Tak pernah muak dengan sambal goreng...

Dalam takder mood arini dapat juga
menyiapkan dua jenis menu untuk
dijamah iaitu sambal goreng tauhu
dan ikan bawal putih goreng dicurahkan
kuah kicap...sayurnya pulak hanya
salad dan timun jepun yang dimakan
mentah...tak kuasa nak goreng bagai
sebab takde yang berminat bab sayur
ni...lebih suka makan begitu saja
sekurangnya jimat tak perlu nak 
menyediakan rencah dan takyah guna
minyak sambil tu boleh jimatkan masa
dari berlama2 duduk di ceruk dapur...






...ikan goreng yang telah dicurahkan kicap dan diperahkan
air limau kasturi

baru sehari lepas buat sambal goreng
ikan bilis untuk yang sulung bawa
ke rumah sewanya di PD...kali ni aku
gandingkan dengan tauhu putih pulak
yang pasti tauhu itu hanya akan jadi
santapan aku dan abahnya sebab
rakyat jelata yang dua orang itu hanya
akan mengambil sambalnya saje...
entahlah pelik diorang ni...kalau diletak
kan dalam mee goreng pun diorang 
akan ketepikan tapi tang tauhu fah 
tu makan pulak sampai tak cukup satu
bekas...

...nak buat sambal goreng ni ada
Sesetengah orang gunakan bawang
putih tapi aku hanya gunakan bawang
besar saja bersama belacan yang sudah
tentunya terbaek dari ladang...lebihkan
bawang dalam 3 biji dikisar bersama
belacan 1/2 ibujari kemudian ditumis 
sampai garing dan naik baunya kendian
baru dimasukan cili kisar dalam tiga senduk
yang sedang...goreng bersama 1 s/k
garam sampai garing dengan api perlahan
..bab ni memang kena banyak2 bersabar
 sebab kena goreng cili tu sampai pecah 
minyak dan bertukar warna seperti dalam 
gambar tu dan lagi pastikan jangan sampai 
hangit kalau hangit memang kena buang
ke longkanglah jawabnya...dah garing 
masukan 2 s/b gula dan perasa ajinomoto
setakat ujung sudu je...bila dah mesra
tutup api biarkan dulu sekejap baru
masukan ikan bilis yang telah digoreng
tujuannya agar ikan bilis masih garing
dan tidak lemau ketika di makan.
Walla...jemputlah makan.


p/s:  ...maaf line internet tenat giler...tak dapat nak balas
        komen...nak jawab komen dan mengomen...harap maklum.
Category: 0 comments

0 comments: