Tulisan atas batu...

Di tepi pantai...2 orang sahabat(masih budak) berlari-larian, bergurau-senda dan bermain dengan riang gembira.  Tiba-tiba terdengar pertengkaran sengit antara keduanya.  Yang bertubuh besar memukul temannya...yang dipukul diam terpaku.  Dengan mata berkaca dan raut muka marah menahan sakit tanpa bicara sepatah pun...dia menulis dengan sebatang kayu di atas pasir...
"Hari ini kawanku telah memukul ku"


Kawan yang lebih besar terasa malu...tidak berkata apa2.  Ya...resam budak2, mereka segera kembali bermain bersama.  Ketika berlari-lari kerana tidak berhati-hati, kawan yang dipukul tadi terjerumus ke dalam lubang yang agak dalam.  Kawan yang satu lagi bergegas mencari tali...mengikat tali pada sebatang pokok sambil berteriak..."kawan...aku sudah datang!...tangkap dan ikat tali di pinggangmu, pegang erat2...aku akan menarik mu keluar.


Kawan tadi dapat dikeluarkan dari lubang dengan selamat...sekali lagi dengan mata berkaca dia berkata "Terimakasih sahabat" kemudian lari mencari batu karang dan berusaha menulis di atas batu.
"Hari ini...kawanku telah menyelamatkan aku".


Kawan yang diam bertanya keheranan "mengapa setelah memukul mu...kamu menulis di atas pasir dan setelah menyelamatkan mu...kamu menulis di atas batu.


"Setelah kamu memukul...aku menulis di atas pasir kerana kemarahan dan kebencian terhadap perbuatan buruk yang kamu lakukan...ingin segera aku hapuskan seperti tulisan di atas pasir yang akan segera terhapus bersama tiupan angin dan sapuan ombak"
"Tapi...ketika kamu menyelamatkan aku...aku menulis di atas batu kerana perbuatan baik mu itu patut dikenang dan akan tersemat selamanya diingatan...sekali lagi terimakasih sahabat:.





Category: 0 comments

0 comments: