Asalnya nak menjamu mata...sekali tergoda


Ajenda jalan2 disambung kembali...
Sogo adalah tempat yang dituju...
memula ke tempat yang menjadi
kesukaan iaitu bahagian peralatan rumah
sudut ini sering disinggahi bukan untuk
membeli sakan sebenarnya lebih pada
sekadar menjamu mata...
 

 dalam menjamu mencari juga alas
bantal yang berkenan sebab punggung
dah naik kematu bila ari2 duduk atas
kerusi kayu...


 ronda2 di bahagian tuala...
niat hati nak merembat selai dua
tapi teringat di rumah masih ada
berbalut plastik tidak diguna
terus batalkan hajat takut sia2... 
 


 satu lagi tingkat di Sogo yang menjadi
pilihan adalah di tingkat 6...apalagi
kalau tidak tempat makan2 setelah
penat berjalan...sepinggan 
Yong Tau Fu di makan bersama dan
semangkuk laksa yang tak jemu
dihirup kuahnya...
 

 dekat separuh hari menghabiskan
masa di sini...dalam perjalanan
ke bawah kelihatan semakin ramai
pengunjung yang datang terutama 
di bahagian  sale itu...sempat  pulak
merembat boxer untuk si putera 
tunggal...

bangunan puduraya pandangan dari
dalam tren LRT...sekarang ni dah 
tukar nama Plaza Rakyat tapi rasanya
nama puduraya itu lebih melekat di hati
terutamanya kepada mereka yang
mempunyai kenangan di tahun2 80an
hinggga lah ke tahun 90an...


bersantai selesa di warung Gossip
di Gossip Street sambil menghirup
sebekas air asam boi kerana
menunggukan kenderaan yang 
datang menjemput sebab nak jimatkan
kos menaiki kenderaan awam setelah
berhabisan di jualan sale tadi...

Category: 1 comments

1 comments:

Kakcik Seroja said...

Sebut pasal tuala dalam plastik, teringat kat rumah kakcik pun masih banyak tuala dalam plastik - semuanya 'cop hospital' menunjukkan banyak kalinya kakcik anak beranak duduk di wad! ;-)