Tetamu tak disangka...

...bila abahnya talipon Ahad lalu
 beritahu ada orang nak bertandang
menjadi kalut sekejap sebab datangnya
secara tiba2 tanpa diberitahu terlebih dulu
Kelam kabut mengemas apa yang patut...
biasalah rumah ni walaupun tak ramai
penghuninya tapi selalu dalam keadaan
 serabut...terutamanya buku2 sekolah yang
 bungsu yang suka menyiapkan kerja
 sekolah sambil mengadap tv di ruang tamu

bila ada orang nak datang barulah terkial2
tapi waktu tu main campak je...
semuanya disumbat ke bilik...dah jadi
macam tongkang pecah...termalu
sendiri bila ada yang nak tumpang 
bersolat...memang takleh nak elaklah.

Ingatkan minggu ni takder yang
bertandang sebab ada orang tu tak
jadi datang lepas beria2 merancang
takperlah aku tak kisah...takyah
susah2 nak pikir menu apa nak dimasak
sekali datang tetamu lain yang tak
disangka2...baru pertama kali datang
beraya...
kakak ni walaupun sudah menginjak
umur awal 50an tapi pangkat anakbuah
pada ku...arwah neneknya adalah kakak
kepada arwah abah...ini bermakna
walaupun aku lebih muda darinya tapi
 aku ni kira pangkat mak saudara...

Suka sangat dengan kesudiannya
untuk singgah ke rumah...kalau takder
keinginannya untuk mencari saudara
rasanya pertalian ini akan terus
terkubur tak dapat bersambung...
Aku juga kagum dengan kegigihannya
membesarkan anak2 sendirian setelah
kehilangan suami 19 tahun lalu...
masih takleh lupa peristiwa yang
menimpanya iaitu arwah suami
meninggal dalam tidur ketika dia 
baru 5 hari berpantang melahirkan
anaknya yang bungsu...

Sampai sekarang masih sendirian
hanya ditemani anak lelakinya yang
sulung yang sampai sekarang masih
membujang walaupun usia dah
menginjak 30an sedangkan adik2
sudah ada yang dah berkahwin...
Mungkin kesiankan si ibu yang
bersusah payah membesarkan 
mereka adik beradik...lebih senang
menemani ibunya ke ulu ke hilir 
menguruskan bisnes kerepek yang 
semakin berjaya...

Bila dah berjumpa ni macam2
cerita diimbas kembali tapi aku ni
sejak merantau ramai orang kampung
yang disebutkan namanya terutama orang
yang lebih tua tak berapa aku ingat lagi
nampak sangat ingatan dah mula
tumpul...harus diselusuri semula sebab
kebanyakannya ada kaitan saudara...
  

0 comments: