Nama moden...






Ingin mencatitkan
serba sedikit pengetahuan
yang dapat diceduk dari
Indahnya Perubatan Islam
sebagai ingatan di masa depan

Katanya...banyak penyakit
yang tidak jelas puncanya
adalah disebabkan 'nama'
kebanyakan nama yang diletakkan
iaitu nama-nama moden
yang amat membingungkan.

Terdapat 77 nama yang diambil
oleh golongan manusia adalah
nama jin dan syaitan...
 contoh yang disebutkan ialah
seperti...
Balqis, Qistina, Najwa
Zakuan, Batrisya dan Arisa
kat sini...ada budak tu
namanya adalah salah satu
seperti di atas...
dari kecik lagi memang kuat menangis
kalau mengamuk habis tunggang-langgang
siap guling-guling lagi... 
lepas tu...gedegang gedegung
pintu ditendang...
dah jadi halwa telinga kitorang
nama itukah punca gerangan?

Penyelesaiannya...
...tak perlu pergi pejabat pendaftaran...
...tak payah ubah tulisan
cuma ubah panggilannya saje
teringat dolu2...masa zaman budak2
kalau ada anak yang sering demam
atau kuat menangis...
akan diubah nama panggilan
lepas tu elok pulak...tak kuat menangis lagi
ini mungkin ada kaitan...wallahualam.

Itulah indahnya perubatan Islam
macam ustaz tu cakap
sebelum mencari perubatan moden
cubalah dulu perubatan Islam
atas tujuan dan niat yang pertamanya
untuk mendapat pahala dan
keduanya kesembuhan
kalau dah pergi hospital
ubat dah ada di tangan...
perubatan Islam jangan dilupakan
namakan anak-anak dengan
nama yang baik supaya tidak bertembung
dengan nama-nama jin dan syaitan.


Category: 3 comments

3 comments:

azieazah said...

Kadang2 kita macam susah nak percaya, tapi kebetulan itu meyakinkan pula, kan?

Sebaiknya, kita ikut mana yang elok dan sesuai.

azieazah said...

Saya tidak pasti hendak panggil apa, FARID atau CIK PIDAH atau FARIDAH...

Farid said...

Azieazah,

Setuju sangat dengan Azie

Rasanya kita sebaya...panggil je Farid (panggilan di kalangan rakan di sini)...acikpidah tu panggilan oleh anak2 saudara