Satu hari di majlis pertunangan...

Baru balik dari majlis pertunangan 
anak saudara abahnya...letih sungguh
tapi disebabkan tak mau bertangguh
terus je update.

Majlis berlangsung di Sentul...berkampung 
sekejap di situ...sekali sekala bertemu
sanak saudara sebelah suami yang datang
dari Melaka memang meriah sungguh...
tak terasa waktu berlalu...alih2 dah
menjelang petang.

Abahnya pulak nak cepat balik sebab
terpaksa kerja malam...jadinya terpaksalah
mintak diri dulu tapi sempatlah jugak
tunggu rombongan sebelah lelaki datang.


...sebelum rombongan lelaki datang...
menunggu penuh debaran


...hantaran sebelah perempuan...
9 dulang berbalas 7 dari pihak lelaki.

Kami di jamu dengan nasi ayam, mee kari
dan pelbagai kuih-muih...sampai tak larat
nak pilih semua...jamahlah jugak serba 
sedikit tapi yang paling takleh elak...
ialah pelbagai minumannya iaitu cendul,
air tembikai dan asam boi.

Kalau kat rumah minuman berais ni
memang dielakkan sama sekali tapi kat
sini hentam saja lah labu...cuaca pulak
panas terik...memang mengugat imanlah
kiranya...minum sampai tak henggat
macam orang nogori kata sampai honggeh...



...deretan pelbagai jenis minuman...
ala2 macam nak meniaga di pasar malam ler gamaknya


...anak saudara abahnya...
selepas selesai disarungkan cincin
pertunangan tanda sudah  berpunya.

Anak saudara ni anak sulung...pertama kali
mengadakan majlis begini...si emaknya tak
senang duduk...mudah-mudahan
ikatan ini berpanjangan hingga ke jinjang
pelamin...amin.
Category: 2 comments

2 comments:

azieazah said...

Ohh tema PURPLE tu buat saya sangat teruja!

Dan deretan balang air tuh, buat I nak join sama!

hehehehe

Semoga jodoh dimakbulkan dan kekal selamanya.

Farid said...

Azie

opps...baru teringat Azie peminat purple tegar hihihi...

Masa nak ceduk air tu...mulalah berangan nak berniaga air tepi jalan!