Terjebak jua akhirnya...

...dalam satu artikel yang aku baca
salah satu tanda usia telah meningkat
bagi seseorang wanita ialah apabila
dia mula mengumpul baju dalam almari
bertimbun2 tapi masih rasa tidak cukup
baju untuk dipakai pada majlis2 tertentu.
...bukan tak yakin pada baju yang
banyak itu...sebenarnya dia tidak yakin
pada diri sendiri.


Wah...biar betul...ingatkan tabiat
ini disebabkan masalah sikap yang
tak pernah cukup2 dengan apa
yang ada.
Memanglah setiap kali nak ke mana2
mesti mengeluh.
Hmmm...baju mana nak pakai ni
selalu tak seronok nak pakai baju
yang dah pernah dipakai...takder
feel pulak rasanya...mulalah mencongak
nak beli yang baru...kalau tak ingatkan
budget sendiri yang biasa2 je...
harus terjebak ni!


Hanya mampu kuatkan iman ketika
menemani seorang rakan yang
bershoping sakan...
Setiap kali ada jemputan ke majlis
mesti mengeluh takder baju...
Walhal baru je bulan lepas menempah
pakaian baru.


Aku ikutkan juga ketika diajak
bershoping...setakat belek2 lepas tu
beri pendapat bila diminta
sesekali terjebak juga dengan
alasan buat persediaan untuk dipakai
di Hari Raya yang ketika itu memang
lama lagi nak menjelang tiba...



2 comments:

Anonymous said...

Salam Farod,

Akak yang dah pencen ni pun tiap kali buka almari baju, rasa wah dah lama tak buat baju baru. Pada hal kemana sangat nak pergi bukan seperti masih bekerja dulu.

Tai agaknya dah tabiat kita orang perempuan kan.

Farid said...

W'salam kak Ani
itulah kita orang pompuan ni...tak pernahnya cukup