Detik meninggalkan Ramadhan...

Dalam tak sedar Ramadhan akan 
beransur pergi Syawal pula bakal
menjelma...sejujurnya merasa
lebih seronok berada di bulan
yang mulia ini...tapi tak bermakna
tak seronok pula menyambut raya
cuma rasa sayang meninggalkan
kemeriahan bulan Ramadhan dengan
berbagai aktiviti keagamaan.

Dalam menyambut Syawal yang 
tinggal dalam beberapa waktu saja
lagi....masih lagi terkial2 menyiapkan
kerja mengemas yang masih tertangguh
semuanya akibat kesihatan diri yang 
membataskan pergerakan.

Anak2 akan ke jalan TAR pagi ni 
untuk melengkapkan persiapan raya
yang masih tak sempat disediakan
...pandai2 lah mereka berbelanja
sebab sang ibu tak dapat membantu
...suasana menyambut raya yang tak
dijangka...tapi nampaknya mereka
tak berkisah...kesediaan mereka untuk
keluar mencari keperluan di waktu2
terdekat amatlah dihargai.

Petang atau malam nanti akan bergegas
pula pulang ke rumah abang...dah takde
orang tua...seperti biasa akan berkumpul
 sesama sanak saudara di sana...rumah
pusaka dah lama ditinggalkan tapi akan
dijengah juga pada 1 Syawal nanti.





 Dikesempatan ini Selamat Hari
Lebaran muga menyambutnya dengan
penuh keceriaan...

1 comments:

azieazah said...

Yaa rasa sedih nak meninggalkan Ramadan, tp Syawal wajar disambut penuh syukur.
Selamat Hari Raya, FARID, maaf zahir batin. Semoga Syawal kali ini lebih menggembirakan...