Bukan pujangga...




kita bukan pujangga
pandai berkata-kata...
masih mahu juga berkongsi bicara
sebagai  mutiara kata
hasil pembacaan di alam siber...

Mestipun tidak mampu mengubah iklim
tetapi kamu mampu merubah perasaan
mestipun tidak mampu memilih rupa
tetapi kamu mampu melempar senyuman

Mestipun tidak mampu mempengaruhi orang lain
tetapi kamu mampu mengendali diri
mestipun tidak mampu meramal hari esok
tetapi kamu mampu menggunakan hari ini

Mestipun tidak mampu sukses
tetapi kamu mampu usaha sedaya upaya
mestipun semuanya tidak mengikut kehendak kamu
tetapi kamu mampu tidak menyesal
kerana kamu sudah berusaha
Jauh lebih baik menjaga kawan dari kejatuhan daripada
membantunya bangun setelah ia jatuh...

0 comments: