Titipan...


Semalam En.suami balik kerja hanya setakat
kat bawah je...tak naik kat atas pun
(tinggal di kuaters tingkat 2)
Suruh si bungsu ambil barang yang 
dititipkan...kendian biasalah kannn...
pergi mengopi dengan kawan2.

Tang mengopi ni memang tak paham...
(mengopi tu lebih merujuk pada 
menyembang di gerai mamak...kopi
tak mandang pun!) di rumah disediakan
minuman kesukaan tapi  ke sana juga
arah tujuan...mestilahkan... meriah sakan.

Tabiat ni memang susah nak diubah...
dah sebati sejak mula lagi...lama2 jadi 
tak kisah...asalkan dia bahgia dan tak lupakan
segala keperluan

Inilah hasil tangkapan yang dititipkan...




Barangan Cosway pelbagai jenis kudapan...
menambah lemak tepu di badan.
Kotak merah 4 tingkat tu adalah 
Hazelnut chocolate dan 4 botol tu
bukan kudapan ye...ianya deodoran
lelaki dan perempuan.

Cosway buat jualan pecah gudang ke???
tak sempat nak menanya
cekik je ler...hal2 lain kemudian citer!




Itu kuaci bermadu ala2 bepang kacang
dan Hazelnut chocolate siap sedia
untuk dinikmati sambil bermimpi
meniti pelangi.



Category: 2 comments

2 comments:

suri solehah said...

wah..beli kudapan kat kosway..tak mahal ke?

Farid said...

Suri Solehah

Dok eh!...murah je...jualan penghabisan stok!