Bertenang konon....

..bila ditunggu tak datang
kalau tak diperlukan...ada pulak dia
lalu lalang memainkan lagu iklan
menganggu persekitaran....

Ini kes tunggu lori gas yang tak
nampak kelibatnya dari semalam
tengah syiok mengoreng pisang
tiba2 api terpadam...dah agak dah
bila tengokkan api tu lenggoknya
semakin perlahan bagi isyarat
kecemasan tapi masih dalam
keadaan bertenang kerana yakin
boleh diselesaikan dalam sekejapan
mengingatkan stok sentiasa dalam
simpanan...

Cehhh...apalah punya malang rupanya
semua tong kosong kering kontang
panik sekejap mengingatkan pisang
goreng di kuali dah kejung bagaikan 
kuih gulung...
nampaknya melelehlah nak
merasa goreng pisang panas rangup
berderup!...yang jadinya goreng pisang
bersira minyak masak meletop!

Impian yang sama...

...rumah 99.9% siap ini bukan aku yang punya
walaupun pasang impian ingin memiliki
rumah idaman yang serupa tapi mungkin
jauh lagi terlaksana...ataupun mungkin
setakat mampu berangan mat jenin jatuh
pokok kelapa...he heh!
Disebabkan abahnya bercuti semalam
ajak dia jadi drebar ke satu tempat yang
dah lama rancang ngan kawan nak pegi
iaitu ke Nilai 3...tapi last2 rancangan
dah bertukar daaa...cuma melilau 
ke kedai bunga yang berhampiran...lepas
tu ke Wisma Minlon...setakat window
shopping sebab berpinau mata melihatkan
gubahan bunga besar giler berharga
ribu riban...nasib baik tak meraban!

Kawan ni ajak survey bunga untuk
rumah impiannya yang hampir siap
hanya menunggu masa untuk didiami
tapi sampai kesudah tak dapat pun
bunganya...banyak yang tak berkenan
bila dah berkenan harganya pulak jadi
persoalan...saboo je lah!...last2 dia
ajak menjenguk rumahnya itu...katanya
dah hampir tiga minggu tak dijenguk
takut pulak ada yang ambik peluang! 


...ini bahagian hadapan yang dihiasi batu
bali...batu ni boleh tahan mahalnya dan
sekarang ni tengah popular
  
 ...pandangan dari pintu hadapan terus
ke bahagian belakang...pintu belakang tu
menuju ke bahagian dapur basah dan 
dapur keringnya sebelah kanan tak 
nampak dari sini...

 ...ruang tamu dan kipas siling tu bila
di ON kan akan terbuka bilahnya bila
di OFF akan tertutup dengan sendirinya
yang kelihatan hanyalah sebuah lampu
...magik kan!...pilihan si suami.
...ada barangan yang dah di angkut dari rumah lama seperti kuali tu nak diguna untuk kenduri  ujung bulan ni

...dari pandangan dapur kering kelihatan 
2 buah bilik belakang untuk si bujang
trang tang tang...tangga tu saja
di buat dulu belum ada tingkat atasnya...
akan diguna bila sudah ada keinginan untuk
menambah kemudian...

...bilik utama sedang dalam proses 
dikemaskini kan...rona hijau menjadi
pilihan sebab si empunya rumah adalah
peminat tegar warna itu...seperti jugak aku
jadi tak heran jadi teman sealiran...
ke mana2 beriringan...
 
...surau betul2 dihadapan rumah...
...tercapai juga impian mereka suami
isteri untuk mempunyai rumah
 berhampiran dengan surau supaya
senang untuk menapak ke situ ketika
kudrat dimamah usia yang semakin
 meningkat...bila kawan tu mengumpan
kami untuk membeli rumah di situ agar
dapat bersama2 meniti hari tua...abahnya
hanya mampu garu kepala...paham 
sangat lah tu...


Tetamu tak disangka...

...bila abahnya talipon Ahad lalu
 beritahu ada orang nak bertandang
menjadi kalut sekejap sebab datangnya
secara tiba2 tanpa diberitahu terlebih dulu
Kelam kabut mengemas apa yang patut...
biasalah rumah ni walaupun tak ramai
penghuninya tapi selalu dalam keadaan
 serabut...terutamanya buku2 sekolah yang
 bungsu yang suka menyiapkan kerja
 sekolah sambil mengadap tv di ruang tamu

bila ada orang nak datang barulah terkial2
tapi waktu tu main campak je...
semuanya disumbat ke bilik...dah jadi
macam tongkang pecah...termalu
sendiri bila ada yang nak tumpang 
bersolat...memang takleh nak elaklah.

Ingatkan minggu ni takder yang
bertandang sebab ada orang tu tak
jadi datang lepas beria2 merancang
takperlah aku tak kisah...takyah
susah2 nak pikir menu apa nak dimasak
sekali datang tetamu lain yang tak
disangka2...baru pertama kali datang
beraya...
kakak ni walaupun sudah menginjak
umur awal 50an tapi pangkat anakbuah
pada ku...arwah neneknya adalah kakak
kepada arwah abah...ini bermakna
walaupun aku lebih muda darinya tapi
 aku ni kira pangkat mak saudara...

Suka sangat dengan kesudiannya
untuk singgah ke rumah...kalau takder
keinginannya untuk mencari saudara
rasanya pertalian ini akan terus
terkubur tak dapat bersambung...
Aku juga kagum dengan kegigihannya
membesarkan anak2 sendirian setelah
kehilangan suami 19 tahun lalu...
masih takleh lupa peristiwa yang
menimpanya iaitu arwah suami
meninggal dalam tidur ketika dia 
baru 5 hari berpantang melahirkan
anaknya yang bungsu...

Sampai sekarang masih sendirian
hanya ditemani anak lelakinya yang
sulung yang sampai sekarang masih
membujang walaupun usia dah
menginjak 30an sedangkan adik2
sudah ada yang dah berkahwin...
Mungkin kesiankan si ibu yang
bersusah payah membesarkan 
mereka adik beradik...lebih senang
menemani ibunya ke ulu ke hilir 
menguruskan bisnes kerepek yang 
semakin berjaya...

Bila dah berjumpa ni macam2
cerita diimbas kembali tapi aku ni
sejak merantau ramai orang kampung
yang disebutkan namanya terutama orang
yang lebih tua tak berapa aku ingat lagi
nampak sangat ingatan dah mula
tumpul...harus diselusuri semula sebab
kebanyakannya ada kaitan saudara...
  

Entry tatap gambar lagi...

...Siangnya memenuhi undangan di Seputeh
malamnya pula tak lepas peluang
ke padang perumahan untuk melihat
suasana sambutan majlis hariraya yang
diadakan setiap tahun...
bukan nak menjamu selera sakan
tapi lebih kepada untuk melihat2 
bertemu rakan taulan...

Patut Ahad dah boleh update
tapi memang takder kesempatan
bila ada tetamu yang bertandang
dan malamnya pula penuhi undangan 
rakan jiran setaman...

...takder apa yang nak diceritakan
cuma bertemu suami seorang rakan
yang dah lama tak jumpa...melihatnya
sendirian seolah mengesahkan khabar
yang mereka dah tak sehaluan...

...di khemah blok sendiri yang menyediakan air sejuk dan panas

...kalau tak silap khemah lemang dan rendang

...khemah ini menyediakan mee dan meehoon sup

 
...menyediakan juadah sambil bersila seperti berada di kampung

...gambar di atas menggunakan 'illuminated
scenes at night' jadi imagenya macam
bercampur2...nampak blurrrr...

...yang terlindung oleh gadis berbaju merah
dot2 tengah duduk juga sorang rakan
lama...bila dia menegur...aku meniliknya
agak lama jugak sebab dah tak cam...
bayangkan dah bertahun tak jumpa tentu
sedikit sebanyak dah ada yang berubah
terutamanya saiz badan...walau macam
mana pun terimakasih sebab sudi nak
menegur...berbaju merah adalah anak
gadisnya yang ketika kecil suka aku
tengok rambutnya yang berpintal bak
maggi...


..ada pertunjukan bunga api dan 
nampak tak di situ ada persembahan
kombo dari pasukan keselamatan...

...ingatkan khemah ni yang menang
sebab berkenankan bunga yang
ditampal kat tabir tu...rupanya khemah
yang dihias belon juga yang menjadi
pilihan...
Category: 3 comments

Gambar menceritakan segalanya...




...memang tak dan nak publish
entry ini semalam bila agenda makan2
berlarutan hingga ke malam...
 jemputan di hari Sabtu memang 
takleh lah nak pegi sebab takde drebar
tapi ketika sang rakan pelawa untuk
sama2 ke sana...bagai disorongkan 
bantal...terima dengan rela.
    
...dari jauh dah nampak khemah 
 merah puteh...kena menapak
ke depan sikit bila kenderaan yang 
datang berderet2...   


...ada tertulis cendol tapi gerai ni hanya menyediakan rojak pasembor

...datang2 je pekena cendol kerana 
harus didahului pencuci mulut agar
perut tak terkejut...

...mihun sup utara memang sesedap rasa

 
...roti canai dicicah sambal ikan bilis super duper sedap

...roti bommm di cicah ngan kuah dhall

...kuih muih iaitu talam suji..serimuka..kuih bakar


...mengintai peluang di stall kambing golek
fuhhh...masih ramai yang beratur panjang
walaupun kambingnya dah tinggal tulang...
lalu tinggalkan...akan dijengah kemudian.

...kuah sup dah tinggal 1/2 periuk...


...menginding di stall popia basah
dapatnya berapa langsung tak kesah

  
...dikelilingi orang pekak dan bisu
langsung tak terganggu...rupa2nya
diorang pun gunakan handphone tapi
dengan stail diorang sendiri lah
harus rasa kagum...


...langsung tak dapat otak2 bila
barisannya panjang tak kuasa nak
berdiri lelama cukup sekadar menghidu
baunya... 


...sampai kesudah tak dapat kambing golek
ni masuk kambing yang ke tiga
barisannya masih lagi berderet...
biarkanlah tak kuasa lagi....mungkin
bukan rezeki...

...live band...mokcik ni tengah feeling habis...cayalah!

Category: 6 comments

Asalnya nak menjamu mata...sekali tergoda


Ajenda jalan2 disambung kembali...
Sogo adalah tempat yang dituju...
memula ke tempat yang menjadi
kesukaan iaitu bahagian peralatan rumah
sudut ini sering disinggahi bukan untuk
membeli sakan sebenarnya lebih pada
sekadar menjamu mata...
 

 dalam menjamu mencari juga alas
bantal yang berkenan sebab punggung
dah naik kematu bila ari2 duduk atas
kerusi kayu...


 ronda2 di bahagian tuala...
niat hati nak merembat selai dua
tapi teringat di rumah masih ada
berbalut plastik tidak diguna
terus batalkan hajat takut sia2... 
 


 satu lagi tingkat di Sogo yang menjadi
pilihan adalah di tingkat 6...apalagi
kalau tidak tempat makan2 setelah
penat berjalan...sepinggan 
Yong Tau Fu di makan bersama dan
semangkuk laksa yang tak jemu
dihirup kuahnya...
 

 dekat separuh hari menghabiskan
masa di sini...dalam perjalanan
ke bawah kelihatan semakin ramai
pengunjung yang datang terutama 
di bahagian  sale itu...sempat  pulak
merembat boxer untuk si putera 
tunggal...

bangunan puduraya pandangan dari
dalam tren LRT...sekarang ni dah 
tukar nama Plaza Rakyat tapi rasanya
nama puduraya itu lebih melekat di hati
terutamanya kepada mereka yang
mempunyai kenangan di tahun2 80an
hinggga lah ke tahun 90an...


bersantai selesa di warung Gossip
di Gossip Street sambil menghirup
sebekas air asam boi kerana
menunggukan kenderaan yang 
datang menjemput sebab nak jimatkan
kos menaiki kenderaan awam setelah
berhabisan di jualan sale tadi...

Category: 1 comments

Mampukah kita mengharunginya....




...gambaran di atas seolah
menceritakan rentetan peristiwa arini
menziarahi adik jiran yang sedang
berpantang di rumah jiran tersebut.
...tujuan ziarah itu adalah suaminya
telah disahkan meninggal dunia secara
mengejut iaitu tiba2 rebah ketika 
sedang menjamu selera bersama
rakan2 di sebuah kedai makan...

...masih muda lagi dalam lingkungan
umur 29 tahun...
telah berkahwin selama 3 tahun...
baru saja menimang cahaya mata
sulung tiga minggu lalu...
penghidap darah tinggi tapi disahkan
meninggal akibat serangan jantung

Ramadan lalu adik salah sorang
jiran di sini juga mengalami
peristiwa yang sama...
masih muda...belum pun menginjak
40an...rebah ketika hendak bersahur
ketika ini masih lagi di hospital tapi
telah lumpuh sebelah badan dan tak
mampu bercakap...

...melihatkan baby itu tadi lena
tidur tanpa mengendahkan suasana
di sekitarnya menambahkan lagi
rasa sayu dan pilu...
Al Fatihah untuk arwah...

Rasulullah SAW bersabda...

'...jika kamu menjenguk orang sakit atau
melawat orang yang meninggal dunia...
hendaklah mengucapkan kata2 yang baik
kerana para malaikat mengaminkan apa
yang kamu ucapkan...'  

petikan dari Teman Musafir

Category: 6 comments

Cenderahati dari sebuah majlis...

Hari Ahad abahnya kena bertugas
dari siang hingga menjelang malam
tapi hati senang bila dia pulang 
bawak 2 beg cenderahati berwarna 
hijau terang...


setiap satu beg mengandungi
1 kotak tertulis tanjir dan...1 bunjut
berisi sebuah buku...

 mari lihat lebih dekat....oh rupanya
kotak tanjir berisi kain pelikat dan beg
bunjut terdapat sebuah buku agama
Teman Musafir di susun oleh Dato'
Dr Fatma El-Zahra Mohamad Ramadan...



mengandungi zikir & doa amalan harian...
selawat,salam,istighfar dan taubat...
amalan pencegahan penyakit dan 
rawatan sihir...amalan bulan Ramadan
kelebihan surah2 dalam Al Quran dan
penyelenggaraan jenazah dan adap2
berkaitan dengan kematian....

 Salah satu petikannya ialah...
'sesiapa membaca ayat 23 daripada
surah Al A'raf selepas setiap solat fardhu
lalu beristighfar kepada Allah nescaya 
akan terampun segala dosanya...
sesiapa membaca ayat 47 daripada
surah ini...dia akan terpelihara drp
kekacauan para penzalim dan 
mendapat rahmat Allah...'

...mungkin perlu masa yang panjang
untuk menelaah buku ini...takper
pelan2...baca tanpa pengisian yang
mendalam tiada gunanya...harus ada
kesabaran...

Kain pelikat itu harus untuk sang
suami kan tapiii...sang isteri dah
ada perancangan sendiri seperti
kain pelikat yang di hadiahkan oleh
seseorang pada tahun dulu
telah pun selamat di realisasikan
menjadi hak sendiri dan telah pun
digayakan beberapa kali dan yang
terbaru baru saja dipakai ketika
majlis kahwin di Ulu Yam aritu...


...sempat snap masa masih di ampaian


kembali ke menu biasa2 je...


Dah dua hari tak memasak seperti biasa 
masak yang ringkas2 aje
seperti semalam makan tengahari
dengan nasi goreng kampung
malam pulak teringin sangat
nak makan mee segera jadi usahakan
jugak membuatnya...tambahkan
cili padi biar ada umppp...
memang pedas berdengung
tapi itu no hal lah
lagi pedas lagi kami berselera
sampai licin periuk takder bersisa
bukan selalu menjamahnya
sesekali...apa nak dikira!

Arini pulak...hanya beli nasi lemak
daun pisang RM 1.00 sebungkus
ciput je...
untuk si bungsu memang tak cukup
beli lebih sampai terlebih
takper kalau tak basi boleh
diulang2 lagi kalau takk...
itu bukan rezeki...
rezeki cik tong sam lah jawabnya
Ni ha baru je selesai pulun
kue tiau goreng panas2...
buat sendiri...dah lama tak beli
yang pasar malam punya
tengokkan stail diorang mengoreng 
dengan baunya yang mengancam
memang mengugat iman
dulu terbeli jugak...bila
dijamah...hampehh!
Eloklah buat sendirikan...
puashati boleh makan berulang2


Melayan cuaca panas berdentang ni
rajinkan diri buat dadih perasa
strawberry...(...tak minat perasa ni tapi
dah takde pilihan) tambahkan pula dng
buah2 campuran...sampai tak perasan
berbekas2 sudah ditelan
umpp...kata tak minat.. itu cuma alasan.


Makan Kenduri di Ulu Yam...


...arini pegi makan kenduri di Ulu Yam
buat pertama kalinya ke sana menyusur
 jalan menghala ke Selayang...ya allah jem
giler...dengan kepanasan yang
berdentang boleh buat hati panazzz membara!

...bila masuk simpang ke hutan lipur
Sg Tua...barulah suasana berbeza
dengan keredupan pohon2 yang
merendang dan terpesona dengan
keindahan alam disekitar empangan
Batu yang luas terbentang
awal2 lagi dah sound dengan suami
untuk singgah dalam perjalanan
balik nanti....

Ingatkan dah salah jalan sebab
jauh bobonar...dalam kepala nak
berpatah balik je tapi sib baik
jumpa SM Sains Hulu Selangor
menandakan arah tujuan tak jauh
di hadapan...akhirnya jumpa jugak
majlis kendurinya...si ibu pengantin
adalah anak kepada sepupu aku
bermakna si pengantin perempuan itu
pangkat cucu...
????...berapa ramai cucu yang aku ada ekk!
huwaaaa...tak rela you!



...disebabkan malu dengan orang yang
duduk di hadapan tak jadi nak snap
gambar makanan...bila diorang dah
angkat punggung barulah dapat snap
gambar makanan sampingan yang
disediakan...betul2 buat ala kampung
ada gulai daging salai...ikan keli
berlada dan ada ubi rebus dicicah
 ngan sambal ikan bilis... 



tunggu punya tunggu lambat rupanya
pengantin tiba...dah siap bersalam
mintak diri barulah diorang sampai 
berselisih di tengah jalan...








...sekarang ni trend waktu menyambut
pengantin lelaki untuk berarak
pengantin pompuan kena bersalam ngan
pengantin lelaki...seingat aku pengantin
dolu2 yang had lelaki bagi bunga kat
pompuan jadi tak heran waktu tu
pengantin lelakinya kena pegang sejambak
bunga...dah jadi macam mat bungalah
pulak....

...di sebabkan empangan Batu 
luas terbentang terdapat lah beberapa
tempat persinggahan yang disediakan
tapi En. suami teragak2 nak berhenti
konon nak parking di perhentian
di hadapan sekali...emmm hampeh
terlepas sudah persimpangannya jadi
terbantut hajat hati untuk merakam
panorama di situ...rasanya lambat
lagi lah ke situ...last2 rakam panorama
batu caves dengan pohon pinang yang
tengah lebat berbuah....sekadar nak
lepaskan gerammm...
eh...betul ke pokok pinang?




Category: 0 comments