Yang pergi...

Baru balik dari kampung halaman
...menziarahi bapa saudara sebelah omak 
yang meninggal dunia...iaitu
sebaik saja jemaah selesai
menunaikan sembahyang Jumaat.

Beliau satu2nya bapa saudara yang tinggal
dari 6 beradik...
satu2nya bapa saudara yang prihatin
dan mengambil berat...
satu2nya bapa saudara yang cepat
tersentuh jiwanya...
masih terbayang di ingatan bagaimana
dia memeluk erat jenazah omak...
satu2 adik perempuannya
meruntun hati sesiapa yang memandang

Setelah pemergian omak...
beliaulah yang telah menjaga dan mengemas
kawasan sekitar rumah pusaka kita
menebas...
meracun...
menyapu...
namun rutin itu mula berubah
setelah pemergian arwah isterinya
tiga tahun lalu...

Beliau menjadi pemurung
tidak banyak bercakap
kebanyakan masanya...
mengunci diri dalam bilik
sekali-sekala...
kedengaran suaranya berborak
...katanya berborak dengan arwah
Pemergian isteri secara tiba-tiba
tanpa di sangka-sangka...
benar-benar merobek hatinya.

Mereka  memang pasangan sehati sejiwa
kemana-mana pun bersama
jika melihat mereka tanpa
salah seorang darinya
adalah sesuatu yang janggal...

Menurut cerita anak-anaknya
2 - 3 hari sebelum meninggal
beliau menjadi sasau...
menyasau seorang diri
berjalan kaki ke kuburan isteri
malam2 suruh bukak pintu sambil berkata...
"bukak pintu!..bukak pintu!.... omak kau balik!
rupa-rupanya itulah tanda
akan di jemput kembali
menemui ilahi...
bersemadi berdekatan sang isteri.


Category: 0 comments

0 comments: