Suasana redup perut pun berkeroncong...

Pagi ni terasa nyaman dengan
suasana redup dan sejuk kesan hujan
yang turun sejak dinihari...
persekitaran terasa sunyi...apakah
penghuninya menyambung tidur lagi
tentu dalam cuaca begini ada yang
masih enak dibuai mimpi....


Setelah yang sulung pulang ke tempatnya
menimba ilmu semalam...tinggallah sensorang
setelah yang bungsu pula ke sekolah
mungkin hingga menjelang petang...arini
katanya ada aktiviti koko...
Bila tiada sesiapa di rumah...mood hendak
mengemas pun tiba2 mencanak selalunya
malas nak melayan tapi kemas pun
sikit lebih kurang bukan ada sesiapa nak
bertandang...itulah kan bila ada tetamu
nak datang barulah terkial2 nak mengemas
bagai...sebab kerja mengemas ni bukan
kesukaan...lebih suka memasak kalau diberi
pilihan...sambil masak sambil tu boleh
melantak...memang takleh tinggal sessi
makan2 sentiasa ada dalam agenda harian...


Makanan yang ini belum pernah
dieksperimenkan lagi...
nak buat sendiri belum tentu lagi menjadi
cuma merasa bila ada yang bawak balik
sebagai buah tangan dari satu majlis
agama mingguan...


...laksa Johor bersama kuah dan sambal belacan


...puteri dua sebilik...gandingan warna yang menarik

Syukur nikmat yang diberikan
muga berpanjangan...pada yang memberi
didoakan agar dirahmati dan murah rezeki...

6 comments:

kasihredha said...

pagi2 yg dingin ni...melihat gambar mkn terus jadi lapar.
Cantik aa puteri sebilik tu kak...yg saya biasa mkn warna putih je :)

Kakcik Seroja said...

Laksa Johor adalah makanan kesukaan kakcik walaupun kakcik tak tahu buat sendiri. :)

Farid said...

...memang cantik macam sayang pulak nak makan...hehehe

Farid said...

kakcik
...kesukaan kakcik rupanya..nak buat sendiri memang lecek...nak beli susah nak cari jadi tunggu je jemputan majlis yang menghidangkan menu ini.

ROZILA said...

Laksa johor memang jadi kegemaran dan puteri dua sebilik.(sedap sangat)

Laksa johor mula belajar makan kat pejabat,sebab bos suka makan kerana dia org Johor.Setiap kali ada jamuan mesti order.Puteri dua sebilik ni time ramadhan aje ada jual.

Farid said...

Rozila
selamat bertandang kembali..dua2nya tetap menjadi kegemaran kebanyakan orang.