Asalkan ada daripada tiada...

Masakan hari ni...
yang biasa2 je
menu lazim bagi orang Melake
dan sudah tentu kegemaran
rakyat jelata 
Asam Pedas Ikan Kembung
terbaekkk punya...

Belog ini bukan dah bertukar
ke belog masakan
cuma saje2 nak masukkan
sebab dah takde cerita
nak dibebelkan....

Wah...belum apa2 lagi dah takde cerita?
orang kata belum lagi berlari laju
baru nak suam2 kuku
sudah layu di tasek madu
macam mano tu...




tumisan in the progress....



kambas bersira garam...bukan untuk dimakan
macam kudapan...nak hilang rasa pahit
yang buat ku sawan



Asam pedas bersama bunga kantan
tengelam timbul...disajikan dalam mangkuk
murahan tanpa simbol





Kambas tumis udang bertelor....
uii..panjangnya nama...mengalahkan 
resepi di sebuah majalah ternama...
juga disajikan dalam piring percuma
ketika membeli ubatgigi berjenama.



Siap sedia untuk di makan
jangan malu jangan segan
silalah mulakan...
Abaikan piring isi paru berlado
piring pengalas cawan sebenarnya
 menunjukan betapa ciputnya paru itu


Category: 7 comments

7 comments:

suri solehah said...

salam kenal..suka,suka,,suka sgt asam pedas melaka

ROZILA said...

Salam Acikpidah,

Tengah lapar ni,sedap sangat..... asam pedas, sayur kambas goreng dgn telur.
dlm peti ais ada kambas,
nak gorenglah....

Farid said...

Salam kenal suri solehah

Terimakasih kerana sudi berziarah.




Rozila

Cubalah...boleh kita gader2 makan di alam maya

azieazah said...

Pertama kali I baca orang tulis peria tu sebagai kambas. Ohhh bahasa daerah mana ya?

Peria goreng camtuh, paberet MyTOKLAKI. I kurang gemar, tapi sebab orang kata peria tu baik, I makan gak ler sikit sikit.

Farid said...

Azie

Iye ke?...ingatkan semua orang panggil kambas...kalau peria tu yang kecil... dipanggil peria katak...tak pasti pulak bahasa tu dari daerah mana...yang pasti sejak azali dah panggil benda tu kambas

Kakcik Seroja said...

Alhamdulillah, masih ada rezeki untuk dijamah. :)

Farid said...

Terimakasih kakcik...sudi menyinggah..ini saje yang ada..jamah di alam maya je ye!