Transformasi sang ulat...

Tak paham...tengok gelagat seorang rakan
yang geli geleman melihat seekor  ulat.
Ulat itu tak sebesar mana pun...
tapi gelinya ya rabbi...macam tengok ular
berlingkar tengah laman...seriau semacam.

Yang lagi buat tak paham...
pernah tengok dia menyepit se ekor anak 
lipan tanpa rasa takut...membakarnya di atas
api dapur...paling tak sanggup tengok anak
lipan itu mengerekotkan badan ke kiri dan
ke kanan bila dikerjakan...kita pulak yang
seriau...untuk makluman rakan ini pernah
membunuh ular yang masuk ke dalam 
rumah orangtuanya di kampung...
Lagiiiii...lah  tak paham!

Jauh beza dengan kita yang memang
pengeli makhluk berlingkau tu...
kalau terserempak mau kaku di situ
kalau setakat ulat...no hal lah kan tapi
jangan terkena badan...nanti gatal seharian!

Dari artikel yang saya baca...ulat dicipta
oleh Allah untuk memperlihatkan
kewujudan dan keagungannya...kerana
pada haiwan hodoh ini ada keindahan
pada mata dan keindahan pada hati.

Selepas melalui beberapa fasa dalam
kitaran hidupnya akan terjelmalah seekor
haiwan yang sangat cantik...seekor rama2.
Setiap kali melihat rama2...ia membangkitkan
emosi romantis...kita terbayang pada wajah
orang yang disayangi...terbit rasa rindu padanya.
Dari rama2 tercipta ilham sang penyair untuk
mengarang puisinya...dari sang rama2 juga
terpantul ilham pada sang pelukis untuk
merakam keindahan alam ciptaan tuhan.

Ulat dan rama2 sebenarnya mengajar kita
tentang keajaiban seekor haiwan yang jarang
diambil   peduli.  Ia mengajar kita supaya
bermetamorfosis iaitu sentiasa berusaha
mengubah diri dari satu tahap ke satu tahap
...kearah yang lebih baik.
Lakukan dengan tekun...jangan putus asa
redha serta yakin dengan kebesarannya.
Selepas melalui kepayahan inilah nanti 
hasilnya kejayaan dan kita akan muncul
sebagai insan berbeza.

Nanti apabila melihat seekor rama2
ingatlah pada firman Allah

'Sesungguhnya pada kejadian langit dan
bumi dan pertukaran malam dan siang itu
terdapat tanda2 kebesaran Allah bagi orang
yang menyempurnakan akal fikirannya 

 Ali Imran: 190




10 comments:

MOH KEMBARA said...

Salam Yong Fidah,

Fobia ni kita tak buleh nak kata. Ada org takut dgn benda2 yg harmless tp benda yg bahaya tak takut pulak. Pasal membunuh hewan ni, adik kata tak buleh bakar hidup2, bunuh dulu baru bakar takpe. Ari tu kami terjumpa lipan, kami kata bakar sbb ada bakar sampah dekat situ, adik lelaki kata tak buleh. Dia bunuh dgn parang lipan tu, baru dia campak dlm api.

Farid said...

W'salam Yong Halima

ye ke...terimakasih dengan info itu..tapi kita ni jenis penakut...apa2 cara pun rasanya tak sanggup

Hajjah Noraini @Nanie said...

Salam Ziarah,

Terima kasih follow blog auntie dan tinggal jejak.
InshaAllah, auntie datang lagi.

Queenie said...

heeeeeeeeeeeeeeee..

semua2 tu akak takut, nak baca smapi ahabes pun tak sanggup, mcm benda2 tu tercampak dlm mata eee........
akak abca lajuuu jer pastu terus komen ehehehe...

Farid said...

Auntie Marina

Terima kasih kerana datang...nanti datang lagi ye!

Farid said...

Kak Q

Hihihi...rasanya kak Q ni sama spesies dengan rakan kita ni.

Cik Sibuk said...

salam kenal,

ha ada orang geli geleman dengan benda kecik, tapi benda yang lagi ganas rilekk pulak.

saya masa kecik takut lipas, lagi2 lipas yang terbang. tapi tak takut tikus, dedulu saya la tukang buang tikus yang melekat dekat perangkap gam. tapi tu masa kecik lah..sekarang dah tua ni dedua lipas & tikus kita takut.

kasihredha said...

akak geli dgn ulat

takut & geli dgn ular

takut pada lipan tp x geli

azieazah said...

Kadang2 binatang yang kecil halus tu yang kita geli, kan?

Farid said...

Cik Sibuk

Salam kenal...silalah masuk...tu yang buat tak paham tu



Kasihredha

Hihihi...rupenya akak penakut ulat juga ye!



Azie

Azie macammana...pengeli jugak ke?...tapi kalau tengok orangnya rasa Azie ni bukanlah penakut...ye tak?