Pahit2 manja...

...Salam Jumaat...semuga
mendapat keberkatan dan sentiasa
di bawah lindungan Allah s.w.t.
Di hariraya mingguan ini cuba untuk
berkongsi sesuatu yang bermanfaat
iaitu petua untuk  mengurangkan
kadar gula dalam darah...sesuai untuk
mereka yang mengidap diabetes ni...

Petua ni pun dapat dari seorang
pengidap diabetes iaitu suami
jiran di sini yang sentiasa 
berulang alik ke hospital untuk
menjalani pemeriksaan berkala...
Selain ubat hospital...dah bermacam2
ubat alternatif yang telah dicuba..
beratus juga lah habis semata2
untuk tujuan ini...

Jadi ada sorang kawannya syorkan
minum jus peria katak bersama epal
...beliau pun mencubanya..bila
pegi buat pemeriksaan doktor tu 
cakap tahap kesihatannya
nampak ada perubahan...jadi beliau pun
teruskan amalan meminum jus tersebut.
 Sejak itu setiap kali ke hospital...
doktor mesti tunjukan tanda bagus
bermakna tahap kesihatannya dalam
keadaan terkawal....

Apalagi aku pun balik rumah beritahu
abahnya suruh carikan peria katak
dan epal...walaupun bukan pengidap
diabetes tapi disebabkan sejarah
keluarga yang ada penyakit itu jadi
teringin juga untuk mencubanya 
sebagai langkah berjaga2...

...peria yang baru dibeli semalam...epal tu leftover

...sebelum minum lagi dah terbayangkan
rasa pahit tapi disebabkan dah ada
kesungguhan(...sungguh sangatlah tuu)
cubalah jugak!
Teguk yang memula gluk!!!...sekali je
seterusnya gluk!!!gluk!!!gluk!!!
dengan pantas yer puan2
coz memang pahit tapi takder lah
sampai pahit giler...kepahitan suam2
kuku ler gamaknya...

Untuk satu hari minum...guna 
6 - 7 biji peria dan 1/4 biji epal
diblend...tapis...jadikan jus
minum tiga kali sehari dan amalkan
tiga kali seminggu...kata abang tu
kalau minum hari2 takut pulak
kadar gula berkurang boleh akibatkan
pengsan!

Cubalah...mana tau berkesan tapi
kalau tak menjadi jangan salahkan
aku yer...niat cuma memanjangkan
muga2 mendapat keberkatan.

6 comments:

Queenie said...

perkongsian yg telah terbukti benar pada ramai yg mencuba..
timekasih Pid..

kasihredha said...

saya x pandai masak peria kak...
dan

Farid said...

...terimakasih kak Q kerana membaca entry saya yang tak seberapa.

Farid said...

...akak pun tak pandai...dah lepas kawin baru berani nak cuba memakannya...kalau untuk dibuat lauk kena rendam dengan air garam dulu untuk mengurangkan rasa pahit.

Anonymous said...

Terima kasih Farid sudi berkongsi. Kena cuba ni.

Farid said...

Kak Ani
terimakasih kembali.