Gigih mengugel...

Sejak zaman sekolah
suka dengan kata2 pujangga.
Mana yang berkenan di hati
akan dikumpulkan dalam sebuah buku...
rasanya jarang menyelak atau menyemak
kembali buku tersebut...
tapi ketika menyalinnya
seakan terasa keindahan 
baris2 ayat dan makna yang
menyengat menyentak hingga
ke ujung kalbu.

Jadi tak heranlah kan
kalau dalam belog ini
banyak ditempekkan 
kata2 azimat selepas gigih
mencarinya secara mengugel.
Gigih memang gigih...
kalau dah minat...usaha itu
rasanya berbaloi walaupun
kepala dah pening lalat...
Yelah...tak semuanya boleh
di pakai...kena cari yang sesuai.

Bukan nak berangan menjadi
lebih bagus tapi sekurang2nya
rasa yang sekelumit itu membantu
membina semangat yang sentiasa je
celaru...kejab tinggi kejap rendah
...lama2 lelah.

Belog orang lain dipenuhi dengan
gambar yang gah...belog kita pulak
banyak datangnya dari ehsan en. google.
Ya selagi belog ini bernyawa...
edisi mengugel tetap akan diteruskan.
Chayoook!




Category: 0 comments

0 comments: