Kisah abahnya...

Semenjak dua menjak ni line internet
slow giler...membantutkan aktiviti
berblogging nak publish komen pun
tersangkut2...sampai naik mengantuk!

...nak bercerita kisah semalam
bagaimana kalut abahnya mencari
kelengkapan bagi menghadiri sessi
temuduga...dah nama pun berkhidmat
dalam pasukan keselamatan tentulah
perlu segala macam...masalahnya selama 
ni berkerja tak pakai uniform cuma 
berpreman...lepas tu suka pulak buat 
kerja last minit...esok nak temuduga
malamnya barulah nak tercari2...
sib baik sang isteri menyimpan rapi
di lemari tapi biasalahkan benda dah
lama tak diguna...jadi pada mulanya 
tak dapat dipastikan di mana letaknya...
meraban sekejap...

Mudah-mudahan ada rezeki abahnya
untuk berjaya dalam temuduga itu
dia sorang yang baik...
tersangatlah baik...
Biasalahkan...setiap manusia tu 
mana ada yang sempurna...mesti ada
kekurangannya...dan kurangnya suami
aku ni kerana dia terlalu baikhati dan
keduanya terlalu percayakan orang
walaupun orang itu baru dikenalinya
beberapa jam...
Tang baikhati tu memanglah
bukan suatu kekurangan tapi
kalau baikhati  tu memakan diri...apakah
istilah yang sesuai untuk di pakai?

Suami tetap suami...tak baik mengatanya
di belakang tapi ini cuma luahan perasaan
sebab terlalu kesian...kesian tengok dia
kerja siang malam untuk menyelesaikan
hutang orang...menjadi penjamin pada
seorang rakan...rakan pulak tak ada
rasa hati nak menyelesaikan...jadi di bahu
suami hutang terbeban!
Bukan pertama kali dah banyak kali...
kejap2 ada yang talipon nak mintak
pinjam...lepas tu buat tak paham
walaupun tak banyak...tapi dah nama
pinjam...kau selesaikanlah!



Kali ni memang banyak...tu sebab
suami tak berani berterus-terang
dapat tau pun dari ahli keluarganya
sendiri...terkantoi tanpa disengajakan.
Paham sangat kalau dia tak berterus
terang tapi tak paham kenapa kes yang
dolu2 tu tak dijadikan pengajaran
dah selalu sangat...jadi tak kuasa nak
ingat...kang meletus perang dunia ke 3
Apa yang mampu dilakukan hanya
berdoa orang itu dibukakan hatinya
...dimurahkan rezeki agar mampu
merungkai segala bebanan.




0 comments: