Kodok naik junjung...

Terlanjur dah balik kampung
singgah sekejap...menjenguk
rumah peninggalan orang tua
semak sungguh...tidak terbela
di tambah pulak  onar jiran sebelah
buat semak sesuka hati

Minta izin tebang pokok manggis
bersebelahan pagar rumahnya...
kami izinkan...
yelah...pokok manggis tu pun
sudah terlalu tua
sudah lama berjasa
sekali kami tengok
bukan setakat pokok manggis tu je
yang dikerjakan...tapi
pokok mangga dan rambutan gading
pun turut tumbang

Di ikutkan pokok tu jauh dari
kawasan rumahnya...
takde kena-mengena
apahal pulak ditebang?
minta izin satu pokok je
ini dah jadi tiga...
sisa-sisa pokok yang ditebang
dibiarkan begitu saja tanpa dikemaskan
mengucap panjanglah kitaorang!

Baru mendirikan rumah batu
sisa-sisa batu pun dilonggokkan di situ
selama ni kami tak mengerutu
kodok dah naik junjunglah tu!
sesuka hati buat tindakan melulu...


0 comments: