Berkampung...

Baru saja balik dari menghadiri mesyuarat
sesama jiran tetangga...kalau dulunya
dipanggil berkampung...iaitu berbincang
mengenai tugas2 yang patut dilakukan
ketika kenduri kahwin seorang jiran
yang akan disempurnakan selepas raya 
cina ini...tak semuanya datang tapi bolehlah
tahan...  

Jamuan diadakan secara katering
tapi ada dibuat penambahan 2 jenis lauk
yang di masak secara gotong royong...
termasuk kerja2 renyah lain seperti 
merebus telur dan mengisi doorgift bag.



...gigih mendengar... kang takut ada yang tertinggal..

Ni tengah berbincang apa yang patut dibuat
...ringkas je penjelasannya tanpa ada 
pembahagian tugas...nampaknya pandai2
ler esok membuat apa yang patut...


...berbincang secara berkelompok...memasing mengeluarkan
idea yang terperuk...

Yang berbaju hijau tu di belakang baju hitam
adalah empunya majlis...sudah pun 
mempunyai 2 orang cucu dan ini kali kedua
mengadakan kenduri kahwin.
Kali pertama dulu buat di kampung jadi
kitorang berkonvoi ke sana...tapi kali ni
nampaknya buat di sini...senang rakan taulan
nak datang bagi memeriahkan.



...kanak2 riang ribena bertoncet pokok kelapa tengah leka
mengerjakan limau mandarin..

Kami di jamu dengan serba sedikit makanan
seperti meehoon goreng yang kaya dengan
udang...limau mandarin sempena menyambut
raya cina dan popia basah gedabak besar
(...tiada dlm gambar)...katanya 1.20 satu
tapi memang puas hati lah dengan harga itu
sebab makan satu je dah rasa kenyang dan 
yang lebih penting ianya sedap... boleh bagi
lima bintang.

Category: 2 comments

2 comments:

Acik Erna said...

assalam..dulu2 dikampung acik..mesti ada berkampung dan satu lagi dipanggil 'kayuakar'masa untuk memasang khemah untuk memasak dan untuk meletak pinggang mangkuk

Farid said...

w'salam Acik Erna

'Kayuakar' tu pertama kali dengar...rasanya kitorang panggil 'hari tegak balai'..dulu2 orang sediakan bubur kacang dan biskut tawar sebagai santapan.