Bertenang konon....

..bila ditunggu tak datang
kalau tak diperlukan...ada pulak dia
lalu lalang memainkan lagu iklan
menganggu persekitaran....

Ini kes tunggu lori gas yang tak
nampak kelibatnya dari semalam
tengah syiok mengoreng pisang
tiba2 api terpadam...dah agak dah
bila tengokkan api tu lenggoknya
semakin perlahan bagi isyarat
kecemasan tapi masih dalam
keadaan bertenang kerana yakin
boleh diselesaikan dalam sekejapan
mengingatkan stok sentiasa dalam
simpanan...

Cehhh...apalah punya malang rupanya
semua tong kosong kering kontang
panik sekejap mengingatkan pisang
goreng di kuali dah kejung bagaikan 
kuih gulung...
nampaknya melelehlah nak
merasa goreng pisang panas rangup
berderup!...yang jadinya goreng pisang
bersira minyak masak meletop!

0 comments: