Suka dapat jumpa VVIP...


Petang Sabtu minggu sudah berada
 di sebuah majlis sempena pelancaran
 Yayasan Ehsan Seputeh oleh PM kita yang
diadakan di Desa Water Park...6 ptg
sudah tertonggok di situ sebab tak mau
terperangkap dengan kesesakan jalanraya
dan berbagai2 kemungkinan lagi yang
tak dijangka...




...sudah tentu bukan menyantap di sini

mengambil tempat di bahagian belakang
juga untuk mengelak kesukaran jika
berlaku sesuatu keperluan...memang
sudah dijangka hadirin yang datang
ramai giler...nasib baik datang awal
dapatlah tempat menyantap seperti
yang di inginkan...

Ada gerai2 yang menyediakan makanan
jadi hanya perlu bangun dan ambil
apa saja yang diinginkan...sangat2
berpuashati...takde yang ingin
dirungutkan cuma kasihan dengan pelajar2
tahfiz yang tercari2 tempat duduk
disebabkan meja2 yang disediakan
tidak mencukupi untuk menampung
tetamu yang di jemput datang terutamanya 
pelajar2 tahfiz dari beberapa sekolah 
berdekatan...tak sampai hati melihat
keadaan itu aku mempelawa mereka
duduk di meja yang sama yang pada
asalnya di booking untuk rakan2 yang
datang kemudian...

Kalau dari segi makanan memang
memuaskan takde yang berkurang  
terutamanya buah-buahan berbakul2
sampai ada yang sumbat dalam plastik
...tak tau plastik datang dari mana
ataupun diorang dah pakat2 bawak
plastik dari rumah?




...teruja dapat melihat PM dari dekat sama
terujanya dengan budak perempuan India
kat tengah2 tu...macam dalam mimpi pulak
rasanya

Paling dinantikan tentunya kehadiran
tetamu kenamaan...walau di luar
hujan lebat mencurah2 acara tetap
sempurna dilancarkan oleh PM kita
di serikan dengan persembahan dari
Dato Hattan dan Khatijah Ibrahim
Maria Tunku Sabri pun ada...kurus
pulak dia tak macam dalam tv tu...
ataupun dalam tv memang badan
akan nampak lebih berisi tak seperti
keadaan sebenar...yelah agaknya.


Category: 1 comments

1 comments:

ANIM said...

Farid..selamat kembali..
Lama tak baca catatan kamu, heee