Ke tempat baru dng suasana baru...


8 Februari aritu menghantar si bujang  
tunggal mendaftarkan diri di sekolah
baru iaitu ke maktab TGBJ
Sebelum ini selama tiga tahun menimba
ilmu di maktab Serting sudah tiba masanya
untuk menceduk pengalaman baru 
di tempat lain pula.

Kami bertolak jam 8.00 pagi dari sini
walaupun waktu itu dijangka
pendaftaran bermula tapi alhamdullilah
dengan perjalanan yang clear jam 10.00
 pagi kami selamat tiba ke destinasi. 




...Pejabat Pentadbiran maktab TGBJ

Semua urusan dikendalikan oleh para
 pelajar tanpa bantuan ibubapa dari
mengisi borang hinggalah ketika
membuat pembayaran.  Ibubapa tak
dibenarkan masuk sama sekali 
ke dalam dewan pendaftaran jadi
pepandailah anak kita untuk 
menguruskannya.



...gigih mengisi borang ...ketika ini masih di luar
dewan...nampaknya ada ibubapa yg membantu




...sambil menunggu sempat shot di situ
program dan pencapaian yang telah
dilaksana oleh para pelajar

Setelah segala urusan selesai bergegas
pulang semula ke KL sebab yang bungsu
enggan ikut bersama jadi tak mau
biarkan dia berlama2 tinggal
di rumah jiran.  Alhamdulillah
perjalanan lebih mudah jika di
bandingkan dengan  perjalanan
ke Serting. 

 Mudah-mudahan
si bujang tunggal cepat dapat
menyesuaikan diri di tempat baru
dengan azam yang baru supaya
dapat mencapai kejayaan
cemerlang seperti yang diidam2kan.



...perjalanan pulang yang smooth & clear
selepas melepasi tol Simpang Ampat Alor Gajah
Category: 4 comments

4 comments:

Queenie said...

mudah2an dia selesa sesuaikan diri di sana ya...

Farid said...

Kak Q

...begitulah hendaknya...kita sebagai ibubapa sentiasa mendoakan yang terbaik

MOH KEMBARA said...

Salam Yong,
hu hu akak penah ngajor sementara kat MRSM kat Pahang tahun 2010, bosan sungguh dgn kerenah peraturan sekolah sbb dah biasa ngajor kat universiti...tapi 2 x 5 jer!

Farid said...

W'salam Yong Halima

Oh ye ke...peraturan tu menyenangkan diorang tapi ada sesetengah tu boleh mendatangkan kerumitan pada kita yang nak berurusan.