Salah paham yang melukakan...

...apa yang terlintas difikiran 
sekiranya...
ketika tengah duk menyembang
datang seseorang menghantar
jemputan...meminta menyampaikan
undangan kepada seseorang 
yang katanya isteri seseorang itu
 selalu bermain boling
bersama anaknya yang bakal
naik pelamin...

sedangkan...si isteri itu yang juga
ketika itu ada di situ...tak pernah
sekali pun memegang
bola boling apatah lagi untuk
meluangkan masa bermain
permainan tersebut.

...yang ada di situ kelihatan
terpinga...sang isteri pula berubah
airmuka...kesian melihatnya
sesiapa pun pasti tak boleh
terima sesuatu yang diluar
jangka...

...rupanya salah paham saja
dah berbelas tahun duduk kat sini
masih ada lagi yang keliru
yang manasatu sang isteri
kalau setahun dua tu takpe jugak

...yang di sangka sang isteri... 
selama ni hanya mendiamkan diri
tak pulak beriktiar untuk 
menjelaskan keadaan sebenar
apakah syok sendiri...sebab
suami orang tu memang popular 
pandangannya sering di dengar
dalam persatuan penduduk
dan sering dilantik sebagai
YDP PIBG

dannn...kerananya juga kamu
berada ditempat kamu sekarang
...berjawatan tinggi dalam 
persatuan...dihormati dan disegani
atas dasar itu jugakkah kamu boleh
mengangkat muka dengan kami
penghuni blok mu sendiri.
...dengarnya ada ura2 untuk
dilantik jawatan tertinggi...tapi
layakkah kalau dengan jiran sendiri
pun tak boleh nak memimpin
...ini kan pulak nak memimpin
mereka yang di luar sana.



2 comments:

MOH KEMBARA said...

Salam Yong,
Fuh jenuh nak decipher citer ni. Tapi yg akak pasti mengenai salahsangka mengenai jiran sendiri.

Farid said...

W'salam Yong
Hihihi...memang jenuh coz nak terangkan secara mudah memang payah..muga yong Halima tak tersalah paham pulak ye...