Dua minggu lalu punya cerita...

Biar lambat daripada takder langsung
jadi entry ini diupdatekan jugak
walaupun waktu sambutanya dah lama
berlalu.
Menyertai perarakan Maulidur Rasul
yang diadakan pada 11 Februari lalu...
pagi2 lagi dah bersiap sedia kerana
tepat 8.00 pagi perarakan akan bermula

Tahun ini mengambil warna purple
sebagai warna tema...memasing apalagi
bergaya sakan dengan segala 
kelengkapan seperti kain rentang dan
panji2 kerana habuan yang disediakan
untuk bakal pemenang boleh tahan
juga jumlahnya.

Tapi dengan segala ganjaran yang
disediakan harus diingat yang paling
utama sambutan ini diadakan sempena
mengingati kelahiran
Rasulullah S.A.W dan menghayati
perjuangan serta pergorbanannya
dalam menegakkan syiar islam...
 menang atau tidak bukanlah
menjadi soal utama...yang penting
bersama2 bergotong royong sesama
 jiran tetangga untuk menjayakannya.



...berarak dengan semangat muhibah
(...ayat skema takleh blah!)
Selepas berarak berkumpul di padang
macam budak sekolah...di panah
cahaya matahari yang baru naik...
resah semacam...bagaimanalah agaknya
di zaman rasullulah s.a.w ketika
berhijrah ke Madinah ditengah2
padang pasir pulak tu...

Walau macamana pun sempat gak
berposing...tenguklah tu pelbagai aksi
memasing macam pohon yang 
subur merimbun...



..maniskan gula dalam senyuman
Apalagi...dah penat berarak tiba
masa untuk melantak.
Berdedai2 ke port yang disediakan
menjamu selera dengan nasi ayam,
sedikit kuih muih dan buah-buahan.



...setiap blok menyediakan makanan memasing
katanya penyertaan je dah disediakan peruntukan
sebanyak  RM 200...tapi sekarang ni dengan
jumlah tu apa sangatlah yang dapat..dengarnya
ada yang memberi sumbangan sebagai tambahan
...alhamdullilah...

Sebelah malam pula ada ceramah
agama oleh ustaz bollywood iaitu
ust. Haslin Baharin, ust. Fauzi Mustapha
 dan seorang lagi...emm
sori tak ingat nama.
Ada mengambil beberapa gambar
tapi disebabkan si tukang gambar
ni ada masalah rabun...malam
pulak tu...tersalah shotlah pulak...
buat perabis bateri je...

 Keputusan di umumkan selepas

saja ceramah agama selesai dijalankan 
dannn...kami berpuashati dengan 
mendapat tempat ke empat daripada
 24 blok yang menyertai...jadilahkan.


Disebabkan tuanpunya blog
sibuk dengan tugas photographer
tak bergajinya...jadi tiada suatu pun
imejnya terselit di atas yer...
Harap dimaklumi.
Category: 5 comments

5 comments:

Kakcik Seroja said...

Dapat hadiah tak? :)

Farid said...

Kakcik

Ada...tapi tak pasti berapa jumlahnya

azieazah said...

Tema busana, PURPLE. I like.

Tahniah kerana berjaya melibatkan diri. Tahun lepas I pun terlibat cenggini, tahun ni missed, sebab kerja luar.

Farid said...

Warna ni tengah glamour...ada beberapa kumpulan lagi gunakannya sebagai tema.

Takper...tahun depan mungkin ada peluang.

Cik Sibuk said...

comellnyee..semua sedondon purplee :)