Erti kesyukuran...




Tetap mahu mencatit di sini
walaupun dengan kegusaran hati
mengenai kejayaan yang meniti
sebagai kenangan di kemudian hari
entry ini sepatutnya hari Khamis aritu
di publishkan tapi sebab
laptop tak  boleh guna
...terpaksa ditangguhkan.

Syukur alhamdulilah...
dengan berlinangnya airmata
tercerna bersamanya erti kesyukuran
bila mendapat tahu
anak ke dua yang menduduki PMR
mendapat kejayaan cemerlang

Yang sedihnya...kami tak bersama
semasa mengambil keputusan
yelah...dah dia beria-ia nak mengambil
keputusan tanpa ditemankan...
hanya bertemankan rakan-rakan
seramai 5 orang...
menaiki komuter dari stesen Tasik Selatan
terus ke Seremban...dari Seremban menaiki
bas pula ke Bahau...dari Bahau ke sekolah
mereka di Serting Bandar Baru Sri Jempol.

Risau tu...memang risau
membiarkan dia sendirian
tawakal je muga selamat dalam perjalanan
dapat tau keputusan pun dari abahnya
yang menalipon...
masa tu perasaan berkecamuk...
mana nak pikirkan keselamatan dia...
nak pikirkan keputusan yang
bakal dia dapat...ai macam2

Rasa menyesal pulak lepaskan
dia pergi dengan kawan-2
walaupun dah tahu keputusan tapi
hati tetap tak tenang
...dekat 10 malam baru sampai rumah
nampaknya lain kali...takkan dibenarkan

2 comments:

azieazah said...

TAHNIAH!!!!

Anak bersekolah asrama di KL kah? Tak mengapa tak ikut ambil result.

Kak Azie ni, anak ramai pun jarang ikut pi sekolah ambik result. Depa lebih suka bersama-sama kawan-kaawn sekolah depa.

Farid said...

Terimakasih Azie kerana berziarah...

Anak sekolah di Serting Bandar Baru Sri Jempol N. Sembilan

Memang suka pegi ngan kawan2...kita kat gumah seriau semacam!