Stress giler!...


Satu hari di stesen LRT...
penumpang ulang alik
adalah pandangan biasa
tapi hari ni...
sesak giler!
Beratur panjang sampai
kawasan pejalan kaki
jarang-jarang terjadi

Mulanya tak nampak
apakah yang menghalangi
sekali tengok...rupanya
menggunakan sistem terkini
bukanlah tidak menyokong pembaruan,
kecanggihan...
tapi janganlah sampai menyusahkan.
Disediakan 4 mesin untuk beli tiket
dua bermasalah...tengah diservis
satu hanya menggunakan syiling sahaja
yang satu lagi boleh guna ringgit dan syiling
tapi tengah elok beroperasi...tersangkut pulak!

Ramai membuat pilihan untuk beli di kaunter
tapi dari tiga kaunter yang ada...
kenapa satu kaunter aje yang dibuka...
dah nampak ramai yang beratur panjang
kenapa tak diberi pertimbangan
untuk memudahkan perjalanan...
stress giler!...

Sekarang ni tak guna lagi sistem kad
kecuali kad tough & go
guna sistem coin lah pulak
bukan coin betul2 ye!
tapi coin plastik...sebesar duit 20 sen
macam mainan budak2
kalaulah coin tu terlepas ke...
mana tau...kalau dah terpeleot
termasuk dalam longkang ke...lubang
ataupun di celah antara lrt dan platform
ketika kita melangkah
tak ke haru biru!

kalau dulu boleh beli tiket pergi-balik
tapi sekarang kena beli tiket satu arah je...
balik kang kena beratur lagi
leceh sungguh!
terdengar di telinga  seseorang merungut
budak lelaki...berbaju kuning
ala-ala lembut berkata...
sistem tah apa2...ntah!

2 comments:

sekamar rindu said...

salam..

sangat memahami keluh kesah anda..

Farid said...

sekamar rindu

terimakasih...kerana datang berziarah dan memahami keluhan
insan marhaen yang tak punya apa2!