Tak paham atau buat2 tak paham...


...Semalam tengah ligat memasak di dapur
handphone yang kebetulan berada di atas
 meja berdekatan berbunyi...terpaksa aku
tinggalkan sekejap segala kerjaan...rupanya
jiran yang duduk setingkat dari aku...
mengadu perihal sesuatu yang terbau hingga
ke rumahnya di tingkat tiga...sampaikan
tak boleh nak bukak pintu sebab bau itu
betul2 membuat fikiran terganggu...

Aku paham sangat masalah ni sebab aku
pun menghidunya tiap hari...pagi petang
siang malam tak kira waktu yelah kalau
dia yang di tingkat tiga terbau apalagi aku
yang duduknya betul2 setingkat dari
tempat itu...bukan setakat dia malah aku
dan jiran kat tingkat bawah juga mengeluh
perihal yang sama...aritu yang sulung
membantu menyidai baju juga merungut
 katanya takde orang komplen ke?

Bukan takde yang komplen...dah bagi
tau pun kendian ada yang berani
pasang penghadang...takkan semua tu
tak beri apa2 makna pada orang itu
tak paham sungguhlah...kalau tak boleh
nak berikan komitmen sepenuhnya
janganlah sekadar sanggup nak membela
biarlah mereka yang lebih bertanggung
jawab untuk membelanya...
...bayangkanlah bukan
setakat sekor punya bahan buangan tapi
16 ekor...benda tu lah yang kitorang hidu
tiap2 hari hinggakan ada masanya sampai
ke ruang tamu...boleh termalu sekiranya
sekali sekala ada orang datang bertamu.



...Patty bukan termasuk dalam keluhan di atas
walaupun dia selalu berkeliaran tapi ada yang tukang uruskan
dari segi kebersihannya


...bila datang bertandang ke rumah tuannya mesti
dia duduk di ujung kaki aku...ni tengah tunggu masa
nak pegi PD aritu...sempat dia berlengkar di ujung kaki

0 comments: