Cinta zaman IT...

Sebagai ibu aku menjadi gusar apabila
seorang rakan sekolah(perempuan) kepada
bujang tunggal menalipon malam2(secara
khusus...tengah malam)...berlaku sewaktu
cuti sekolah yang lalu...hingga ke hari ini 
kegusaran itu masih belum hilang lagi.

Kebetulan si kakak yang sulung menyambut
talipon...yang lain dah terbanting hanyut
dibuai mimpi.  Budak perempuan itu
(...merujuk sebagai budak sebab baru 15 thn)
tanpa rasa malu dan segan mencurahkan
ketidakpuasan hatinya di atas sikap
si bujang tunggal yang tidak melayan
perasaannya untuk berhubungan lebih
daripada seorang rakan.

Wah!...giler kentang(istilah budak2 sekarang)
...beraninya dia menalipon malam2 dan
mencurahkan  perasaan kepada orang yang
tidak dikenalinya...siap menagih simpati lagi
konon terpikat dengan si bujang tunggal yang
selalu ke surau.
aikkk...bukan ke duduk asrama tu ada
masanya kena ke surau???

Inilah agaknya dinamakan cinta zaman IT
yang mesra dan terlebih peramah dan 
ternyata mudah dan murah serta merisaukan
mak bapak.   Jauh beza masa zaman aku remaja
dulu...zaman 80an.  Sebagai perempuan hanya
hati saja berbicara...cuma pandangan mata
saja yang yang cuba menafsir sedangkan lidah
kelu tidak terungkapkan kata2 akibat rasa malu
yang amat sangat...semuanya bisu dan sunyi.

Waktu itu kebanyakannya tiada talipon rumah
apatah lagi talipon bimbit...facebook...twitter
maupun email jauh sekali.  
Jatuh cinta...bercinta..itu biasa ler tapi semuanya
melalui surat...itupun setakat berkenalan
macam tu je...tak  berani nak mengutarakan
apa yang tersirat...lepas tu...
'pecah kaca pecah gelas...sudah baca harap balas'
ayat lazim sebagai penamat.

Budak2 zaman IT ni semuanya nak cepat...
pantas...berterus-terang dan terlebih 'mesra'.
Jadi tak heran ketika ini...anak2 muda sering
menjual beli cinta seperti menjual beli
kacang putih!!!



...gambar hiasan

2 comments:

azieazah said...

Sungguh mencabar, kan?

Farid said...

Azie

Cabaran si ibu di zaman siber...semuanya nak segera!