Ingat jiran di waktu senang & susah...

Di sebabkan tiada kesempatan melawatnya 
di hospital aritu...jadi arini kitorang
merancang untuk melawatnya...iaitu
isteri kepada ketua blok yang telah
menjalani pembedahan membuang fibroid.



...ni tengah bagi salam...
tengok apa tu makngah...memasing mengadah

Memang kena masanya pegi menjengah
rupa2nya anak ke 2 beliau pun baru saja
dimasukkan ke hospital kerana muntah darah
ada sakit jantung pulak tu...memang dugaan
untuknya...disebabkan ibunya baru menjalani
pembedahan jadi anak itu sendirian saja
di hospital...kesiannya...mudah2an
tiada yang lebih parah.

Lihatkan situasi ibu itu bercerita sambil
menahan emosi...adalah sesuatu yang payah
untuk diterjemah...apa yang mampu dilakukan
hanyalah memberi kata2 semangat agar dia tak
mudah menyerah.

Ingat lepas ni nak rancang menziarahi
anaknya pula di hospital...tapi tulah payahnya...
memasing tak berani nak drive...ada lesen
pun setakat boleh di frame...apa2 pun kena
tunggu keputusan drebar bertauliah!

Category: 2 comments

2 comments:

Queenie said...

lesen dalam frame tu buleh tukor kat nama kita tak? nyem3

Farid said...

Hisss kak Q ni...nak ke?...bayor ler...hihihi