Bakal dikidnap lagi...

Pepagi lagi dah mengadap lappy
apataknya...jap lagi akan di bawa
pergi oleh si kakak.
Setelah bercuti selama seminggu
arini dia akan kembali semula
ke PD...akan diangkut sekali
lappy ini...nampaknya akan termanggu
semula menanti penganti yang
tak kunjung tiba.

Tidak bersiaran lagi seperti biasa
...harap2 tak lama buat sementara je
ada masa dan ketika akan berkongsi
cerita dan peristiwa.

Buat semua yang sesekali singgah
di sini...muga menjalani kehidupan
yang ceria...menjadi blogger tegar
muga tak gentar...teruskan dengan
entry baru coz ada ketikanya akan
menjengah juga ke belog kalian.

Idiosss...


Category: 5 comments

Dua minggu lalu punya cerita...

Biar lambat daripada takder langsung
jadi entry ini diupdatekan jugak
walaupun waktu sambutanya dah lama
berlalu.
Menyertai perarakan Maulidur Rasul
yang diadakan pada 11 Februari lalu...
pagi2 lagi dah bersiap sedia kerana
tepat 8.00 pagi perarakan akan bermula

Tahun ini mengambil warna purple
sebagai warna tema...memasing apalagi
bergaya sakan dengan segala 
kelengkapan seperti kain rentang dan
panji2 kerana habuan yang disediakan
untuk bakal pemenang boleh tahan
juga jumlahnya.

Tapi dengan segala ganjaran yang
disediakan harus diingat yang paling
utama sambutan ini diadakan sempena
mengingati kelahiran
Rasulullah S.A.W dan menghayati
perjuangan serta pergorbanannya
dalam menegakkan syiar islam...
 menang atau tidak bukanlah
menjadi soal utama...yang penting
bersama2 bergotong royong sesama
 jiran tetangga untuk menjayakannya.



...berarak dengan semangat muhibah
(...ayat skema takleh blah!)
Selepas berarak berkumpul di padang
macam budak sekolah...di panah
cahaya matahari yang baru naik...
resah semacam...bagaimanalah agaknya
di zaman rasullulah s.a.w ketika
berhijrah ke Madinah ditengah2
padang pasir pulak tu...

Walau macamana pun sempat gak
berposing...tenguklah tu pelbagai aksi
memasing macam pohon yang 
subur merimbun...



..maniskan gula dalam senyuman
Apalagi...dah penat berarak tiba
masa untuk melantak.
Berdedai2 ke port yang disediakan
menjamu selera dengan nasi ayam,
sedikit kuih muih dan buah-buahan.



...setiap blok menyediakan makanan memasing
katanya penyertaan je dah disediakan peruntukan
sebanyak  RM 200...tapi sekarang ni dengan
jumlah tu apa sangatlah yang dapat..dengarnya
ada yang memberi sumbangan sebagai tambahan
...alhamdullilah...

Sebelah malam pula ada ceramah
agama oleh ustaz bollywood iaitu
ust. Haslin Baharin, ust. Fauzi Mustapha
 dan seorang lagi...emm
sori tak ingat nama.
Ada mengambil beberapa gambar
tapi disebabkan si tukang gambar
ni ada masalah rabun...malam
pulak tu...tersalah shotlah pulak...
buat perabis bateri je...

 Keputusan di umumkan selepas

saja ceramah agama selesai dijalankan 
dannn...kami berpuashati dengan 
mendapat tempat ke empat daripada
 24 blok yang menyertai...jadilahkan.


Disebabkan tuanpunya blog
sibuk dengan tugas photographer
tak bergajinya...jadi tiada suatu pun
imejnya terselit di atas yer...
Harap dimaklumi.
Category: 5 comments

Ke tempat baru dng suasana baru...


8 Februari aritu menghantar si bujang  
tunggal mendaftarkan diri di sekolah
baru iaitu ke maktab TGBJ
Sebelum ini selama tiga tahun menimba
ilmu di maktab Serting sudah tiba masanya
untuk menceduk pengalaman baru 
di tempat lain pula.

Kami bertolak jam 8.00 pagi dari sini
walaupun waktu itu dijangka
pendaftaran bermula tapi alhamdullilah
dengan perjalanan yang clear jam 10.00
 pagi kami selamat tiba ke destinasi. 




...Pejabat Pentadbiran maktab TGBJ

Semua urusan dikendalikan oleh para
 pelajar tanpa bantuan ibubapa dari
mengisi borang hinggalah ketika
membuat pembayaran.  Ibubapa tak
dibenarkan masuk sama sekali 
ke dalam dewan pendaftaran jadi
pepandailah anak kita untuk 
menguruskannya.



...gigih mengisi borang ...ketika ini masih di luar
dewan...nampaknya ada ibubapa yg membantu




...sambil menunggu sempat shot di situ
program dan pencapaian yang telah
dilaksana oleh para pelajar

Setelah segala urusan selesai bergegas
pulang semula ke KL sebab yang bungsu
enggan ikut bersama jadi tak mau
biarkan dia berlama2 tinggal
di rumah jiran.  Alhamdulillah
perjalanan lebih mudah jika di
bandingkan dengan  perjalanan
ke Serting. 

 Mudah-mudahan
si bujang tunggal cepat dapat
menyesuaikan diri di tempat baru
dengan azam yang baru supaya
dapat mencapai kejayaan
cemerlang seperti yang diidam2kan.



...perjalanan pulang yang smooth & clear
selepas melepasi tol Simpang Ampat Alor Gajah
Category: 4 comments

Keluhan orang lama...

Berada di sebuah bank...duduk menunggu
giliran dengan  penuh berhemah sedangkan
no giliran masih jauh di hadapan...sambil tu
 memerhati orang keluar masuk untuk
berurusan...ingatkan menjelang petang
pelanggan dah kurang rupa2nya masih
ramai ...hampir semua tempat duduk
 ada penunggunya...agaknya dah dekat
penghujung bulan ada saje yang hendak
diuruskan.

Seorang makcik di sebelah tersenyum
dan mengeluh kerana dah lama menunggu
sambil tu sempat dia menanya '...dapat ke
bantuan 500?'....aku hanya mengelengkan 
kepala sebagai jawapan.  Terus dia 
menyatakan keluhannya kerana masih
 tidak mendapat bantuan tersebut.

Katanya lagi kebanyakan yang dapat
adalah orang2 muda...orang2 sepertinya
masih ramai lagi yang tak mendapat jawapan.
Oh ye ke...apa yang diketahui hari Ahad
lepas baru saja diadakan majlis penyerahan
bantuan tersebut di mana seorang menteri
sempat menghadirkan diri di cawangan 
berkenaan utk mengagihkan.

Yang buat tak  paham majlis tersebut 
diadakan di kawasan jalan keluar masuk
kenderaan menyebabkan berlakunya
kesesakan di jalan utama...betul2 
menyusahkan...sedangkan berhampiran
terdiri megah sebuah dewan serbaguna
...kenapa tak digunakan?
entahlah...apakah ada agenda terselindung
disebalik semua itu...kalau ya pun
janganlah sampai menyusahkan!  

Berbalik kisah makcik tadi...teringat
cerita seorang rakan berkenaan jiran
arwah emaknya yang tak dapat bantuan
sebab si anak lelaki bujang terlebih dulu
 menghantar borang dengan alasan
menyara persekolahan adiknya...alasan je!
si ayah hanya mampu mengigit jari...
  Pada yang muda2
dahulukanlah orangtua mu kerana
mereka lebih memerlukan.

Setelah urusan selesai...singgah 
menjamu selera di kedai mamak
berdekatan...utk menghilangkan
stress kerana jenuh menunggu.



...pilihan abahnya mee goreng mamak
tengoklah meja tu macam boleh buat cermin




Pilihan untuk diri sendiri
...roti canai sardin bersama kuah kambing
penambah lemak tepu di badan yang dah
sedia kembang
Category: 10 comments

Jadi penanggah yang tak semenggah..




Menjadi penanggah di majlis perkahwinan
anak jiran yang berlangsung pada 
4 Februari lalu.  Cerita lama tapi tetap
nak selitkan di sini sebagai kenangan.

Majlis ini adalah majlis yang 
dibincangkan ketika kitorang
berkampung aritu di sini.
Dari awal takder pembahagian tugas
jadi pepandai je ambil posisi di tempat
menyenduk nasi...jenuh jugaklah
kena terlebih ramah
walaupun kita bukanlah peramah 
orangnya...kena maniskan senyuman
walaupun muka ni memang kategori
 muka serius gilerr...

Lenkali nak ambik posisi yang tak
glamourlah contohnya kat tempat
menyenduk bubur ataupun cendul...
isi siap2..letak beberapa mangkuk...
lepas tu pepandailah ambik...nengok
macam dah clear je...isi lagi 
amacam mesti bestkan...sambil buat
keja sambil tu  bolehlah melilau 
 kat tempat lain...

Tengokkan gambar pengantin lelaki
itu teringat ketika menziarahinya
di HKL beberapa tahun dulu ketika
dia koma tak sedarkan diri disebabkan
jangkitan denggi yang serius.

Alhamdulillah dipanjangkan umurnya
dan dapat menyaksikan dia menjadi
raja sehari...dan tengoklah betapa 
cerianya dia.

Category: 2 comments

Satu hari di majlis pertunangan...

Baru balik dari majlis pertunangan 
anak saudara abahnya...letih sungguh
tapi disebabkan tak mau bertangguh
terus je update.

Majlis berlangsung di Sentul...berkampung 
sekejap di situ...sekali sekala bertemu
sanak saudara sebelah suami yang datang
dari Melaka memang meriah sungguh...
tak terasa waktu berlalu...alih2 dah
menjelang petang.

Abahnya pulak nak cepat balik sebab
terpaksa kerja malam...jadinya terpaksalah
mintak diri dulu tapi sempatlah jugak
tunggu rombongan sebelah lelaki datang.


...sebelum rombongan lelaki datang...
menunggu penuh debaran


...hantaran sebelah perempuan...
9 dulang berbalas 7 dari pihak lelaki.

Kami di jamu dengan nasi ayam, mee kari
dan pelbagai kuih-muih...sampai tak larat
nak pilih semua...jamahlah jugak serba 
sedikit tapi yang paling takleh elak...
ialah pelbagai minumannya iaitu cendul,
air tembikai dan asam boi.

Kalau kat rumah minuman berais ni
memang dielakkan sama sekali tapi kat
sini hentam saja lah labu...cuaca pulak
panas terik...memang mengugat imanlah
kiranya...minum sampai tak henggat
macam orang nogori kata sampai honggeh...



...deretan pelbagai jenis minuman...
ala2 macam nak meniaga di pasar malam ler gamaknya


...anak saudara abahnya...
selepas selesai disarungkan cincin
pertunangan tanda sudah  berpunya.

Anak saudara ni anak sulung...pertama kali
mengadakan majlis begini...si emaknya tak
senang duduk...mudah-mudahan
ikatan ini berpanjangan hingga ke jinjang
pelamin...amin.
Category: 2 comments

Majlis ulang tahun....

Gambar lama...kalau tak salah di ambil pada 
28 Januari lalu.  Buat catatan hari ini
sebab si kakak balik bercuti... dapatlah gunakan
lappy semula minggu ini...itu pun buat sementara.

Menghadiri majlis ulang tahun lagi...
rakan sepermainan si bungsu...ibunya membuat
persedian last minute...dah siap masak segala
baru jemput jiran tetangga.

Memang ramai yang tak dapat menghadirkan
diri...memasing dah ada ajenda sendiri
jadi kita ni yang penunggu setia di sini
dapatlah melantak sesekali...







...dijamu dengan steamboat...ringkas untuk
di sajikan...tak perlu pening kepala dan
tak ambil masa yang lama utk disediakan
lebih2 lagi kalau perancangannya 
last minute.




...tak lupa juga puding berkuah...menu lazim
si tuan rumah...kalau buat majlis makan2
menu inilah yang selalu dihidangkan.



...disertai pula  mihun singapore...kalau takder
cili jeruk tu memang tak sah kan...nampak je dah
tergeliur...



...kek dah lenyap sebelah baru teringat 
nak ambil gambar...perasa cappucino
perasan sekejap jadi Italiano...


Category: 6 comments