Kisah semalam....

...entry ini berkisar kisah semalam
iaitu menghadiri majlis 
pertunangan anak saudara di Kajang...
anak kepada abang aku yang sulung.

...pepagi lagi dah ke sana mengenangkan
keluarga lelaki akan datang dalam pukul
11:00 pagi dan dijangkakan majlis akan
selesai menjelang tengahari tapi takde
maknanya...dari pukul 11:00 dah berganjak
selepas zuhur pulak...tunggu2 tak juga
datang lagi..last2 dah menjelang pukul
 3.00 ptg barulah diorang sampai..
alahai...janji melayu lah katakannn...
aku tak tau kenapa situasi macam ni
selalu dikaitkan dengan melayu...

Jadinya kami penuhi waktu yang ada
dengan menyembang bersama sanak
saudara yang jarang sekali kami jumpa.
...selain hari raya di majlis2 seperti ini
 sajelah baru kitorang berkumpul 
kalau nak diikutkan tak jadi masalah
untuk selalu berjumpa sebab jarak
memasing hanya beberapa kilometer
tapi disebabkan sibuk dengan urusan
harian jadi masa ini kitorang manfaatkan
sebaik mungkin... 


Untuk memenuhi acara menyembang
perlu diselangi dengan sessi makan2
...tak sahkan kalau tak letak gambar
makanan...

....diantara lauk pauk yang disajikan adalah
daging kuah asam...ikan tenggiri bercili yang memang
banyak biji cilinya...sambal sotong kering...ayam goreng
berempah...tempoyak pucuk ubi dan yang tengah tu
masak lemak nenas ngan ikan masin...

di iringi dengan pelbagai jenis
kuih-muih di antaranya....
...agar2 santan daun pandan...kuih bakar yang
dibakar dalam talam...kek sarang lebah

dan kenal tak dengan kuih ini...


dalam majlis kami adik beradik
memang tak lengkap kalau takder kuih ni
...dah menjadi satu kemestian dan ianya
menjadi kesukaan hadirin yang datang
dan memasing mesti bertanya...
kuih apa ni sebab diorang tak pernah
jumpa kat mana2 cuma ada di Nogori
Sembilan itupun dibeberapa tempat je...
Kuih itu namanya apam daun rambai...
memang sedap...aroma daun rambai
yang membuatkan kuih itu istimewa...


Kudapan yang mengiringi...si inang2
...bukanlah peminat tegar kudapan ini tapi
apasal mengunyah benda ni macam takleh
berhenti...katanya buat sendiri bukan
beli yang dah siap  tu tapi memang
sedap...ada rasa tersendiri...

dannn....projek ari Jumaat yang
dah dekat nak habis baru perasan
nak merakam....

...dadih di atas tu bukan aku yang buat...
disebabkan triffle dah tinggal setengah jadi 
dicover pula oleh sang dadih...

Majlis pertunangan si empunya nama...








dan inilah orangnya...



...gambar ini saja aku selitkan sebab
nak cerita semangat kental si baju biru itu
yang mengidap kanser...mulanya berkerjaya
selepas disahkan ada kanser beliau
nekad meninggalkan kerjaya dan membuka
sebuah rumah anak yatim..kalau nengokkan
betapa aktifnya dia buat kerja ke sana sini
tiada siapa yang menyangka dia mengidapi
kanser tahap 4....
adik ipar kepada si baju purple tu ...
tuan  punya majlis.

Majlis diceriakan juga dengan telatah
kekanak ini...anak saudara yang 
bungsu sekali...si Zakirah yang
berangin....



4 comments:

kasihredha said...

dalam banyak2 saya tertarik dgn apam daun rambai tu....saya x pernah makan. MIL saya yg berasal dari nogori pun tak pernah buat...nanti saya nak suruh MIL buat :-)

Farid said...

...apam tu memang susah nak cari...tak pasti samada tempat MIL kasihredah ada apam ni...kalau tak carilah di area Air Mawang Johol...

MOH KEMBARA said...

Salam Yong,
mmg tak penah dgr dan tengok kuih daun rambai tu.
Swett warna baju gadis, org pun sweet. Ehhh yg kenit pun sweet!

Farid said...

W'salam yong
...tak pernah tengok ye...cuba rasa tentu terangkat punya lah...teringat2 sampai ke rumah.