Setiap yang buruk ada hikmah terbaik ...




...mula kemunculannya tak berapa perasan
namanya pun antara ingat dan lupa
bukan dalam barisan artis popular
bakat lakunan hanya biasa2
sering di perkatakan ketika bersama
seseorang yang boleh tahan glamornya...

Sejak dia breakdown dengan orang itu
barulah aku mula ambil tahu..
peka perjalanan hidupnya selepas itu
sentiasa mengikuti perkembangannya
 simpati dengan apa yang dilalui
dan berharap dia
menjalani kehidupan yang lebih baik...

...dan semalam sah menjadi isteri orang
nampaknya jodoh yang dijanjikan
amat sepadan...menepati seperti yang
dijangkakan...muga kekal bahagia...

Category: 5 comments

Pahit2 manja...

...Salam Jumaat...semuga
mendapat keberkatan dan sentiasa
di bawah lindungan Allah s.w.t.
Di hariraya mingguan ini cuba untuk
berkongsi sesuatu yang bermanfaat
iaitu petua untuk  mengurangkan
kadar gula dalam darah...sesuai untuk
mereka yang mengidap diabetes ni...

Petua ni pun dapat dari seorang
pengidap diabetes iaitu suami
jiran di sini yang sentiasa 
berulang alik ke hospital untuk
menjalani pemeriksaan berkala...
Selain ubat hospital...dah bermacam2
ubat alternatif yang telah dicuba..
beratus juga lah habis semata2
untuk tujuan ini...

Jadi ada sorang kawannya syorkan
minum jus peria katak bersama epal
...beliau pun mencubanya..bila
pegi buat pemeriksaan doktor tu 
cakap tahap kesihatannya
nampak ada perubahan...jadi beliau pun
teruskan amalan meminum jus tersebut.
 Sejak itu setiap kali ke hospital...
doktor mesti tunjukan tanda bagus
bermakna tahap kesihatannya dalam
keadaan terkawal....

Apalagi aku pun balik rumah beritahu
abahnya suruh carikan peria katak
dan epal...walaupun bukan pengidap
diabetes tapi disebabkan sejarah
keluarga yang ada penyakit itu jadi
teringin juga untuk mencubanya 
sebagai langkah berjaga2...

...peria yang baru dibeli semalam...epal tu leftover

...sebelum minum lagi dah terbayangkan
rasa pahit tapi disebabkan dah ada
kesungguhan(...sungguh sangatlah tuu)
cubalah jugak!
Teguk yang memula gluk!!!...sekali je
seterusnya gluk!!!gluk!!!gluk!!!
dengan pantas yer puan2
coz memang pahit tapi takder lah
sampai pahit giler...kepahitan suam2
kuku ler gamaknya...

Untuk satu hari minum...guna 
6 - 7 biji peria dan 1/4 biji epal
diblend...tapis...jadikan jus
minum tiga kali sehari dan amalkan
tiga kali seminggu...kata abang tu
kalau minum hari2 takut pulak
kadar gula berkurang boleh akibatkan
pengsan!

Cubalah...mana tau berkesan tapi
kalau tak menjadi jangan salahkan
aku yer...niat cuma memanjangkan
muga2 mendapat keberkatan.

Meredah pasar malam...

...dah lama tak ke pasar malam
walaupun  lokasinya tak berapa
jauh dari perumahan tapi jarang2
sekali untuk menjengah ke sana.

Selalunya barangan dapur
diuruskan oleh abahnya tapi
disebabkan kali ni kesuntukan
masa...gagahkan juga diri
  menapak untuk mencari
beberapa barang keperluan.


...tempat  pertama yang dituju ialah
gerai sayuran...pilih punya pilih
dapatlah barang yang diperlukan
seperti nenas tu kononnya nak dibuatkan
paceri...dah lama dah tak buat...ketika
berpuasa ni terasa teringinlah pulak
...kangkung tu nak
digorengkan bersama belacan
...tempe belum ada lagi perancangan
bunga kantan apalagi...sudah tentu
nak dijodohkan dengan masak asam
cendawan pula...nanti dipikirkan

...sebiji nenas...seikat kangkung...seikat sawi
2 bungkus cendawan...2 keping tempe
seikat bunga kantan dan ada tersorok di situ
seikat daun kunyit.


...semua sayuran tu nilainya RM12.00


...disebabkan berpuasa jadi beli murtabak 
daging 2 keping bersama 2 ketul kuih bom
dan seketul karipap untuk berbuka
...semuanya RM 6.00.


...oleh kerana terliurkan rendang
kerang itu belilah nasi lemak dengan
lauk yang sama 3 bungkus untuk
yang bungsu dan yang sulung
harganya RM9.00.
Lauk basah yang dapat dibeli
hanyalah seekor ikan tenggiri
bernilai RM 15.40.

...dengan sekeping wang kertas RM 50
dan berbaki beberapa ringgit
hanya itu yang dapat di bawa pulang
...teringat dulu ketika melalui sebuah
kedai kopi terdengar seseorang
berkata..."sekarang ni kalau pegi 
pasar malam dengan RM50.00
berapa sangat lah yang dapat...kalau
dibandingkan dulu...penuh satu bakul
termasuk kiri dan kanan handle
motosikal...emm berpikir sejenak
betul jugak!

Terjebak jua akhirnya...

...dalam satu artikel yang aku baca
salah satu tanda usia telah meningkat
bagi seseorang wanita ialah apabila
dia mula mengumpul baju dalam almari
bertimbun2 tapi masih rasa tidak cukup
baju untuk dipakai pada majlis2 tertentu.
...bukan tak yakin pada baju yang
banyak itu...sebenarnya dia tidak yakin
pada diri sendiri.


Wah...biar betul...ingatkan tabiat
ini disebabkan masalah sikap yang
tak pernah cukup2 dengan apa
yang ada.
Memanglah setiap kali nak ke mana2
mesti mengeluh.
Hmmm...baju mana nak pakai ni
selalu tak seronok nak pakai baju
yang dah pernah dipakai...takder
feel pulak rasanya...mulalah mencongak
nak beli yang baru...kalau tak ingatkan
budget sendiri yang biasa2 je...
harus terjebak ni!


Hanya mampu kuatkan iman ketika
menemani seorang rakan yang
bershoping sakan...
Setiap kali ada jemputan ke majlis
mesti mengeluh takder baju...
Walhal baru je bulan lepas menempah
pakaian baru.


Aku ikutkan juga ketika diajak
bershoping...setakat belek2 lepas tu
beri pendapat bila diminta
sesekali terjebak juga dengan
alasan buat persediaan untuk dipakai
di Hari Raya yang ketika itu memang
lama lagi nak menjelang tiba...



Dah rezeki kami...

...selama ni dok tengok lasagna 
di beberapa belog masakan
nampak menyelerakan dan
 teringin pulak untuk merasanya.
Masih belum ada keberanian
untuk cuba membuatnya sendiri
tapi dah rezeki agaknya
sabtu lalu abahnya membawa
pulang satu bungkusan yang
berisi lasagna dannn....
buat pertama kalinya dapatlah 
merasa....


umppp...not bad tapi
disebabkan kitorang dah teruja 
sangat nak makan...terus ngap!
dan rasanya mungkin lebih sedap 
dimakan ketika masih panas lagi kot!

Bersama itu disertakan sekali
kek coklat lembab ni...nampak gambar
tu macam besar je kan...yang 
sebenarnya secoit je
sekali adap dah abis!
namun syukur nikmat
atas rezeki yang diberikan dan
terimakasih tak terhingga kepada
orang yang menitipi rezeki ini.

Gatal tangan...

...disebabkan tertarik dengan
templat belog mereka di luar sana
yang cantik2 belaka jadi cuba 
mengatalkan tangan mengodek2...
menambah apa yang kurang dengan
menggunakan skil yang tak berapa
nak ada ni.

Ha...sekali habis berterabur...
mata pun dah naik juling nengokkan
gambar yang mengembang semacam
bagaikan belon yang dipam2
...senarai bloglist pulak
dah menghilang disembunyikan
halimunan...terpaksa senaraikan
semula satu persatu...kedudukan
gadget pun dah tunggang langgang
alahaiii...nasib badan!

Demi belog yang tak sampai
setahun jagung ni...gigihkan jugak
mengatur seperti sebelumnya tapi
gambar tu kenapa besar gedabak
bila dikecikan ia memanjang dah
tak serupa orang...cuba menukar
pula alignmentnya di sana sini 
mengembang lagi bagai roti yang
terlebih yis!

Emmm...dah tak kuasa
jom layan aktiviti aku semalam...
menghadiri parti harijadi cucu 
kakak angkat kepada abahnya
Mengenali kakak ni sejak bujang lagi
dan sudah pun menjadi seperti keluarga 
sendiri...

...tauhu sumbat tak sempat nak rembat

...satay ayam sebagai menu utama di samping
nasi tomato dan lauk-pauknya...setakat boleh pandang je!

...tak ketinggalan otak2

...beraneka kuih muih setakat merasa sekadarnya aje


...tapai sebagai pemanis mulut

...kalau dah namanya majlis harijadi tak sahkan
kalau takder benda ni kek dan cocolate

...susah betul nak cekau budak ni tak gheti nak duk diam

...akhirnya tertangkap jua orang yang diraikan
si Najwa


Tidak berada dalam keadaan neutral...

...bangun tidur dengan mood yang 
berbagai2...alamat yang muncul
sebulan sekali tapi lebih kerap
 lagi bila menginjak ke 40an ini.

Waktu begini lebih suka 
menghabiskan masa terluang
di rumah saja...lebih aman tapi
nampaknya arini terpaksa pula
memenuhi jemputan yang tak
boleh diabaikan...mudah2an
mood ini tak sampai ke petang.

Cukup sekadar  bersarapan
dengan mee goreng simple
dimple dan teh tarik yang tak
cukup tariknya...nampaknya
masih tak dapat memancing
selera yang mengada2 ni...

...mee goreng beraneka rencah  sesuai untuk mereka
yang sedang dalam mood ceria

Walau bagaimana pun
syukur masih diberi rezeki
dan kesihatan untuk menjamah
makanan...tidak seperti mereka
yang saya lihat menadah tangan
di sekitar jalan TAR semalam...

Ke situ lagi...

...atas ketidaksanggupan 
menghampakan ajakan rakan
nan satu ini...terjebak juga 
akhirnya dalam aktiviti
melenguhkan kaki yang entah
 kali ke berapa...di tempat
yang sama...perjalanan yang
serupa...suasana yang tiada
bezanya.

Untuk rakan ini...tiada alasan
dapat diberikan..mengiyakan
saja bila minta diteman walaupun
keinginan untuk berjalan tiada
dalam pikiran...tidak sanggup
menolaknya bila pelawaan
datang dari sorang rakan yang
amat memahami...tidak berkira
dan menerima kita seadanya.

Dalam keadaan lemau melangkah
lah juga menghayunkan kaki
mendaki tangga LRT...menyusuri
kakilima di celah orang ramai
yang tak jemu2 mengunjungi
tempat yang sama bagi melayan
kehendak hati yang tak pernah
merasa puas.

Tak tau punca kelemauan ini
...masa makan pun macam 
paksa2 je makanan masuk
ke mulut mungkin makanan itu
tidak menepati citarasa seperti
yang di ingini ataupun perut 
sudah terbiasa dengan hari2
sebelum ni...berpuasa. 

emmm entahlah... tolan yo lah
menu menjamu selera arini
 mihun goreng udang ala Thai
last2 terkulai takdapat dihabiskan.


...udang bersembunyi di  bawah mee

Makanan yang dikongsi bersama
teman...sepinggan yong tau foo.
punnn...takdapat dilicinkan seperti
biasa...bungkus je lah jawabnya


..
Disebabkan sekadar meneman sorang 
rakan...tiada tangkapan dapat dibawa
pulang...hanya jalan2 cari makan.
Category: 2 comments

Bukan cerita politik...

...leka menatap buku ini


sampaikan tergendala beberapa
kerja harian...alamatnya lambat
lah ke dapur arini.
...takper...tengah puasa
cadang hanya nak buat
lauk super heaven yang bungsu
apalagi pancake telur alias
telur dadar...hehhehheh
dan panaskan lauk berbuka
semalam...jadilah kan.

Bangun tidur terus nampak
buku ni di atas meja
abahnya bawa balik entah
dari mana...mungkin dari
tempat dia bertugas semalam.

Buku yang bawah tu penuh 
dengan gambar2 keluarga...
terleka dibuatnya...yang atas
tu pulak sejarah dan riwayat
datuk pada PM kita sekarang.

Mohon maaf banyak2 dan
harap dihalalkan kerana
menyisip gambar salasilah
keluarga ini sebab tertarik
dengan riwayat turun-temurun
keluarga diorang...

...daripada keluarga orang2  kaya Muar Johor yang memainkan peranan
dalam sejarah politik negara

...salasilah keluarga 

Puas membelek dari depan ke belakang
...dari belakang ke depan
takder satu pun gambar PM
di waktu zaman kanak2...elek!
Hanya gambar ini saja yang dapat
disisipkan...

...bersama datuk beliau yang juga merupakan orang yang
berpengaruh dan memainkan peranan dlm melakar politik negara

...rasanya bagi sesiapa yang
berminat untuk mengetahui lebih
lanjut...cubalah cari di kedai2 buku
tertentu untuk dijadikan
sebagai koleksi peribadi. 
Syok baca buku biografi seolah
merentasi zaman... 
merenung masa silam.

...credit 'From The Pages Of The NSTP Group Publications'
Category: 2 comments

Impian yang satu...

"...perkara yang melapangkan dada
adalah berjalan menjelajah dunia
yang terbentang luas ini untuk 
menyaksikan bagaimana pena2
kekuasaan menuliskan tanda2
keindahan di atas lembaran
kehidupan...

Dakilah gunung...jamahlah
tanah di lembah...panjatlah
pepohonan...teguklah air yang
jernih dan dekatkan hidungmu
ke kelopak mawar.

Ketika itu akan menemukan
jiwa betul2 merdeka dan bebas
seperti burung berkicau
melafazkan tasbih di angkasa..."

                                      (...petikan 'Don't be sad')


....kalau ada peluang..kesempatan 
dan kemampuan mau saja aku
mengisi ruang2 kehidupan ini
dengan menjelajah pelosok dunia.
Satu kegiatan yang sangat2 
menyeronokkan.


Sejak mengenali dunia blogging
dapatlah menatap dan menghayati
ciptaan Allah yang sangat luas ini
dengan menjengah blok2 
pengembara...alangkah bertuahnya
mereka...muda2 lagi dah diberi
kesempatan untuk menjelajah
bumi kurniaan tuhan.


Tahu dengan kedudukan diri
yang belum tentu dapat
ke sana cukuplah sekadar
dapat menikmati keindahan
...pelajari budaya...menyelami
cara hidup masyarakat setempat
dengan hanya menatapnya
di blok2 mereka yang bertuah.


Namun impian tetap terpasang
harap tak luntur
mudah-mudahan diberi rezeki
...kesihatan dan kesempatan
agar suatu hari nanti 
berpeluang  menyaksi sendiri
di depan mata.


Walau usia menginjak senja
akan digagahkan juga
...teringat suatu waktu dulu
 melihat betapa gigihnya
pelancung tua warga asing
mendaki tangga di bukit St. Paul
dengan jayanya...mudah2an
satu hari nanti lutut tak mengigil
untuk menawan Jabal Musa.
Insyaallah...




...terimakasih cawanna kerna sudi singgah
Category: 3 comments

Sebelum terlupa...

...mengimbas kembali di hari
motivasi ke ibubapaan oleh
ustazah Zawiyah Hassan.


Program bermula lambat
dari yang sepatutnya gara2
menunggu ketibaan wakil 
NGO parlimen BTR yang
merasmian program tersebut.


...tak heranlah kalau
ustazah Zawiyah memberi 
ceramah seringkas yang mungkin
...katanya dah berjanji untuk
menjaga cucu yang ditinggalkan
sekejap bersama suaminya 
di rumah...emmm redho je lah.

Ustazah membicarakan peranan
ibubapa dalam mendidik anak dan
kepentingan agama dalam 
membentuk peribadi mulia.
antara tip yang diberikan...

Sentiasa berdoa untuk anak2
kerana doa ibubapa pasti tidak
ditolak oleh Allah s.w.t

Sanggup berkorban untuk anak2
dan keluarga diredhai ialah
selalu solat berjemaah.

Turun hidayah ketika makan
bersama oleh itu selalu luangkan
masa untuk menjamu selera
bersama mereka.
ketika menyediakan makanan
iaitu ketika makanan masih
di periuk lagi bacalah Fatihah 3x,
ayat Qursi 3x dan surah 
Al Insyirah untuk lapangkan
dada anak2...satu lagi surah
yang juga membantu ialah
surah Toha ayat 1  -  5.

Membudayakan kemaafan iaitu
memaafkan anak2...setiap hari
banyakkan membaca Al Quran 
dan sentiasalah memantau 
pergerakan anak2.

....sebenarnya ada lagi yang 
tertinggal gara2 leka mengodek
kamera yang tak gheti nak guna
 fungsi yang disediakan
....cuma tau snap snap snap
last2 melepas....


credit muslimah.com

Hujan turun bagaikan mutiara...

...rasa nyamannya bila pagi ni
hujan turun tanpa disangka2
walaupun sekejap
sekurang2nya boleh jugak
mengurangkan masalah 
jerubu yang melemaskan ni.

...lemas dengan segala
akibat yang dibawanya.
Di waktu beginilah berbagai
penyakit akan singgah menyapa.
Setiap kali jerubu abahnya
mesti mengadu sakit mata...
yang bungsu dengan
demamnya dan yang sulung
penyakit resdungnya mula mengila
...sudah tentu hidup dah tak
ceria bila segalanya tidak
berjalan seperti biasa....

...hujan rahmat yang ditunggu2  walaupun sekejap namun melegakan

...hujan membasahi bumi yang dah lama berdebu
membawa bersamanya segala  kehangatan yang
menyesakkan...


Rentetan peristiwa menguji minda...

...yang sulung mula kerja arini
sekadar mengisi masa kosong
 hingga semester kedua 
bermula awal Julai nanti...
hanya dengan sedikit imbuhan
diharapkan dapat menimba
pengalaman susah senang
mencari duit belanja sebelum
menjalani kehidupan yang lebih
mencabar di luar sana...

...malam rabu lalu
rasa teruji bila sorang rakannya
anak jiran datang meminta
pertolongan di tengah2 malam buta.
...serba salah pula nak menghalang
bila budak tu tercegat di depan
rumah minta yang sulung
menemankannya mencari
 kakaknya yang hilang.

kalau siang mungkin tidak
menjadi halangan tapi...ni dah
nak menginjak ke pukul 1.oo pagi.
...mengenangkan masalah yang
dihadapi tu agak berat dan atas dasar
kepercayaan pada yang sulung aku
 benarkan dan bertawakal agar tak
 terjadi ape2.
...kalau kenangkan ibunya yang
sering pandang sebelah mata
pada orang2 di sini dan hanya
boleh menerima pakai cakapnya saja
maklumlah orang aktif berpolitik...
mau saja aku abaikan tapi
tak sampai hati coz masa ni masa
dia...masa kita...tak tau bagaimana.

...merata diorang mencari
di pekan dan downtown
namun tak berjumpa...sampailah
ke hari ni masih belum dijejaki
lagi cuma sms yang datang
menyapa ibunya menyatakan
bahawa dia dalam keadaan selamat,
tak mau hidup terkongkong lagi
dan sudah pun mendapat kerja
tapi tak tau lokasi nya di mana.

kiranya kes ini kes melarikan diri
yelah...pergi makan2 dengan si adik
bila si adik pergi jumpa kawan
sekejap <>15 minit...tengok2 dah 
lesap.
Ibunya pula tidak membuat lapuran
polis kerana ini bukan pertama
kali terjadi sampai tahap dah tak
kuasa melayan kerenah anak ini
dan dengarnya dia hanya mampu
berdoa muga anaknya berada dalam
lingkungan orang2 yang dipercayai.



Category: 4 comments