Impian yang sama...

...rumah 99.9% siap ini bukan aku yang punya
walaupun pasang impian ingin memiliki
rumah idaman yang serupa tapi mungkin
jauh lagi terlaksana...ataupun mungkin
setakat mampu berangan mat jenin jatuh
pokok kelapa...he heh!
Disebabkan abahnya bercuti semalam
ajak dia jadi drebar ke satu tempat yang
dah lama rancang ngan kawan nak pegi
iaitu ke Nilai 3...tapi last2 rancangan
dah bertukar daaa...cuma melilau 
ke kedai bunga yang berhampiran...lepas
tu ke Wisma Minlon...setakat window
shopping sebab berpinau mata melihatkan
gubahan bunga besar giler berharga
ribu riban...nasib baik tak meraban!

Kawan ni ajak survey bunga untuk
rumah impiannya yang hampir siap
hanya menunggu masa untuk didiami
tapi sampai kesudah tak dapat pun
bunganya...banyak yang tak berkenan
bila dah berkenan harganya pulak jadi
persoalan...saboo je lah!...last2 dia
ajak menjenguk rumahnya itu...katanya
dah hampir tiga minggu tak dijenguk
takut pulak ada yang ambik peluang! 


...ini bahagian hadapan yang dihiasi batu
bali...batu ni boleh tahan mahalnya dan
sekarang ni tengah popular
  
 ...pandangan dari pintu hadapan terus
ke bahagian belakang...pintu belakang tu
menuju ke bahagian dapur basah dan 
dapur keringnya sebelah kanan tak 
nampak dari sini...

 ...ruang tamu dan kipas siling tu bila
di ON kan akan terbuka bilahnya bila
di OFF akan tertutup dengan sendirinya
yang kelihatan hanyalah sebuah lampu
...magik kan!...pilihan si suami.
...ada barangan yang dah di angkut dari rumah lama seperti kuali tu nak diguna untuk kenduri  ujung bulan ni

...dari pandangan dapur kering kelihatan 
2 buah bilik belakang untuk si bujang
trang tang tang...tangga tu saja
di buat dulu belum ada tingkat atasnya...
akan diguna bila sudah ada keinginan untuk
menambah kemudian...

...bilik utama sedang dalam proses 
dikemaskini kan...rona hijau menjadi
pilihan sebab si empunya rumah adalah
peminat tegar warna itu...seperti jugak aku
jadi tak heran jadi teman sealiran...
ke mana2 beriringan...
 
...surau betul2 dihadapan rumah...
...tercapai juga impian mereka suami
isteri untuk mempunyai rumah
 berhampiran dengan surau supaya
senang untuk menapak ke situ ketika
kudrat dimamah usia yang semakin
 meningkat...bila kawan tu mengumpan
kami untuk membeli rumah di situ agar
dapat bersama2 meniti hari tua...abahnya
hanya mampu garu kepala...paham 
sangat lah tu...


0 comments: