Lupakan pasal makan...marilah berangan

....tahun ni berangan kalau ada  rezeki
lebih nak tukar sofa yang ada kepada
yang baru...yelah yang lama tu dah
bertahun pakai dah naik kepam...
kali ni tak mau beli yang jenis fabrik
yang tak boleh ditukar covernya
sebab bila dah kepam terpaksalah
 dibuang terus...

Antara yang tersenarai adalah seperti
sofa ini...design 70an..ala2 retro
tang kaki tu tak boleh jamin boleh tahan
 lama ke tak sebab yang nak duduk ni
boleh tahan gedabaknya...hehehe




...yang ini macam pratikal
yang had tengah boleh di rebahkan
untuk kegunaan serbaguna...
landing sambil minum kopi


...yang ni amat sesuai untuk sang diva
tapi fabrik kan...memang lecek bila
 si penghuni rumah adalah sangat 
sememeh...


Sofa kuning pun menawan tapi kalau 
fabrik yang boleh ditukar ganti 
boleh juga dipertimbangkan...


Yang ni nampak cute...suci dan murni
dasarnya putih mengundang noda
yang sukar untuk dibersih
apasal lah minat yang fabrik jugak...
emmm..last2 terberkenan yang di bawah






...sempoi  dengan rona hijau yang
meruntun kalbu.
Category: 3 comments

Bila semuanya secara tiba2...

...penat giler bila semuanya perlu
di sempurnakan last minit...apataknya
bila orang yang tak dijangka berbuka
dirumah tiba2 terpacul di muka  pintu
tika waktu berbuka hanya tinggal
setengah jam saja lagi...

Konon hanya nak menyediakan
juadah berbuka yang ringkas untuk
yang bungsu...tapi nampaknya kena 
kerah tenaga ibarat lipas kudung dalam
waktu yang suntuk itu...buat kerja
express giler tapi nasib baik masih ada
baki bawang2 yang sudah berkupas dan
 cili kisar jadi bolehlah jimatkan masa
dalam waktu2 yang terdesak tu...

Yeaaah...setelah berhempas pulas
terhasillah mee goreng yang hanya
berencahkan ikan bilis bersama fish
cake...udang goreng tepung Goji..
drummet ayam goreng...kukus kuih
frozen dan bancuh 2 jenis air iaitu
milo dan teh o ais...taraaa memang
takder gambar...dalam masa menghidang
dah pun selamat di cekut si penunggu 
setia ketika azan sudah mula 
berkumandang...

Lepas tu mulalah sessi beri ingatan...
ingatan berulang yang memang jarang
sekali diberi perhatian...kenapalah susah
sangat nak beritahu dulu pertukaran
rancangan akibatnya semua kerja 
tunggang langgang!...nasib baik bulan
 puasa...sabo je ler!

Moreh dan menapak ke pasar Ramadan...


...arini giliran blok menyediakan moreh
kaum ibu diminta datang dalam pukul
10.00 pagi bagi sessi masak memasak
tapi hanya dapat hadirkan diri ketika
menjelang 2.30 petang...urusan kerjaan
banyak nak diselesaikan...biarlah Ajk
 baru mengelola dahulu...yang lama akan
menyusul kemudian....

Masa datang seperti yang dijangka
banyak kerja yang sudah dibereskan
Mereka masih muda belia...bertenaga
sudah tentu mudah bagi mereka untuk
menguruskan...sempatlah jugak
menyibukkan diri mengiris daun selom
dan kacang botol untuk dibuat urap
lepas tu mengisi bubur caca kedalam
bekas2 kecil untuk diagihkan kepada
para jemaah surau selepas solat terawih...

Semua penghuni blok diminta berbuka 
bersama2 di surau...selain urap menu
yang disediakan untuk berbuka adalah gulai
 nenas ikan masin...sambal udang berpetai
...ayam goreng berempah...ikan masin
 goreng dan yang paling istimewa sekali
adalah airnya sirap bandung bersoda...

Disebabkan masih bercuti lagi jadi
takleh nak joinkan diri ketika berbuka
nanti...tambahan pulak dapur tak 
berasap arini...kesudahannya terpaksa
 menapak ke pasar Ramadan buat pertama
kalinya untuk membeli apa yang patut...
 Apa yang dapat dibawa pulang adalah...



...kuih dadar...keria dan kuih yang dah lupa
namanya...ada rupa topi orang Mexico yang
tepinya melentik ke atas...apa yer namanya?



dan kuih serimuka dari gerai yang sama...
memang puashati ler...rasa tak rugi membeli
secukup rasa....


...nasi kerabu bersama telur masin
dan solok lada...emmm kira okay jugak
rasanya...


...dan air buah kabung...sekadar nak
merasa bila tertarik dengan warnanya
yang mengoda...

Pertama kali update di bulan puasa...

...sudah masuk hari ke empat Ramadan
masih lagi gigih menyediakan sajian dari
dapur sendiri untuk 2 orang penghuni setia
iaitu yang bungsu dan abahnya...
hari pertama dan kedua puasa mereka
berbuka bertiga iaitu bersama putera
tunggal yang sudah pun balik semula
ke maktab  pada hari ke tiga...
yang sulung pula tidak dapat menyambut
puasa bersama2 seperti yang direncana
dan buat pertama kalinya berpuasa
di rumah sewa bersama rakan2 yang
sudah tentu serba kekurangan dan hal
ini membuatkan hati tak merasa tenang
mengingatkan apa yang dijamah ketika
berbuka maupun bersahur tidak 
sesempurna ketika di rumah sendiri.

Disebabkan suka menyediakan juadah
di waktu2 dah dekat nak berbuka jadi 
memang tak menyempatnya untuk
mengabadikan juadah yang telah
tersedia...arini menu ringkas iaitu
sambal telur cili merah di goreng
garing..gandingannya pula sup sawi
campur filamen ketam...
menu sampingan ialah mee rebus aka
mee sup...kuihnya pula hanya sekadar
sepiring cekodok ikan bilis bersama
kuah cili buatan sendiri...di sempurnakan
dengan minuman teh o ais sebagai
penyejuk tekak yang kering kontang.

Sedang mereka berbuka berdua yang 
empunya diri merilekkan diri takleh 
join sekali...


Category: 4 comments


Category: 1 comments

Lahir berdua perginya sendirian...

....Sejak pukul 4:00 pagi melelapkan
mata sekadar tidur2 ayam disebabkan
terjaga dari panggilan talipon abahnya
yang balik kerja dinihari meminta bukakan
pintu yang berselak dari dalam...
Dah jadi kebiasaan kalau tinggal berdua
dengan yang bungsu malamnya pintu
selain di kunci  perlu pula diselak untuk
mengelak kejadian2 yang tidak diingini...

Sudahnya tidak dapat menyambung
tidur dengan lena lagi selepas menunaikan
permintaan membuka pintu itu tadi...
dalam masa itu kedengaran handset
abahnya berbunyi menandakan ada
panggilan masuk sebanyak 2 kali...
disebabkan masalah rabun jadi
 tidak pasti siapa yang membuat
panggilan...hanya mengejutkan abahnya
dan menghulurkan talipon bimbit itu kepadanya
mungkin atas dasar mengantuk dia tidak
pun cuba untuk menalipon balik...

Bila azan subuh berkumandang dari
surau berdekatan....terus bangun untuk
memulakan rutin harian lebih2 lagi
yang bungsu perlu menghadiri kem 
bestari solat di sekolah jadi rutin arini
dan hari2 sebelumnya adalah serupa...
Tengah menguruskan yang bungsu 
bersarapan terdengar abahnya
memanggil...katanya ada mesej masuk
mengatakan baby anak saudara
yang lahir kembar...salah sorangnya
telah meninggal dunia...innalillah

Lahirnya baby itu dua minggu sudah
dan salah sorang telah ditahan wad
disebabkan masalah jantung...rupanya
umur tak panjang...dijemput ilahi ketika
baru beberapa minggu melihat dunia...
Anak saudara ni mengulangi sejarah lama
bapanya iaitu abang aku yang juga 
kehilangan anak kembar baru lahir dari
isterinya yang baru tapi ketika itu
masalahnya baby melekat di dada...
tak dapat diselamatkan kedua2nya
tak salah aku sempat bernyawa selama
lebih kurang sebulan...
Satu2nya kembar yang sempat dewasa
ialah anak saudara dari abang aku yang
nombor dua...lelaki dan perempuan
kembar tidak seiras sebagai penyambung
leluhur kami yang ada sejarah saudara
kembar dari belah arwah omak dan abah...
Cadangnya nak berziarah tapi memandangkan
baby tu akan dikebumikan di kampung
suami anak saudara nunnn di Tanjung
Bidara jadi sekadar mengantar salam takziah...




Titipkan pesan...

..dalam pukul 9:00 pagi pegi rumah 
kawan yang baikhati tu mengantar bahan
dapur yang dipinjam...biasa lah kan
hidup berjiran saling membantu
cukupkan keperluan bila keadaan
mendesak...kawan ni tak berkisah
bila time dia kita pulak hulurkan
bantuan...

Ketika datang dia tengah bergayut
dengan telefon...lepas tu dengar
dia sebut nama aku...mungkin orang
sebelah sana menanya siapa yang
datang bertandang...
Lepas letak telepon dia tanya ada tak 
menerima jemputan kenduri baca yassin
ahad ini...memanglah takder...
pada pikiran mungkin belum lagi
kot...nantilah esok2 barulah si polan
menjemput agaknya...

Waktu tengahari nak menjelang petang
turun lagi mengantar triffle yang aku
buat menggunakan bahan2 yang masih
berbaki tempuhari...
terlanjur bagi kat kawan baikhati tu
aku ulur juga kepada jiran di depan
rumahnya sambil2 tu menyembanglah 
serba sedikit...lepas tu si jiran depan
rumah tanya ada tak terima jemputan
si polan...jawab lagi takder
katanya si polan ada titipkan pesanan
untuk menjemput aku datang 
ke majlis bacaan yassin tu...oh ye ke!

Yang heran kenapa buat2 tanya dan 
kenapa tak beritahu pagi tadi ketika
dia menalipon kawan baikhati...sedangkan
aku dengar sendiri si kawan sebut
nama aku bermakna dia boleh
beritahu ketika itu...
dan lagi masa datang mengantar
triffle tu dia tengah tunggu saat untuk
 berangkat ke satu destinasi...khabarnya
 duduk di sana selama seminggu.
Jadi kalaulah aku tak turun 
bertemunya tadi adakah dia masih
tidak menyampaikan pesanan tersebut...
sedangkan kawan yang baikhati tak tau
menahu pasal jemput menjemput ni...

Alahai...sebagai manusia mesti
ada berkecil hati di sebabkan hal yang
sedikit ini walaupun secara tak sengaja
tak pasal2 tersalah sangka kepada
si polan...namun seboleh mungkin 
aku hindarkan salah sangkaan itu
agar hidup lebih harmoni...
Moralnya dalam menunaikan sesuatu
amanah tu perlulah bersegera takut
pula terlupa...tak pasal2 tersalah
sangka... 

...damaikan jiwa dengan menatap gambar hiasan ini

Sikit punya hal...

Masa nak turunkan bekas dari
para untuk digunakan mengisi
triffle...tercari2 tangga sebab
para tu boleh tahan juga tingginya.
Baru terperasan tangga takder
dalam simpanan...baru teringat
tangga dah di pinjam seorang jiran
kalau tak disebabkan untuk mengambil
bekas di atas para...mau saja aku
terlupa akannya...

Pesan pada anaknya sebab jiran tu
takder talipon rumah...aku pulak
tak tau no handsetnya yang baru
tunggu punya tunggu...tak jugak
kunjung tiba...akhirnya suruh yang
sulung memanjat dengan berpaut 
pada almari berdekatan...

Dah beberapa hari kemudian
baru tahu kedudukan sebenarnya.
satu malam tu si ibu datang mengantar
tangga tersebut...sambil meminta
maaf berkali2...rupanya dia tak tau
tangga itu belum dipulangkan lagi.
Tanpa pengetahuannya
sang suami telah menyimpan tangga
tersebut di rumah sebelah yang tak
berpenghuni tanpa dikunci...
Satu hari tu pihak DBKL dan ketua
blok datang untuk membuat
pemeriksaan denggi dirumah yang
kosong...jadi bila diorang selesai
diorang pegi kunci rumah tersebut.

Bila dia nak pakai tangga semula
barulah anak2nya beritahu tangga
tersebut ada di sebelah...jadi
terpaksa dia menyuruh anaknya
memanjat melalui beranda untuk
membuka pintu hadapan yang tidak
berkunci...tang ni memang seriaulah
sebab rumahnya tu di tingkat empat
kalaulah terjadi apa2 tak ke naya tu!
isk...dijauhkan malaikat 44...tangga
boleh dicari ganti kalau nyawa mana
nak dibeli...



Dua perjalanan...satu pertemuan...

...dalam ralit menonton tv3
berkesah pasal si penyelamat muda
yang prihatin terhadap binatang
sambil tu sempat menaip berkongsi 
rasa kagum dengan semangat cekalnya
membantu kucing yang telah teraniaya...

Hanya disebabkan seekor ikan
kaki kucing tu sanggup dipotong
memang tak berperasaan langsung..
nasib baik ada yang berhati mulia
mengambilnya pulang dan disebabkan
masalah kewangan hanya mampu
merawat dengan sebotol minyak gamat
ironiknya...

Kalau nak tahu lebih lanjut bolehlah
menjengah ke blognya kakimotong
pada pikiran saya kakimotong maknanya
orang yang rajin pergi menoreh...
oh..rupanya bukan itu dimaksudkan
nama blog bersempena peristiwa
kaki kucing dipotong..P dah diganti
dengan M jadilah kakimotong.

Aku bukanlah orangnya yang bersedia
untuk melayan karenah kucing terutama
tentang kebersihannya tapi kalau diluar
sana masih ramai insan berhati mulia
yang prihatin terhadap binatang ini
aku adalah di antara penyokong...hanya
sekadar menyokong...teramat2 
menyokong. 



Suasana redup perut pun berkeroncong...

Pagi ni terasa nyaman dengan
suasana redup dan sejuk kesan hujan
yang turun sejak dinihari...
persekitaran terasa sunyi...apakah
penghuninya menyambung tidur lagi
tentu dalam cuaca begini ada yang
masih enak dibuai mimpi....


Setelah yang sulung pulang ke tempatnya
menimba ilmu semalam...tinggallah sensorang
setelah yang bungsu pula ke sekolah
mungkin hingga menjelang petang...arini
katanya ada aktiviti koko...
Bila tiada sesiapa di rumah...mood hendak
mengemas pun tiba2 mencanak selalunya
malas nak melayan tapi kemas pun
sikit lebih kurang bukan ada sesiapa nak
bertandang...itulah kan bila ada tetamu
nak datang barulah terkial2 nak mengemas
bagai...sebab kerja mengemas ni bukan
kesukaan...lebih suka memasak kalau diberi
pilihan...sambil masak sambil tu boleh
melantak...memang takleh tinggal sessi
makan2 sentiasa ada dalam agenda harian...


Makanan yang ini belum pernah
dieksperimenkan lagi...
nak buat sendiri belum tentu lagi menjadi
cuma merasa bila ada yang bawak balik
sebagai buah tangan dari satu majlis
agama mingguan...


...laksa Johor bersama kuah dan sambal belacan


...puteri dua sebilik...gandingan warna yang menarik

Syukur nikmat yang diberikan
muga berpanjangan...pada yang memberi
didoakan agar dirahmati dan murah rezeki...

Kisah semalam....

...entry ini berkisar kisah semalam
iaitu menghadiri majlis 
pertunangan anak saudara di Kajang...
anak kepada abang aku yang sulung.

...pepagi lagi dah ke sana mengenangkan
keluarga lelaki akan datang dalam pukul
11:00 pagi dan dijangkakan majlis akan
selesai menjelang tengahari tapi takde
maknanya...dari pukul 11:00 dah berganjak
selepas zuhur pulak...tunggu2 tak juga
datang lagi..last2 dah menjelang pukul
 3.00 ptg barulah diorang sampai..
alahai...janji melayu lah katakannn...
aku tak tau kenapa situasi macam ni
selalu dikaitkan dengan melayu...

Jadinya kami penuhi waktu yang ada
dengan menyembang bersama sanak
saudara yang jarang sekali kami jumpa.
...selain hari raya di majlis2 seperti ini
 sajelah baru kitorang berkumpul 
kalau nak diikutkan tak jadi masalah
untuk selalu berjumpa sebab jarak
memasing hanya beberapa kilometer
tapi disebabkan sibuk dengan urusan
harian jadi masa ini kitorang manfaatkan
sebaik mungkin... 


Untuk memenuhi acara menyembang
perlu diselangi dengan sessi makan2
...tak sahkan kalau tak letak gambar
makanan...

....diantara lauk pauk yang disajikan adalah
daging kuah asam...ikan tenggiri bercili yang memang
banyak biji cilinya...sambal sotong kering...ayam goreng
berempah...tempoyak pucuk ubi dan yang tengah tu
masak lemak nenas ngan ikan masin...

di iringi dengan pelbagai jenis
kuih-muih di antaranya....
...agar2 santan daun pandan...kuih bakar yang
dibakar dalam talam...kek sarang lebah

dan kenal tak dengan kuih ini...


dalam majlis kami adik beradik
memang tak lengkap kalau takder kuih ni
...dah menjadi satu kemestian dan ianya
menjadi kesukaan hadirin yang datang
dan memasing mesti bertanya...
kuih apa ni sebab diorang tak pernah
jumpa kat mana2 cuma ada di Nogori
Sembilan itupun dibeberapa tempat je...
Kuih itu namanya apam daun rambai...
memang sedap...aroma daun rambai
yang membuatkan kuih itu istimewa...


Kudapan yang mengiringi...si inang2
...bukanlah peminat tegar kudapan ini tapi
apasal mengunyah benda ni macam takleh
berhenti...katanya buat sendiri bukan
beli yang dah siap  tu tapi memang
sedap...ada rasa tersendiri...

dannn....projek ari Jumaat yang
dah dekat nak habis baru perasan
nak merakam....

...dadih di atas tu bukan aku yang buat...
disebabkan triffle dah tinggal setengah jadi 
dicover pula oleh sang dadih...

Majlis pertunangan si empunya nama...








dan inilah orangnya...



...gambar ini saja aku selitkan sebab
nak cerita semangat kental si baju biru itu
yang mengidap kanser...mulanya berkerjaya
selepas disahkan ada kanser beliau
nekad meninggalkan kerjaya dan membuka
sebuah rumah anak yatim..kalau nengokkan
betapa aktifnya dia buat kerja ke sana sini
tiada siapa yang menyangka dia mengidapi
kanser tahap 4....
adik ipar kepada si baju purple tu ...
tuan  punya majlis.

Majlis diceriakan juga dengan telatah
kekanak ini...anak saudara yang 
bungsu sekali...si Zakirah yang
berangin....



Memenuhi permintaan...

...Semalam ada projek nak dibereskan
untuk agenda hari ini iaitu
memenuhi permintaan sang perawan
yang akan mengikat tali pertunangan.


Merata mencari bahan untuk
menyediakan permintaan ini sebab
nak kan perasa yang itu saja...
 iaitu perasa rasberry
...mengagau juga mencari perasa itu di sini
yang banyaknya perasa lain yang tak
berkenan di hati.

Lagi satu...pilihan kek juga menjadi
persoalan...ternampak kek yang
di inginkan di Mydin Masjid India
jadi berusaha mendapatkannya di sana
sib baik masih banyak...cukuplah untuk
membereskan projek yang dirancang...



...boleh teka apa projek yang ingin 
dilaksanakan ini?

...memula masak adunan 4 sudu 
tepung kastad yang telah dibancuh
bersama 1 tin susu cair + 1 tin air +
1 biji kuning telur + 1 sudu esen vanila
 + 7 sudu gula dan secubit garam...


..bancuhan tengah di didihkan sambil dikacau
hingga likat supaya tidak berketul


...sementara mengacau benda alah ini
yang sulung tolong potongkan kek dan 
masukkan ke dalam bekas sementara
yang bungsu siram kuah buah2an
campuran di atasnya...




lepas tu tuangkan kastad yang
dimasak tadi...disebabkan masih panas
jadi bahagian ini aku sudahkan
seterusnya yang bungsu ambil alih
meletakkan buah2an...




...sementara dia buat yang itu aku
pula membancuh jelly perasa rasberry
kalau ikutkan di kotak perlu di masak
tapi untuk memudahkan kerja...
hanya dituangkan 2 cawan air panas
untuk sekotak jelly tersebut....lalu
 disiram pada puding yang ditabur buah
 tadi...


Taraaa....dah siap...




...bertingkat2...disusun yang bungsu
menunggu masa untuk disumbat
ke dalam fridge tapi tugas yang itu
aku dah tak menyedar lagi sebab
terlalu keletihan...tugas itu 
dan sessi kemas mengemas 
diselesaikan oleh yang bungsu dan 
yang sulung...


...inilah rupa kek yang diinginkan  sampai
mencari  jauh hingga ke Masjid India...rasanya kek
ini ada dijual di Giant ataupun di tempat lain tapi
harganya ada sikit lebih lah...

p/s  sukatan seperti di atas itu adalah untuk satu adunan...disebabkan
 buat banyak...berbekas2... sudah tentu adunan itu digandakan...

Category: 2 comments