Pagi Ahad yang renyai...
selusuri jalan ke Felda Pasoh
berkonvoi 3 buah kereta
untuk memenuhi jemputan
meraikan mempelai...
cucu kepada satu-satunya
bapa saudara sebelah arwah abah
yang masih ada.
Pertama kali menjejakkan kaki ke sini
mengagau juga mencari rumah pengantin
dah nama pun musim cuti sekolah
...musim orang mengadakan majlis kahwin
tersesat juga ke majlis orang lain
4 majlis kami bertanya...
akhirnya jumpa juga
walaupun banyak yang mengadakan
kenduri kahwin pada hari yang sama
tapi jemputan boleh tahan!...
Ramai yang kita tak kenal
maklumlah kebanyakannya sebaya
abang-abang kita.
lagipun kami jarang berjumpa
keluarga sebelah arwah abah ni..
cuma sekali-sekala...
waktu buat kenduri macam ni lah
baru boleh berjumpa...beramah-mesra
Kita suka suasana macam ni
hubungan yang renggang boleh dirapatkan
silatulrahim boleh ditautkan
walaupun faktor masa dan
jarak perjalanan memisahkan...
namun itu ...
bukanlah satu halangan
jadi moralnya...
selalu2lah buat kenduri kahwin...
0 comments:
Post a Comment