Minggu sibuk sedunia...




Pejam celik...pejam celik
lagi seminggu sessi persekolahan akan bermula
minggu ini mungkin minggu tersibuk sedunia
mulalah mengumpul kembali baju sekolah
yang terperap dalam almari untuk
operasi gosok mengosok.
Baju sekolah kebangsaan dan 
baju sekolah agama.
Nak balut buku si bungsu
yang dibeli satu persatu
harapkan dia...memang takkan menjadilah jawabnya.

Kumpulkan peralatan sekolah yang mana ada
...sebelum ni memang bersepah je!.
Persiapan anak yang masuk asrama pun nak dipikirkan
...pakai persiapan yang sedia ada...kemudian tambah
yang mana patut.
Barang makanannya pun belum dibeli...
semuanya perlukan duit lagi...
rasanya bulan ni duit mengalir macam air
kalau perginya macam air...
boleh tak bayangkan ia datang
melayang2 umpama daun berguguran
wahhh...mulalah nak verangan
kalaulah jadi kenyataan
bertuahnya badannn...

2 comments:

azieazah said...

Dolu2 masa anak2 masih kecil, tak terkira bagai tak tertanggung rasa perit bila nak buka sekolah. Kemudian, kami mula prepare few months earlier.

Sejak tu, tak rasa perit sangat dah. Maklum anak ramai, terpaksa ler korban banyak.

Tapi bila depa dah masuk sekolah, kita rasa happy sangat!

Farid said...

Azie,

Wahh...tip yang berguna jugak ye! tapi biasalah Azie kitorang ni selagi tak terhantuk buat dek je...leka dengan benda2 lain...kemahuan sendiri tak sangggup nak tolak tepi...bila dah macam ni termonong den!