Pertama kali update di bulan puasa...

...sudah masuk hari ke empat Ramadan
masih lagi gigih menyediakan sajian dari
dapur sendiri untuk 2 orang penghuni setia
iaitu yang bungsu dan abahnya...
hari pertama dan kedua puasa mereka
berbuka bertiga iaitu bersama putera
tunggal yang sudah pun balik semula
ke maktab  pada hari ke tiga...
yang sulung pula tidak dapat menyambut
puasa bersama2 seperti yang direncana
dan buat pertama kalinya berpuasa
di rumah sewa bersama rakan2 yang
sudah tentu serba kekurangan dan hal
ini membuatkan hati tak merasa tenang
mengingatkan apa yang dijamah ketika
berbuka maupun bersahur tidak 
sesempurna ketika di rumah sendiri.

Disebabkan suka menyediakan juadah
di waktu2 dah dekat nak berbuka jadi 
memang tak menyempatnya untuk
mengabadikan juadah yang telah
tersedia...arini menu ringkas iaitu
sambal telur cili merah di goreng
garing..gandingannya pula sup sawi
campur filamen ketam...
menu sampingan ialah mee rebus aka
mee sup...kuihnya pula hanya sekadar
sepiring cekodok ikan bilis bersama
kuah cili buatan sendiri...di sempurnakan
dengan minuman teh o ais sebagai
penyejuk tekak yang kering kontang.

Sedang mereka berbuka berdua yang 
empunya diri merilekkan diri takleh 
join sekali...


Category: 4 comments

4 comments:

kasihredha said...

sedapnya menu kak
selamat berpuasa kak

Farid said...

kasihredha
selamat berpuasa kembali muga lebih dirahmati

faraherda.razalan said...

Lauk simple tu la yg menawan kalbu kak.

=D

Farid said...

mommyfara
ya...setuju sangat simple tu lebih menyelerakan