Entry tatap gambar lagi...

...Siangnya memenuhi undangan di Seputeh
malamnya pula tak lepas peluang
ke padang perumahan untuk melihat
suasana sambutan majlis hariraya yang
diadakan setiap tahun...
bukan nak menjamu selera sakan
tapi lebih kepada untuk melihat2 
bertemu rakan taulan...

Patut Ahad dah boleh update
tapi memang takder kesempatan
bila ada tetamu yang bertandang
dan malamnya pula penuhi undangan 
rakan jiran setaman...

...takder apa yang nak diceritakan
cuma bertemu suami seorang rakan
yang dah lama tak jumpa...melihatnya
sendirian seolah mengesahkan khabar
yang mereka dah tak sehaluan...

...di khemah blok sendiri yang menyediakan air sejuk dan panas

...kalau tak silap khemah lemang dan rendang

...khemah ini menyediakan mee dan meehoon sup

 
...menyediakan juadah sambil bersila seperti berada di kampung

...gambar di atas menggunakan 'illuminated
scenes at night' jadi imagenya macam
bercampur2...nampak blurrrr...

...yang terlindung oleh gadis berbaju merah
dot2 tengah duduk juga sorang rakan
lama...bila dia menegur...aku meniliknya
agak lama jugak sebab dah tak cam...
bayangkan dah bertahun tak jumpa tentu
sedikit sebanyak dah ada yang berubah
terutamanya saiz badan...walau macam
mana pun terimakasih sebab sudi nak
menegur...berbaju merah adalah anak
gadisnya yang ketika kecil suka aku
tengok rambutnya yang berpintal bak
maggi...


..ada pertunjukan bunga api dan 
nampak tak di situ ada persembahan
kombo dari pasukan keselamatan...

...ingatkan khemah ni yang menang
sebab berkenankan bunga yang
ditampal kat tabir tu...rupanya khemah
yang dihias belon juga yang menjadi
pilihan...
Category: 3 comments

3 comments:

Acik Erna said...

assalam Farid..meriahnya siap ada bunga api lagi

azieazah said...

Wahhh meriah tu. Siap ada pertandingan khemah tercantik lagi.

Gitula, kalu lama tak jumpa pasti ada yang berubah samada rupa atau kehidupan.

Farid said...

Acik Erna
...sekali dalam setahun menyambut dengan meriahnya...di hari lain melopong takder aktiviti.