Rentetan peristiwa menguji minda...

...yang sulung mula kerja arini
sekadar mengisi masa kosong
 hingga semester kedua 
bermula awal Julai nanti...
hanya dengan sedikit imbuhan
diharapkan dapat menimba
pengalaman susah senang
mencari duit belanja sebelum
menjalani kehidupan yang lebih
mencabar di luar sana...

...malam rabu lalu
rasa teruji bila sorang rakannya
anak jiran datang meminta
pertolongan di tengah2 malam buta.
...serba salah pula nak menghalang
bila budak tu tercegat di depan
rumah minta yang sulung
menemankannya mencari
 kakaknya yang hilang.

kalau siang mungkin tidak
menjadi halangan tapi...ni dah
nak menginjak ke pukul 1.oo pagi.
...mengenangkan masalah yang
dihadapi tu agak berat dan atas dasar
kepercayaan pada yang sulung aku
 benarkan dan bertawakal agar tak
 terjadi ape2.
...kalau kenangkan ibunya yang
sering pandang sebelah mata
pada orang2 di sini dan hanya
boleh menerima pakai cakapnya saja
maklumlah orang aktif berpolitik...
mau saja aku abaikan tapi
tak sampai hati coz masa ni masa
dia...masa kita...tak tau bagaimana.

...merata diorang mencari
di pekan dan downtown
namun tak berjumpa...sampailah
ke hari ni masih belum dijejaki
lagi cuma sms yang datang
menyapa ibunya menyatakan
bahawa dia dalam keadaan selamat,
tak mau hidup terkongkong lagi
dan sudah pun mendapat kerja
tapi tak tau lokasi nya di mana.

kiranya kes ini kes melarikan diri
yelah...pergi makan2 dengan si adik
bila si adik pergi jumpa kawan
sekejap <>15 minit...tengok2 dah 
lesap.
Ibunya pula tidak membuat lapuran
polis kerana ini bukan pertama
kali terjadi sampai tahap dah tak
kuasa melayan kerenah anak ini
dan dengarnya dia hanya mampu
berdoa muga anaknya berada dalam
lingkungan orang2 yang dipercayai.



Category: 4 comments

4 comments:

Kakcik Seroja said...

Semoga anak itu dalam keadaan baik2 sahaja dan segera ingat untuk kembali ke pangkuan keluarga.

Farid said...

kakcik
ya...mudah2an hendaknya.

Acik Erna said...

Salam farid.walau pun biasa menghilang.tapi hati ibu tetap risau kan.semoga anak nya selamat.

Farid said...

W,salam acikErna
...hati ibu mana yang tak risau...dalam keadaan marah pun tetap doakan yang terbaik