridah...masa kecik2 dulu biasa dipanggil pidah ooo...pidah lama2 melekat jadi acikpidah.

Farid said...

Rozila

Pengalaman sama pernah berlaku...bila diingat2kan macam kelakar.. hihihi