Rentetan peristiwa yang mungkin tak dapat dilupakan...


..tarikh 29-01-2012 mungkin di ingat sepanjang
hayat.   Berlaku satu rentetan peristiwa yang
tak mampu dilupa dan mungkin kekal terpahat
sampai bila2.
Kisah anak jiran yang pernah diceritakan di sini

...memenuhi undangan si ibu yang mengadakan
kenduri doa selamat selepas anak itu dibenarkan
keluar dari hospital...rupanya diadakan sekali
sambutan majlis harijadi yang kebetulan jatuh
pada hari tersebut...

Masa sampai... majlis memotong kek sedang
dijalankan dan selepas itu sempatlah 
mengambil gambar beliau dikelilingi rakan2.
Beliau nampak ceria...siap menyanyi
'Selamat Hari Jadi' bersama2...
Kitorang apatah lagi...sesekali bila dah
berkumpul sesama jiran tetangga mulalah 
terkukuk-terkekek tak menyedorkan diri.

Dalam kemeriahan suasana itu tanpa
disangka2 beliau rebah di tengah rumah.
Diberi bantuan alat penafasan yang tersedia
...terdengar dia menangis di samping ibu yang
tak putus2 memanggil namanya...
Dalam seketika...dia kelihatannya senyap
seperti sedang tidur...dipanggil2 namanya
tak menyahut lagi...rupanya dia telah pergi
menyahut panggilan ilahi...

Walaupun dalam esak tangis...si ibu kelihatan
nya redha dan telah bersedia menghadapi
segala kemungkinan.
...aritu masa di hospital doktor telah
mengesyorkan supaya dibawa pulang ke rumah
dan diminta memenuhi segala apa yang
dipinta.
Rasanya si ibu tak ralat lagi sebab segala
permintaan telah ditunaikan termasuk
sambutan Hari Jadi itu.

...dengan hati berbelah bagi...mengambil
keputusan untuk tidak meletakkan gambar
yang diambil lebihkurang 1/2 jam sebelum
arwah menghembuskan nafas terakhir
di sini sebagai menghormati keluarga 
arwah... hanya sekadar membuat  catatan
di sini untuk kenangan di kemudian hari.
Arwah selamat disemadikan sejurus nak
masuk waktu maghrib semalam...iaitu
29-01-2012 bersamaan  hari lahirnya
yang ke 12...




Category: 2 comments

2 comments:

MOH KEMBARA said...

Assalamualaikum Yong,

Al-Fatihah! Ironiknya, macam citer drama...meninggal masa hari jadi. Semoga roh arwah dirahmatiNya.

Farid said...

W'salam Yong Halima

...terkesan sangat dng peristiwa ini