Cenderahati dari sebuah majlis...

Hari Ahad abahnya kena bertugas
dari siang hingga menjelang malam
tapi hati senang bila dia pulang 
bawak 2 beg cenderahati berwarna 
hijau terang...


setiap satu beg mengandungi
1 kotak tertulis tanjir dan...1 bunjut
berisi sebuah buku...

 mari lihat lebih dekat....oh rupanya
kotak tanjir berisi kain pelikat dan beg
bunjut terdapat sebuah buku agama
Teman Musafir di susun oleh Dato'
Dr Fatma El-Zahra Mohamad Ramadan...



mengandungi zikir & doa amalan harian...
selawat,salam,istighfar dan taubat...
amalan pencegahan penyakit dan 
rawatan sihir...amalan bulan Ramadan
kelebihan surah2 dalam Al Quran dan
penyelenggaraan jenazah dan adap2
berkaitan dengan kematian....

 Salah satu petikannya ialah...
'sesiapa membaca ayat 23 daripada
surah Al A'raf selepas setiap solat fardhu
lalu beristighfar kepada Allah nescaya 
akan terampun segala dosanya...
sesiapa membaca ayat 47 daripada
surah ini...dia akan terpelihara drp
kekacauan para penzalim dan 
mendapat rahmat Allah...'

...mungkin perlu masa yang panjang
untuk menelaah buku ini...takper
pelan2...baca tanpa pengisian yang
mendalam tiada gunanya...harus ada
kesabaran...

Kain pelikat itu harus untuk sang
suami kan tapiii...sang isteri dah
ada perancangan sendiri seperti
kain pelikat yang di hadiahkan oleh
seseorang pada tahun dulu
telah pun selamat di realisasikan
menjadi hak sendiri dan telah pun
digayakan beberapa kali dan yang
terbaru baru saja dipakai ketika
majlis kahwin di Ulu Yam aritu...


...sempat snap masa masih di ampaian


0 comments: